Jan 23, 2017

THE CHEAPEST WAY TO MOVE OUT OF STATE

The purple mattress full of DNA.

Minggu lepas, penulis telah berjaya memindahkan barang-barang perabot, elektrik, periuk belanga dan tilam yang penuh dengan DNA dari rumah merpati penulis di Bukit Belacan itu. Sewa lori sebanyak rm900 dalam negeri sahaja memanglah agak mahal kalau tidak beserta pekerja.

Dalam perjalanan kesana, penulis dapatlah juga melihat kereta perodua Myvi warna biru hitam yang isteri penulis (yang itu) baru tempah. "Cantik molek juga kete Myvi biru nih," getus hati penulis. Tapi, kalau semua orang hendak yang cantik, yang molek, habis siapa pula yang hendakkan yang tak cantik tak molek tak lawa? OTL.

Pulang dari Kuala Selangor pula, penulis dihadiahkan setandan pisang kepindit atau pisang lemak manis. Teringat pantun hutang emas boleh dibayar lah sangat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Near Sekinchan on Jalan Kuala Selangor.

Pisang kepindit @lemak manis.

Nota video lalat:

Jan 21, 2017

HOUSING LOAN INTEREST SUBSIDY

On Jalan Taman Molek, off Jalan Masai Lama, this noon.

Pagi semalam, isteri penulis (yang itu) telah menghantar teks pesanan ringkas. Tentang arahan untuk permohonan mendapatkan subsidi atas bunga bagi pinjaman perumahan (baca, housing loan interest subsidy) dari pihak syarikatnya. Setiap awal tahun, selama lebih 10 tahun sebelum ini, penulis akan uruskan permohonan di ranting bank Jalan Sultan Ismail KL. Tetapi kali ini penulis terpaksa lakukan di ranting bank Taman Molek pula. Dokumen2 yang diperlukan oleh pihak syarikat ialah penyata akaun pinjaman dan pembayaran balik pinjaman secara terperinci.

"Kanda kena pohon secepat mungkin ya! Segera! Jgn terhegeh2," perintah permaisuri itu. Bila penulis teliti tarikh tutup adalah pada 28 Febuari, maksudnya ada sebulan lebih lagi. Aduhai, siapalah tidak sayang bini. Tapi ada makcik kan. Kannns?

Nota lalat. Mungkin ada yang keliru. "Housing Loan Intereset Subsidy" ialah skim subsidi BR1M yang diperuntukkan oleh syarikat tempat isteri bekerja untuk mengurangkan kadar bunga yang penulis bayar setiap bulan kepada pihak bank. Jadi, penulis kena pohon penyata akaun tahun lepas (2016) sebagai lampiran untuk permohonan kepada syarikat tersebut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 20, 2017

THEN & NOW: VIVA ELITE & MESJID RIMBUN

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (5 Jan 2017).

Salam pagi Sabtu kengkawan penulis semua-semua lah macam biasa.

Untuk baca entri kejadian kemalangan 2 pekan yang lepas, sila jentik di SINI.

Semalam, abang ahKuang bengkel tempat baiki kereta cikbiba pepel yang kemalangan tempohari telefon penulis memberitahu kereta boleh diambil. Penulis bertanya kalau ada bayaran dikenakan sebelum mengambil kereta. Abang ahKuang beritahu, "wak, lu datang sini kasik sign dokumen saja."

Tengahari, bila sampai di bengkel, abang ahKuang tiada pula. Salah penulis juga kerana tidak menelefon terlebih dahulu. Bila telefon beliau sudah pulang makan tengahari dirumah. Adik beliau, ahHwee juga tiada. Jadi, penulis sudah cakap baik-baik minta tolong nak ambil kereta sekarang juga. "Gua mau pegi semayang maa," rayu penulis.

15 minit penulis tunggu dan bila abang ahKuang sampai, masuk ke pejabat dan tandatangan tiga helai surat pengambilan kereta dan juga surat penilai kerosakan (baca, adjuster). Itu sahaja, dan penulis pun boleh membawa pulang cikbibah pepel dengan selamat. "Lain-lain barang nanti gua uruskan," kata abang ahKuang.

Walaubagaimanapun, kalau ada pembaca ingin membuat rujukan proses claim insurans kereta boleh melawat di blog Ana-mizu yang manis jelita dan kreatip itu.

Cerita lalat lain. Petang tadi sempat lagi penulis berlarian ke perkarangan masjid yang baharu siap dibina ditaman itu. (Gambar bawah).

Cerita lain lalat. Jurujual Perodua Plentong sudah memberitahu isteri penulis bahawa kereta Myvi pesanannya telah tiba. Pinjaman bank juga sudah dapat kelulusan. Tetapi masalahnya - problem. Sebab kelmarin, penulis sudah memberitahu jurujual untuk menempah nombor 3 digit, tetapi kena tunggu lepas raya cina. Kalau hendak pakai kereta cepat, kenalah daftar nombor 4 digit. Aiyah. Untuk baca entri terdahulu pengalaman membeli kereta perodua myvi advance baharu, sila selak di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mouse-off (today, 20 Jan 2017); Mouse-on (8 March 2016).

GOOD MORNING MASAI



Selamat pagi Jumaat kawan-kawan penulis semua-semua lah.

Sekarang ini kalau petang saja turun hujan. Kalau hujan saja mesti diwaktu petang. Yang tidak seronoknya bila pejabat dalam kotak sardin ini pun selalu banjir. Biarkan. Biarkan.

Cerita lalat lain. Setiap pagi pekerja-pekerja baju merah (gambar bawah) akan berebut-rebut menaiki bas no. 2 dan no. 3 disimpang itu. Bukan tiada bas lain yang datang, tapi sanggup berebut-rebut seperti sardin juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 19, 2017

THE STORM IS COMING

Mekar Bergading.

Hari ini penulis tiada cadangan untuk naik kapal. Tapi tiba-tiba ada pula kerja yang harus diperiksa diatas kapal. Cuaca pun mendung seperti hendak turun hujan nampaknya.

Ingatkan panas hingga kepetang, rupanya hujan pada jam 4 petang semasa penulis masih diatas kapal. Hujan pun turun dengan lebat anjing dan kucing. Guruh berdentum dengan halilintar sambar menyambar. Aduhai. Terpaksa penulis bertahan sejam lamanya sehingga hujan reda dan turun ke pejabat.

Nota pengajaran lalat. Lain kali bawalah payung sebelum hujan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Temporary bridge to the ship.

Tie the ship to the ground.

Inside the engine room.

A view from the ship.

Oh hi.

Blame it on the rain.

People says, keria melaka memey sedap dan nikmat. Tq.

Video pendek penulis sempat rakam dan persembahkan untuk rujukan masadepan sahaja:


Jan 17, 2017

NO MERCY

Nasi goreng kampung, Warung Kampungku, Tesco Seri Alam.

Tadi malam, anak wedok penulis tiba-tiba datang kepada penulis dan menunjukkan dua borang dari sekolah.

1. Borang memohon derma untuk hari maulud rasul. "Sekurang2nya lima hinggit ye bah," kata anak wedok.
2. Borang kebenaran melibatkan diri aktiviti kokurikolum. Bila ditanya, anak wedok menjawab, "boleh je, tapi tuari balik dari merentas desa masih sakit2 belakang."

Kedua-dua borang haruslah ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga.

Nota lalat. Anak wedok itu bukan anak bongsu ya. Kalau hendak mengetahui maksud anak wedok sila baca komen dibawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 15, 2017

PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE BAHARU

Johor Premium Outlets (JPO), Kulai

Semalam pagi, selepas menghantar pembantu rumah di Senai Airport untuk pulang terus ke kampungnya di Surabaya, penulis terus singgah di JPO. Tetapi kedai-kedai JPO belum dibuka lagi. Walaupun begitu, penulis dan isteri (yang itu) lepak-lepak sahaja di kafe Starbucks sambil berborak-borak kosong dan berbincang tentang hala tuju masa hadapan.

Dari JPO, penulis berlarian ke kedai pameran kereta Toyota di Saleng. Seperti yang dijangka, jurujual Toyota amatlah peramah. Isteri penulis pada mulanya berminat untuk membeli Toyota Vios. Barulah penulis ketahui beza antara model Vios J (RM76,500), G (RM89,800) dan TRD Sportivo (RM96,400).

Kemudian kami singgah di kedai pameran kereta Perodua bersebelahan Toyota juga. Tetapi jurujual di situ tidak bersemangat melayan kami. Mungkin melihat penulis berpakaian selekeh sahaja dia ingat penulis tidak mampu berhutang bank untuk membeli kereta Perodua agaknya.

Dalam perjalanan pulang, penulis singgah juga di Perodua Plentong yang terletak di hujung jalan yang sunyi. Penulis bernasib baik kerana jurujual disitu dapat melayan kami dengan baik. Kami pun mula bertanya beberapa model Myvi dari 1.3 Standard (RM40,862), 1.3 SE (RM52,968) ke 1.5 Advance (RM56,578). Akhirnya isteri penulis (yang itu) memilih kereta Myvi Advance. Jadi harapan penulis untuk menjadi pemandu Vios akhirnya ke laut.

Proses memesan Myvi amatlah mudah. Cuma perlukan salinan kad pengenalan, dan lesen memandu, serta wang deposit sebanyak rm500 sahaja. Salinan slip gaji boleh dihantar kemudian melalui emel sahaja. Jurujual menjanjikan penghantaran kereta akan tiba sebelum raya cina tahun ini. Jurujual juga berjanji boleh mendapatkan nombor pendaftaran plat JRY *** (3 digit, RM250) yang penulis idamkan.

Kenapa memilih Myvi, bukan Vios?
Itu kena tanya isteri penulis. Penulis kan cuma bekas pemandu Uber eh? Membandingkan Myvi dengan Vios bukanlah perbandingan epal dengan epal. Tetapi penulis telah memberitahu isteri penulis (yang itu) supaya janganlah pisang berbuah dua kali. Sebab dulu pernah isteri membeli CRV tetapi tidak sampai setahun sudah mahu tukar ke Viva pula. "Besar kete susah nak parking lah kanda," katanya.

Kenapa mahu membeli Myvi, walaupun Viva Elite masih ada?
Selama 4 tahun isteri (yang itu) memakai cikBibah pepel (Viva Elite) itu tiada masalah yang ketara. Cuma masa mula2 membelinya, lampu pandu isyarat tidak boleh mati secara otomatik walaupun sudah ditukar di bengkel servis Perodua Taman Cendana. Dan sekarang, isteri penulis bercadang mahu membeli Myvi kerana anak wedok penulis yang baru saja habis belajar dan sedang mencari kerja. Dengan cikbibah pepel diharapkan anak wedok penulis itu akan mudah mencari kerja nanti. Amin ya robbal alamin. Dan gara2 ingin membeli Myvi, makanya cikBibah pepel penulis itu pun merajuk sehingga sanggup melibatkan diri dalam kemalangan tempohari. Aduhai.

Warna Myvi yang dipilih?
Mulanya isteri (yang itu) amat berkenan dan termimpi2 akan warna kuning Bumblebee untuk Myvi baharunya. Tetapi jurujual memberitahu warna tersebut tidak lagi wujud di tahun 2017. Warna terdekat cuma warna oren madu yang tidak berkenan dihati isteri (yang itu) kerana sama dengan warna Myvi kawan satu opisnya. Jadi, setelah berfikir selama 13 minit, isteri (yang itu) telah memilih warna campuran biru (bodi) dan hitam (bumbung) seperti kereta mini cooper.

Akan bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JPO flower.

Starbucks at JPO.

Coffee time, Starbucks, JPO.

Toyota Vios.

Perodua Showroom, Plentong.

Myvi Advance gets a new look with two-tone colour, Electric Blue (body) and Ebony Black (Roof & Pillars).

BJAK RESPONDS TO JPJ NOT APPROVED ROAD TAX RENEWAL

  Kampung Baru Kuala Lumpur @2024 Selasa, 7 Mei 2024. Sudah beberapa tahun wak guna apps Bjak.my. Urusan yg pantas dan cepat. Urusan yg tida...