Feb 8, 2024

THE ULTIMATE GUIDE TO TBS DROP OFF & PICK UP POINT SENANG

W Hotel and Petronas Twin Towers Kuala Lumpur @2024


Khamis malam Jumaat, 8 Februari 2024.

Pagi tadi sempat solat subuh berjemaah di Surau Istana Negara lama. 
Alhamdulillah.

Tengahari untuk pertama kali.
Wak ikut rakan2 sekantor makan di kedai mamak Pelita.
Sepelaung sahaja di seberang jalan.
Tapi mahu menyeberang jalan itu agak mencabar.

Wak makan nasi putih, ayam goreng, hati dan kuah campur sikit2.
Tapi harga memang lumayan mahal.
Rakan2 lain pun komplen juga.

Petang sudah berlarian ke TBS.
Wak naik LRT dari stesen KLCC.
Interchange di Masjid Jamek dan terus ke Bandar Tasik Selatan.
Tidak seperti kelmarin kena tukar tren di stesen hantu (Hang Tuah).

Anak lanang datang jemput jam 6.30pm.
Sebab anak lanang outstation dari Kuantan


"Lenkali anaknda xyah dtg KL kalo dari Kuantan terus pulang ke Masai,"
Sebab buang masa berjam2 memandu.
Dengan kesesakan di lebuhraya.

Ooh.
Pasal pickup point di TBS itu.
Ramai yg tidak tahu.
Lebih senang tunggu dan ambil penumpang di stesen KLIA Transit.
Selepas teksi stand.
Tidak sesesak di Pintu C di lobi terminal.
Sebab itu sudah tertera dalam Waze dan Google Maps.
Sebagai "TBS Drop Off & Pick Up Point Senang"

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Pintasan Saloma Link Kuala Lumpur @2024
Nasi lemak Makcik Depan Kubur P. Ramlee, Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang @2024
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) @2024
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) @2024
His not so new car at Yong Peng Laybys heading south @2024
After a long journey from Kuantan, on the way to Masai.

3 comments:

  1. cantik dan besar sungguh gambar wak.. wak kerja di mana yer wak.. setiap hari perlu naik keretapi ke wak?

    ReplyDelete
  2. Mamak Pelita dekat bawah KLCC tu ada lagi ke? Macam ada lalu situ dah tak nampak Pelita tu.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...