Oct 31, 2015

THEN AND NOW: AKLEH VIEW

Please hover your mouse to see latest (2015) and older (2008) view of the Akleh.

Setelah lebih 7 tahun bertugas memotong rumput tepian jalan ini, banyak perubahan baru dapat dilihat. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Ini adalah entri penulis yang ke 300 untuk hari yang ke 304 dalam tahun 2015. Hampir setiap hari penulis kemasakini blog yang biasa-biasa saja ini. Jumpa kawan-kawan di bulan yang akan datang juga. InsyaAllah.

Link: timeanddate calculation.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 30, 2015

THE LONGHOUSE ON FIRE

Rumah panjang terbakar, Ustaz Kazim menjawab.

KELMARIN semasa penulis sedang sibuk ke hulu hilir melayan urusan jual beli flat rumah murah itu, penulis terperasan ada berita tentang kebakaran rumah panjang berdekatan dengan kampung mertua penulis disana. Bila pulang ke rumah, isteri penulis (yang itu) pun ada bertanya berkenaan rumah panjang tersebut yang kami pernah ziarah sebab ada kaum kerabat ipar duai disana juga. Rumah panjang tersebut semasa itu sedang dinaiktaraf separuh dengan batu konkrit, tidak seperti rumah panjang biasa yang diperbuat dari kayu hutan saja.

Semalam penulis telah membawa keratan akhbar Utusan Malaysia ke tempat penulis bertugas memotong rumput ini. Penulis tunjukkan pada rakan sekerja, akak Noor (bukan nama sebenar) yang rumahnya juga sepelaung berdekatan dengan simpang Nyabor, tempat penulis selalu membeli sarapan kuih muih Melayu disitu. Akak Noor pun terkejut juga.

Nota lalat lain. Dulu bila penulis mendengar cerita Ustaz Duke merajuk tidak mahu membuat ceramah lagi, penulis sanggup ke maktab beliau mengajar di Tanjung Rambutan dan berselfie dengan beliau. [+ Duke vs Duke.] Tapi sejak kebelakangan ini, banyak pula ceramah-ceramah beliau hampir setiap minggu berdekatan sepelaung saja dari tempat penulis tinggal. Walaupun begitu, tidaklah terpanggil hati penulis untuk menghadiri majlis-majlis ilmu beliau kerana kesibukan masa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rumah panjang 32 keluarga terbakar di Kampung Nyabor Kabong, Saratok - Utusan Malaysia.

Oct 29, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - THE CLOSE OUT REPORT

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT

Sessi entri wawancara temubual (baca: interview) penulis dengan rakan-rakan blogger sudah berakhir Isnin lepas. Tamat. Khalas.

Terimakasih pada rakan blogger-blogger yang sudi bersukan (baca: sporting) melayan wawancara biasa-biasa dari penulis yang biasa-biasa ini. Mereka terpilih kerana telah menjadi Top Commentator blog penulis Tiga Lalat yang ini untuk bulan September 2015 yang lepas.

1. Jari Manis (45)
2. paridah (25)
3. Qaseh Abadi (21)
4. iryanty ahamad (21)
5. Farrah MF (16)
6. Fidah Shah (15)
7. SalbiahM (15)
8. Shamsiah Abdul Rahman (14)
9. PeRdU cINta (13)
10. nhhas (13)

Namun hanya 8 dari 10 blogger sahaja yang penulis sempat wawancara. Penulis memohon maaf pada cik Farrah MF dan cik kak Perdu Cinta kerana penulis tidak berkesempatan untuk mewawancara mereka kerana kesuntukan masa dan kesibukan memotong rumput (untuk membeli beras dan sebongkah berlian).

Dari pengalaman penulis mengendalikan segmen wawancara ini agaklah mencabar, tapi alhamdulillah penulis telah berjaya membuat entri setiap hari Isnin dan Khamis selama sebulan penuh. Sambil itu juga, kadar trafik SEO ke blog penulis yang ini juga bertambah secara mendadak dengan 3 kali ganda pengunjungnya berbanding bulan-bulan sebelum ini. Tapi blog orang lain sudah berjuta-juta (baca: 1,272,981 dan 1,616,161 visits) lemon hitsnya kan. Diharapkan juga selepas ini, kawan-kawan akan tetap berkunjung ke sini.

Pantun budi dari penulis:

Biarlah orang bertanam buluh;
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh;
Marilah kita bertanam budi.

Pisang emas dibawa belayar;
masak sebiji di atas peti;
lalu diambil untuk dimakan;
Hutang emas boleh dibayar;
hutang budi dibawa mati;
budi cik cik puan tuhan balaskan.

Akhir kata, penulis mengucapkan sekali lagi ribuan terimakasih daun keladi, lain hari bolehlah kawan-kawan datang-datang jenguk-jenguk komen-komen penulis yang biasa-biasa ini lagi ya. Disudahi dengan wabillahitaufik walhidayah. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 28, 2015

PORTRAIT ME



PETANG kelmarin penulis telah merempit ke kompleks Pertama. Bila penulis tiba dan parkir motor kapcai tepian Sogo, hujan petang pun turun mencurah-curah kucing dan anjing. Air dalam tempayan dibuang jangan tapi.

Sementara tunggu hujan reda, sempat lagi penulis menegur abang Zain Ariffin, anak bugis berasal dari Pontian, yang sedang bertempiaran lari dari hujan bersama-sama pelukis dan penghibur jalanan (baca: buskers) lain dan berteduh didepan restoran the Loaf (Tun Mahathir yang punya). "Wak kalo ada gambar saya leh lukis 30 minit, tiga poh hinggit je," kata abang Zain. "Kalo kaler pastel, lima poh hinggit," sambungnya lagi. Oleh kerana hujan masih turun dengan lebat, penulis pun duduk saja didepannya untuk dipotret buat kenang-kenangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



INTERCHANGE AT CHAN SOW LIN

Chan Sow Lin LRT station.

HUJUNG minggu kelmarin yang agak sibuk.

Urusan jual beli flat rumah murah yang masih belum selesai. Hari Ahad ialah hari bekerja bagi jabatan kerajaan negeri:
7.30 Pagi penulis telah menyuruh pembeli datang ke Skudai Parade untuk tandatangan borang pindah milik.
8.05 Pagi penulis tiba di kaunter Pejabat Tanah Galian, Larkin, bayar cukai tanah.
8.30 Pagi Penulis tiba di kaunter MPJBT, Skudai, bayar cukai harta rumah sedia ada.
9.05 Pagi Penulis mencari-cari pesuruhjaya sumpah dekat Good Hope Hotel, tapi belum buka.
9.30 Pagi penulis tiba di MPKu, Kulaijaya, bayar cukai harta flat rumah murah (yg untuk dijual).
9.45 Pagi penulis mengkopi 100 Plus sementara tungu pesuruhjaya sumpah buka pejabat atas KFC Kulai.
10.05 Pagi penulis jumpa pesuruhjaya sumpah dan tandatangan borang pindah milik. RM4.
11.00 Pagi penulis tiba di Pejabat Perumahan SUK Nusajaya, serahan dan semakan borang pindah milik. Semua dokumen lengkap, kecuali geran asal flat rumah murah dan surat pengesahan terkini pembeli (2015).
12.05 Noon penulis tiba lagi MPKu untuk mendapatkan salinan geran, rupanya penulis tersilap jabatan.
12.45 Noon penulis tiba di Pejabat Tanah Galian, Larkin lagi bertanya pasal geran, tapi selepas membuat siasatan dalam komputer, staf menyuruh penulis mengambil salinan strata di Nusajaya pula. Tapi penulis tidaklah tahu dimana Jabatan Perumahan disana. "Wak cari je bangunan yang macam takde bumbung," sampuk abang staf kat luar kaunter yang sibuk tak sabar menyuruh rakannya (yang sedang melayan penulis) dalam kaunter memeriksa PTD dalam komputer itu.
1.30 Noon penulis santap nasi ayam penyet di LC Catering yang sedap itu. Urusan disambung minggu hadapan. Sebenarnya penulis boleh saja terus pergi semula ke Nusajaya untuk mendapatkan strata geran itu, tapi rasanya penulis pun penat ke hulu hilir saja.

Gambar animasi diatas penulis rakamkan ketika menunggu keretapi di stesen LRT Chan Sow Lin. Kebosanan mencipta kelainan kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi Ayam Penyet for lunch, LC Catering Jalan Tebrau. Alone matcham biasa.

Oct 27, 2015

I INTERVIEWED MYSELF: LASIK

Reading without glasses.
"Bukan Pak Maon (Mahmud June) baca buku sejarah ya ;p"

ENTRI ini penulis kemukakan soalan-soalan lazim untuk kawan-kawan menilai sendiri kebaikan pembedahan mata menggunakan teknologi laser terkini yang dipanggil lasik. Banyak maklumat boleh ditemui dalam internet. Penulis juga akan kemaskini entri ini dari masa kesemasa.

LASIK or Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis), commonly referred to as laser eye surgery or laser vision correction, is a type of refractive surgery for the correction of myopia, hyperopia, and astigmatism. The LASIK surgery is performed by an ophthalmologist who uses a laser or microkeratome to reshape the eye's cornea in order to improve visual acuity. For most patients, LASIK provides a permanent alternative to eyeglasses or contact lenses. - wikipedia

How long has it been since you had LASIK?
Enam tahun. Jangkamasa yang agak lama. Dalam tempoh itu, baru kelmarin penulis pergi ke pusat pakar mata itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

Have other members of your family had LASIK? I know that vision problems sometimes run in families.
Tiada siapa dalam keluarga penulis (kecuali isteri penulis yang itu) yang pernah membuat operasi lasik mata. Penulis nekad untuk membuat operasi laser mata ini kerana terlalu lama menggunakan cermin mata. Penulis sendiri selama ini pun tidak pernah guna kanta sentuh (baca: contact lens). Hampir kesemua kaum kerabat penulis sekarang ini menggunakan cermin mata, dan mungkin satu hari nanti mereka juga akan membuat pembedahan laser mata seperti penulis.

How has your life improved without glasses or contacts?
Pengalaman penulis menggunakan cermin mata selama 20 tahun memanglah menarik. Kadang-kadang penulis lupa meletak cermin mata sendiri. Kadang-kadang penulis juga terpijak atau menjatuhkan cermin mata tanpa sengaja. Untuk menggantikan cermin mata yang baharu setiap kali agaklah mahal juga walaupun dibuat 4 atau 5 bulan sekali. Penulis juga tidak berani menggunakan kanta sentuh. Setelah lasik, penulis boleh memakai kacamata matahari (baca: sunglass) yang pelbagai corak dan stail.

What do you do differently since getting LASIK?
Setelah beberapa tahun selepas lasik mata, penulis boleh menggunakan pelbagai jenis kacamata matahari untuk membuat aktiviti luaran tanpa risau tentang cermin mata. Memandu kereta juga menjadi biasa sebab tidak bergantung pada cermin mata. Tetapi awas jika merempit dengan motorsikal kapcai haruslah memakai helmet yang ada penutup muka plastik (baca: visor), sekiranya tidak habuk atau serangga yang berterbangan akan hinggap kedalam mata pula.

Would you recommend LASIK to others?
Ini soalan peribadi bergantung pada fikiran masing-masing. Ramai yang takut untuk mata mereka dibedah secara laser. Tetapi lasik ini dilakukan oleh doktor pakar mata, dan konsultasi dan latihan diberikan sebelum operasi bermula. Pengalaman penulis sendiri ketika pembedahan dijalankan hanya mengambil masa 41 saat, tetapi bergantung pada mata pesakit yang berlainan sebab dan masalah. Mengikut kajian, masalah mata wanita lebih rumit dan jangkamasa pembedahan mungkin mengambil lebih lama. Juga, walaupun sudah dibedah mata menggunakan laser, ada sesetengah mata wanita masih memerlukan bantuan cermin mata.

Do you have any advice for someone who is about to have LASIK?
Secara peribadinya juga, penulis ingin memberitahu bahawa kos lasik antara RM2500 hingga RM5000 untuk sebiji mata (bergantung masalah mata), tetapi sekarang mungkin sudah murah. Itu hari ada rakan penulis memberitahu ada hospital menawarkan RM1500 saja. Tetapi secara jangka masa panjang, berbanding menggunakan cermin mata atau kanta sentuh, mungkin pembedahan lasik mata lebih menjimatkan dan yang asyiknya tidak perlu memikirkan untuk mengganti cermin mata atau kanta sentuh lagi!

Blog bukanlah hakmilik kekal.

CRACKED IPHONE SCREEN BECOMES ACCIDENTAL ABSTRACT ART

Mengambil gambar iphone5C

DULU pernah rakan penulis bertanya dimana untuk memperbaiki skrin telefon pintar yang retak seribu. Berdekatan dengan tempat penulis memotong rumput ini, kedai membaiki kerosakan ada di Low Yat Plaza atau di Kompleks Pertama atau di Ampang Park, atau di Wisma Sentral.

Tapi kelmarin penulis telah merempit ke Festival City Mall Jalan Setapak. "Kena tukar barang ori lah Wak, ada waranti 3 bulan, 30 minit siap," kata mamat tukang baiki itu. Bila penulis tanya harganya, beliau jawap, "RM498 sudah!" "Aduhai, lagi dua hinggit cukup lima hatus? baik beli henpon baru," getus hati penulis. "Ahaa Wak, leh beli henpon baru jenama lainlah tapii," perli simamat tukang baiki aiPon cap aiYam itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

You Break  it We Fix It.  - i2Fix.com

Oct 26, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - NNHAS



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik Huda aka NHHAS yg punya blog ‘Real Life Is Real‘ lah pula. Cik Huda adalah blogger kelapan yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blog cik Huda: http://hnr318.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

"Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... Hi Wak...
Terima kasih Wak... Acaner nhhas yang sangat lah tidak glamer ini ter masuk dalam senarai calon temuduga Wak... Hahaha... fe-feeling like a menteri arh kena interbiew... Sekejap ye, nak duduk silang kaki sket... camera rolling... all set... let's go... " "Bismillahirrahmanirrahim ... " mukadimahnya.

Q1. Cik Huda yang menulis ini sekarang bekerja sebagai apa?
errr... banyak pekerjaan saya ...multi tasking gitu katanya... hihihi...
Yang paling pasti "servant of Allah" ... yang sedapat mungkin dalam usia yang berbaki ini sedang berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik, dan memberi kebaikan dan pulang menemui Allah S.W.T. dalam penuh kebaikan dan keberkatan. Insya Allah... Please keep me in your doa ye Wak dan kawan-kawan sekalian.

Q2. Berapa lama cik Huda sudah berblog?
Saya mula menulis blog pada 26 December 2008. (maybe earlier than that date, tapi mungkin entri tu dah di re-publish kot)
Dengan anggapan itu entri pertama, maka sehingga 15 Oktober 2015, saya sudah berblog selama 6 tahun 9 bulan 19 hari (lebih kurang).

Q3. Kenapa cik Huda mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
Ada banyak sebab kenapa saya ada blog. Antaranya ... sebagai tempat saya release tension... Haaa... Saya pernah buat satu entri tentang "Sebab-sebab saya ada blog" ... hahahaha... jemputlah baca sambil makan jemput-jemput ya ...
http://hnr318.blogspot.my/2011/04/audience-n-reason-of-having-blog.html
Tapi first kick start I explore to own a blog ialah ketika 8 tahun dulu, saya baru pandai baca novel online. Hahahaha. Kebetulan saya cuti 2 minggu sebab kena chicken pox, so saya pun explore lah macam mana nak buat blog... Hihihi ...

Q4. Cik Huda pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
Ntah lah ... tak perasan pulak pernah ke tak ...
Tak de kot ... Cuma kalau saya sibuk dan banyak kerja saya abaikan sahaja blog ini "seperti isi padu gas" ... seperti pada tahun 2013 dan 2014...

Q5. Masa pergi haji tahun 2011 yang lepas, adakah cik Huda pernah makan aiskrim ditengah malam disana?
Hahahaha... apa punya soalan ni Wak...
Err... Semasa musim haji yang lalu, makan aiskrim tengah malam macam tak pernah rasanya.Tak ingat lah... Tapi tak tengah malam sangat adalah ... day time... tapi jarang lah.
Masa saya pergi umrah dulu-dulu, saya makan aiskrim mango sedapnya. Masya Allah.
Tapi masa g haji haritu - macam tak jumpa pulak aiskrim mango yang sedap tu. So saya banyak minum air mango je lah. SR5 je kan Wak kan kan kan... pastu hotel saya tu sebelah dengan kedai nasi arab... marvellous ... marvellous ... marvellous... sedapnya...Masya Allah... dah lah murah... adoiii... terliur dah...
Pastu masa g haji - malam-malam saya merayap ngan adik pergi beli donut dengan kfc... Wak makan tak kfc depan masjid tu? Pastu kami borong coklat twix dengan banyak nya... murah Wak coklat kat sana ... hihihi ...

Q6. Kenapa tajuk blog ‘hnr318’? Ada kena mengena dengan kereta cik Huda pakai sekarang atau sebelum ini kah?
Hahaha... tak ada kena mengena dengan kereta saya ...
Sebenarnya saya nak register nama blog ni dengan nama lain, tapi saya petik-petik, url tu tak boleh daftar, dah ada orang guna kot. Saya main-main ... TER daftar hnr318 - aiseh, lepas pulak ... so layan jer lah... hnr - mixing up my name, 318 my birthday.
Errr... Wak, boleh ke nak tukar url? cer ajarkan saya...macam mana.

Q7. Cik Huda sudah banyak kali mendaki Broga Hill? Kenapa tidak mendaki Gunung Kinabalu yang tiba-tiba runtuh dilanda gempa bumi itu?
Waaa.... bagus lah Wak, siap dah buat homework kat blog picisan saya tu. hihihi. Errr, saya sangat lah teringin nak panjat kinabalu tu... Dah banyak kali cubaan mendaftar dilakukan. When I was a little bit free, registration already full, time ada slot kosong, saya pulak bizi...Sampai dah patah donkey ear tu ... masih belum berjodoh nak panjat. Tunggulah kot-kot ada rezeki, Insya Allah sampai ku nanti bah.
Tapi kaki gunung kinabalu saya dah sampai... hihihi... Hot spring Poring pun dah sampai. Alhamdulillah... Dah beberapa kali juga sampai Sabah ni.

Q8. Doa harian yang cik Huda selalu amalkan?
Antaranya doa bangun tidur, doa makan, doa masuk toilet, doa tengok cermin, doa keluar rumah, doa naik kenderaan dan macam-macam lagi ...
Sambil-sambil jalan kaki pun boleh baca doa, antara yang saya suka lafazkan doa ni : (sebab ada lagu UNIC buat doa ni kan)...
"Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
Ya Allah matikan kami dalam iman,
Ya Allah bangkitkan kami dengan Iman, dan masukkan kami ke syurga mu dengan iman. ...
Ya Allah berilah kami kesudahan yang baik pada masa terbaik dalam keadaan terbaik dan disemadikan disebaik-baik persemadian.
Ya Allah rezekikan aku syurga firdausmu bersama seluruh ahli keluarga ku dan sahabat-sahabat yang ikhlas bersamaku kerana Mu Ya Allah"... Allahumma aameen...
Bila saya duduk renung, termenung dan memikirkan - kita bersama dengan semua yang kita kasihi di dunia, tapi macam mana kalau kita tak dapat bersama di akhirat. Nauzubillah. Mintak dijauhkan lah ... Sedih dan takut tiap kali terkenangkan itu.
Kadang-kala, bila tidur malam, saat saya baring kat katil tu - saya selalu terfikir, Allahuakbar, selesa nya pembaringan saya, luasnya bilik saya, terang nya bilik saya (sebab ada lampu kan)... buat kan saya terfikir, Ya Allah, bagaimanakah kuburan ku nanti - keluasannya, cahayanya, serangan-serangannya... Ya Allah... terus tak jadi tidur, bangun baca Quran.
Kawan-kawan semua tolong doakan saya sama ya... takut rupanya nak mati ni. Tapi kena selalu ingat sebab semua yang bernyawa pasti akan merasai mati. Huhuhu ...
Kawan-kawan semua jangan lupa baca al-mathurat hari-hari tau... Jangan tinggalkan. Banyak doa-doa dan zikir yang baik yang boleh diamalkan. Insya Allah.
(ayyakkk lari topik sudah)

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
Pernah tak terfikir kenapa tak bagi free je...
Harga minyak mentah jatuh "banyak mata" 2014 to 2015, tapi kenapa harga kepada pengguna tidak turun secara signifikan? Adakah dengan alasan, perlu menjual dan menghabiskan stok minyak harga mahal ? hahahaha... Dah tu minyak harga murah tu bila pulak masuk pasaran? Yang eden nampak, Oil and gas refiners prosper from de lower oil prices scenario ni... Not the end user... Ntah lah ...Cuba Wak terangkan ... pening arh... hihihi...
Tapi harga minyak kat Brunei dan Arab murah kan Wak kan kan kan ...
(Sekali lagi lari topik... haishhhh)

Q10. Cik Huda pernah melawat Australia, Indonesia, Mekah, dan Jepun. Ada tak negeri dalam Malaysia yang cik Huda belum lawati?
Saya dah pergi ke 13 negeri dan 2 wilayah persekutuan.
W.P. Labuan je saya tak sampai lagi... terlepas feri... hahahaha...boleh gitu?

Q11. Banyaknya tip kerohanian, keimanan dan motivasi dalam blog cik Huda, tapi kenapa tiada tip mencari jodoh?Adakah ianya sesuatu yang merimaskan dan mengguris perasaan?
Hahaha... tak ada ke? Ada lah wak... cer cari cer cari... ada ...

Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
Tak pernah dan harap-harap takkan pernah.

Q13. Rasanya tiada panggung wayang di Bandar Baru Bangi. Rasa-rasanya mat rempit ada tak?
Errr... tak pastilah wak... Apa kata Wak try buat survey ... Hihihi ...

Q14. Selain blog ‘Real Life Is Real’ ini, apakah nama facebook kepunyaan cik Huda dan adakah dibuka untuk umum?
Saya tak ada facebook. So tak payah susah-susah cuba cari... Hihihi ...

Q15. Cik Huda adalah penjual telekung ‘Telkung Cotton for travel’ kan? Cik Huda pernah menggunakan telekung di dalam surau atau mesjid yang sedia ada ketika travel walaupun berbau hapak?
Pernah tapi amat jarang. Sebab saya selalu bawak telkung sendiri, atau paling tidak, tudung saya Insya Allah ready for solat.
Tapi tapi tapi ... pernah sekali terjadi masa saya kat jepun - masa trip kerja luar - saya pakai tudung awning keras, saya tengok jadual sempat nak balik hostel solat kat hostel... nak dijadikan cerita, selalunya memang saya bawak telkung travel saya tu, ntah macam mana site visit haritu TER tak ada dalam bag... punya lah menggelabah macam mana nak solat. Sampai da lewat petang tiada ura-ura site visit tu nak berakhir ... Maka saya telah memaksa site visit tu ditamatkan dengan kadar segera supaya saya dan rakan-rakan boleh rush balik solat. Dipertengahan jalan, sesak pulak... adoyayy... sebab orang balik kerja.... Ya Allah... cemasnya takut waktu habis. So pengajarannya.... saya tak nak dah pakai tudung awning keras tu... huhuhu...
Itu antara kejadian paling scary dalam hidup saya ... huhuhu... biar telkung hapak Wak, asal ada, asal bersih dan boleh bawak g solat... huhuhu... mana nak cari telkung tengah-tengah jepun tu ha... adoiii...
Dah baca entri solat kat luar negeri? Hihihi... kalau tak kerana travel, saya pun tak reti nak solat kat kaki lima dan dalam fitting room... hihihi...

Q16. Kalau cik Huda tiba-tiba ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000) dalam akaun Maybank cik Huda, apa yg cik Huda rasa akan lakukan?
Kalau tiba-tiba ada? Agaknya saya dah kena tangkap dan disoal siasat mana datangnya doplohnamjuta hengget ni... hadoiiii ... scary ... Eeeiii mintak dijauhkanlah dari ujian-ujian harta ni...
Hmmm tapi ada caranya macam mana nak dapat doplohnamjuta ni. Sehingga 15 Oktober 2015 populasi penduduk Malaysia dilaporkan sebanyak 31,112,831 orang. Kita abaikan ralat umur dan sebagainya sebanyak 15%, baki 85% tu - boleh lah bagi saya seorang seringgit ... ha cukuplah dapat doplohnamjuta tu kan ... hahahah... masalahnya sapa lah nak bagi tu kan... hihihi... Singgit pun berkira tau...
But, let say lah tetiba betul-betul dapat duit yang banyak ... apa boleh dibuat? Jom #BeranganIsFree.
Pertama, saya akan cuba beli share dalam facebook (supaya dia berhenti jadi fitnah book) ... hahaha... cukup ke ?
Kedua, saya akan beli stesen tv atau broadcast - supaya saya boleh control siaran yang disiarkan. Sakit betul lah tengok siaran kat tv sekarang. Hadoiii...
or nak jadi sponsor rancangan Akademi AlQuran untuk 300 musim ke... kan... sebab khabarnya AQ dihentikan sebab tiada penaja hadiah... AF ada pulak... Hadoiii... dunia dunia...
Eh wak tahu tak huda ada tv? Sila lah ye ke tv cik huda ... hihihi
http://www.huda.tv/
Ketiga, keempat, kelima, keenam dan kesepuluh punya list - biarlah rahsia... hihihi...

Q17. Sekarang cik Huda single, kalaulah cik Huda sudah mendapat jodoh, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
Tolong jap carikan bakal suami kacak kaya baik bijak beriman yang bukan laki orang... supaya saya boleh berhenti kerja dan buat something else yang saya minat... hihihihi ...

Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Huda tidak suka dengar?
Bunyi yang boleh mengundang "ngilu"... Hidung dan atau gigi saya akan berdarah kalau dengar bunyi tu untuk tempoh yang lama.
Bunyi suara pengerusi mesyuarat yang tak reti-reti nak berhenti walaupun semua dah buat muka bosan pun boleh juga masuk list suara yang tidak suka dengar.... hahahahaha...

Q19. Cik Huda pernah selfie dengan penyanyi Maher Zain (2010). Kalau diberi peluang sekali lagi, adakah cik Huda sudi berselfie lagi dengan beliau tetapi kali ini seorang diri?
Hahahaha... Win lah Wak... Ini pun Wak dah baca... betul-betul buat homework ni. Okay, exact date was 10.10.2010. haaaa memorable gitu...

err, saya mana pernah berselfie dengan maher zain. Saya pernah bergambar je dengan beliau. Gambar itu pula diambil oleh photographer Danial Zain kot.... Masalahnya... sampai ke sudah saya tak dapat salinan gambar tu... hadoiii sabar jerlah. Gambar yang ada tu dari henfon kami yang buruk2 tu je. Hihihi ...
Kalau diberi peluang selfie berdua dengan beliau - jawapannya saya tak nak... hahahaha kalau we-fie ramai-ramai, mungkin boleh dipertimbangkan... Tempoh hari saya pergi atas permintaan budak-budak kecil tu. Parents dia tak bagi pergi kalau ahkak huda tak pergi - boleh gitu? hahahahaha... macam-macam hal...

Q20. Ayah dan mama cik Huda adalah guru sekolah. Pernah tak cik Huda bercita-cita menjadi guru atau pengajar?
Hahaha... ni mesti Wak salah baca entri hari guru tu. Salah homework Wak kali ni. My parents not a school teacher lah Wak... Mereka adalah guru buat kami adik beradik di rumah je... Guru terbaik dalam hidup. Alhamdulillah, thank you Allah for giving me my mama and my ayah...

Wak... sesungguhnya cita-cita saya yang tak pernah padam ialah untuk menjadi seorang guru. Saya amat amat amat amat amat sangat nak menjadi seorang guru. Saya suka mengajar. Dah dapat pun ... tapi ayahanda ku tidak begitu memberi restu atas alasan-alasan munasabah yang ayah kemukakan. Tapi ayah amat menggalakkan saya untuk teruskan mengajar dengan membuat kelas-kelas tambahan... Maka, sebab itu lah saya buat part time tuisyen... sejak 9 tahun yang lalu. Tapi dua tahun ni saya stop seketika... dah stop 2 tahun liat nak sambung balik... Sekarang saya ajar anak-anak jiran je kalau diaorang ada soalan nak tanya... Lebih kepada tutoring lah, tak buat kelas berjadual sangat dah... Hihihihi...

"... aikkkk abes dah soalan? hihihi ... "

"Apa-apapun, buat Wak - terima kasih sebab menceriakan saya dengan soalan-soalan random Wak ni... Tak terfikir sungguh soalan-soalan random Wak ni... Hahahaha ... "
"Tengs sebab masukkan saya dalam senarai interview Wak yang awesome ni... Hahaha... rasa macam menteri pulak... kah kah kah (sebab tak nak jadi artis .... hahahaha boleh gitu? )"
"Tengs Wak, semoga Allah luaskan rezeki yang halal buat Wak sekeluarga, dipermudahkan segala urusan dan diberi kesudahan yang baik, Insya Allah..."
"Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ..."

Cik Huda ada bertanya penulis kalau-kalau penulis berkesempatan untuk mengajarnya fotografi. Tetapi penulis belumlah memberi jawapannya kerana kekangan waktu dan status penulis yang tidak menentu sekarang ini.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik Huda yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:

1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM
6. 19/10/15 - Kak Sham (Shamsiah Abdul Rahman)
7. 22/10/15 - Kak Fidah Shah
8. 26/10/15 - Cik Huda (Hhnas)

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Khamis nanti? Atau adakah cik Huda ini adalah blogger terakhir yang penulis wawancara kerana penulis pun sudah kepenatan dan kelesuan? Penulis sendiri pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 25, 2015

I WAS FRAMED AT VISTA

Vista Eye Specialist, Taman Mount Austin.

KALI terakhir kami menjalani operasi pembedahan lasik mata ialah 6 tahun yang lampau. Dan 6 tahun juga penulis tidak memakai cermin mata lagi. Kelmarin kami datang lagi ke pusat pakar mata yang baru berpindah di Taman Mount Austin untuk pemeriksaan biasa.

[Link: lasik my eye (2009) ]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

2843


Oct 24, 2015

RUMAH AWANG ALAK BETATAR



SEBENARNYA sudah lama penulis hendak berhentikan motor kapcai dan menangkap gambiran istana hinggap Sultan Brunei di tepi Jalan Ampang ini. Hampir setiap hari kalau penulis tidak merempit dan menaiki lebuhraya AKLEH untuk bertugas memotong rumput, penulis akan limpas disini. Kata orang tua dulu-dulu, "tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah." Haha, sepertilah penulis sedang bercinta dengan puteri bunian pula. Dalam hati siapa yang tahu.

Sultan Muhammad Shah merupakan Sultan Brunei yang pertama. Baginda memerintah Brunei dari tahun 1363 hingga 1402. Baginda merupakan pemerintah pertama Islam Brunei apabila menganut Islam pada tahun 1363 melalui perkahwinan dengan puteri raja Sultan Bakhei, pemerintah Johor-Temasik. Sebelum memeluk Islam, baginda dikenali sebagai Awang Alak Betatar. - rujukan dari Wikipedia

Nota lalat. Dan entri ini penulis tujukan khas kepada cikpuan Nooriahnaim, satu-satunya blogger dari Brunei yang selalu sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog penulis yang biasa2 ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 23, 2015

I ATE THIS WHOLE PIZZA BY MYSELF



SEKARANG ini diberitakan bahawa wabak penyakit demam kepialu atau demam paratifoid (baca: tiphoid fever) sedang berleluasa di Jalan Ampang. Tapi kelmarin tengahari ketika sedang memotong rumput, tiba-tiba tekak penulis hendak menjamah piza pula. Merempit ke Pizza Hut Ampang Point sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.