Showing posts with label MEDICINES. Show all posts
Showing posts with label MEDICINES. Show all posts
Oct 30, 2017
BERENANG-RENANG KE TEPIAN
Pagi Ahad yang biasa-biasa. Penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk kali kedua pada bulan ini. Untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.
Untuk baca entri pada awal bulan: Today I Took A Wrong Turn.
Nota kemaskini lalat. Kelmarin, penulis telah membuat pemeriksaan dara setelah 3 bulan makan ubat kolesterol setiap hari. Keputusan kadar kolesterol kembali normal. Entri yg dulu: Blood and Urine Screening Test.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 8, 2017
BLOOD AND URINE SCREENING TEST
Urinex is an antibiotic that fights infection caused by bacteria. Urinex is used to treat bladder infections. |
Hari Sabtu yang biasa-biasa.
Pagi-pagi Subuh sepi-e penulis ingatkan hendak memulakan Uber, tapi terlupa pula hendak mengemaskinikan dokumen insuran yang baru diperbaharui. Kena tunggu sehari lagi lah nampaknya.
Usai menghantar isteri penulis dan anak wedok membeli barangan dapur di pasaraya Tesco pagi tadi, penulis terus berlarian ke poliklinik untuk membuat pemeriksaan kencing dan dara (baca, urine and blood test) berkala yang sudah lama tertangguh.
Nota lalat: Kencing kotor kena makan ubat Urinex.
Nota lalat. Terkini. Keputusan screening test macam biasa, kadar kolesterol yg tinggi. Buat masa ini, tiada kencing manis, batu karang, darah tinggi dsb. Dan stamina still boleh menten 33 min. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nota lalat. Terkini. Keputusan screening test macam biasa, kadar kolesterol yg tinggi. Buat masa ini, tiada kencing manis, batu karang, darah tinggi dsb. Dan stamina still boleh menten 33 min. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Left: the beautiful misi, I think she's just working here ; Right: my arm after the blood withdrawal using needle - ahdoii |
Oct 25, 2015
I WAS FRAMED AT VISTA
Vista Eye Specialist, Taman Mount Austin. |
KALI terakhir kami menjalani operasi pembedahan lasik mata ialah 6 tahun yang lampau. Dan 6 tahun juga penulis tidak memakai cermin mata lagi. Kelmarin kami datang lagi ke pusat pakar mata yang baru berpindah di Taman Mount Austin untuk pemeriksaan biasa.
[Link: lasik my eye (2009) ]
Blog bukanlah hakmilik kekal.
2843 |
Oct 20, 2015
#PINKMOVE
KELMARIN penulis telah berjumpa dengan doktor pakar sakit kulit (baca: dermatologist). Mungkin ada alahan ubat demam yang penulis ambil kelmarin.
Gambar diatas semasa penulis berjalan keluar dari hospital itu, bukannya sebab penulis sudah tumbuh tetek ya. [ Link: #PinkMove to spread breast cancer awareness.]
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 13, 2015
UBAT NYAMUK & PREDNISOLONE
DEMAM selesema penulis belum kebah lagi. Tapi ada kulit penulis yang tiba-tiba melecet tanpa sebab yang penulis sendiri tidak tahu. Mula-mula kulit mengelembung, kemudian bila sudah masak dia pecah jadi melecet dan tidak boleh terkena air. Ini bukanlah kali pertama penulis terkena penyakit ini.
Malam kelmarin penulis sudah berjumpa doktor Bukit Belacan. Doktor kata mungkin alahan pada ubat antibiotik, sebab dia pun pernah terkena lecetan yang sama. Doktor beri penulis ubat demam dan ubat batuk, manakala ubat prednisolone 5mg (sekali makan 3 biji ya) untuk ditelan pagi dan petang.
Ubat nyamuk (baca: racun nyamuk, mosquito repellant) berwarna ungu diatas penulis baru beli untuk mengganti ubat nyamuk lingkaran berwarna hijau yang sudah kehabisan. Banyak betul nyamuk-nyamuk berkeliaran yang jahat diwaktu malam dirumah merpati penulis itu. Aduhai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 12, 2015
VERTIGO
Between Pasar Satok and Jalan Semariang, Kuching, Sarawak. |
ALHAMDULILLAH urusan majlis pertunangan anak lanang penulis telah selamat berlangsung kelmarin dalam keadaan aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.
Walaupun kepala penulis pening-pening lalat (baca: vertigo) disebabkan demam dan selesema yang telah melanda sebelum keberangkatan rombongan cik kiah ke bumi kenyalang lagi, tapi penulis gagahi juga untuk kesempurnaan majlis. Gambiran bokeh lampu jalan antara Pasar Satok dan Jalan Semariang diatas menggambarkan bagaimana keadaan kepala penulis yang tingtong ketika itu. Aduhai.
Hari pertama, Jumaat,
hari ketibaan dan atas desakan isteri kesayangan penulis intan payung (yang itu) penulis ke klinik Sejahtera di Pasar Satok untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat. Seterusnya disebelah petang, kami bergambiran di tugu kucing ditengah bandaraya. Selepas itu kami menaiki bot tambang 50 sen ke seberang sungai menjamah mee kolok untuk pertama kalinya bagi kaum kerabat. Juga, singgah membeli kek lapis di kedai kek berhampiran yang PM (Najib lettew) pun pernah sampai.
Hari kedua, Sabtu, majlis bermula pukul 10.44 pagi, ada watikah dari wakil dan disudahi dengan zikir (marhaban) doa kesyukuran. Di sebelah petang, kami ke Muzium Kucing dalam bangunan DBKU dan seterusnya kami ke pantai Santubong untuk mengambil udara petang yang nyamanlah sangat.
Hari ketiga, Ahad, pagi-pagi sudah ke pekan Serikin, sempadan Indon melayan kaum kerabat membeli belah. Petang, kami pun terbang pulang ke Masai. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur.
Nota lalat.
Nota SEO lalat. kedai ubat vertigo dikuching sarawak
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KUCHING DAY 1:
On the way to Pasar Satok. DUN building is infront of us. |
I am sick at Klinik Sejahtera, Satok, Kuching. |
Pasar Satok. |
Tugu Kucing. |
Flowers. |
Tugu Kucing. |
Tugu Kucing. |
Tugu Kucing. |
Bags for sale. |
Chicken Wings, Kampung Boyan, Kuching. |
Mira Cake House, Kampung Boyan, Kuching. |
Dummy flowers. |
Kek Lapis Sarawak for tasting. |
Mira Cake House, Kampung Boyan, Kuching. |
Baby girls, Kampung Boyan. |
Mee Kolok, Kampung Boyan. |
Yamaha SS motorcycle, Kampung Boyan. |
The original Gambir Sarawak Asli, Kampung Boyan. |
Bot Penambang, Sarawak River. |
Jetty, Sarawak River, Kuching. |
KUCHING DAY 2: (
The rombongan arrival. |
The future daughter in law. |
Later, we went to the Santubong Beach:
At night, we had dinner at Topspot Restaurant:
KUCHING DAY 3: (
In the morning, while having breakfast:
On the way to Serikin:
SEBENING LALAT CAFE:
** END OF POST **
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...