Showing posts with label SURATKHABAR. Show all posts
Showing posts with label SURATKHABAR. Show all posts

Oct 30, 2017

BERENANG-RENANG KE TEPIAN



Pagi Ahad yang biasa-biasa. Penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk kali kedua pada bulan ini. Untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Untuk baca entri pada awal bulan: Today I Took A Wrong Turn.

Nota kemaskini lalat. Kelmarin, penulis telah membuat pemeriksaan dara setelah 3 bulan makan ubat kolesterol setiap hari. Keputusan kadar kolesterol kembali normal.  Entri yg dulu: Blood and Urine Screening Test.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 28, 2017

PRESIDEN MELAYU SINGAPURA

Singapore newspapers, ie Berita Harian and The Straits Times | Singapore 2017

Pagi-pagi tadi penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Petang pula, penulis sempat berlarian menjenguk tanah kebun dikampung sekali lagi. Sebab temujanji dengan suami tuan punya tanah disebelah belakang kebun pula.

Nota istana lalat. Presiden pertama Singapura adalah Tun Haji Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970).

Nota duit lalat. Kadar tukaran matawang Singapore Dollar, SGD1 = RM3.15 (belian).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Yusof bin Ishak on Singapore dollars | Singapore 2017

Cikputih on the orchard | Johor 2017

May 28, 2017

CERITA YANG TIDAK DIDAPATI DALAM SURATKABAR MELAYU

Due to my own procrastication to replace the brake pads, the brake discs now got damaged already.

Sabtu, 27 Mei 2017 bersamaan 1 Ramadan 1438H.

Untuk baca entri penukaran brake pads, sila tanggal di 29/9/12 selepas 5 tahun.
Untuk baca entri penukaran tayar Michelin, sila penyamaan di 3/8/13 selepas 4 tahun.

Hari ini aktiviti menukar tayar kereta.

10.10am, sudah tiba di kedai tayar Hawk. Tukar 4 tayar jenis Michelin 195/65/R15 sama seperti yang lama. Tukar brake pads, dan sensor.



12.12pm, siap tukar tayar. Tapi masa perjalanan pulang ke gagang, dan singgah kedai, penulis tidak boleh buka pintu pemandu. Penulis pandu semula ke kedai tayar Hawk. Pomen cina ingat memang tombol pintu sudah rosak lama.

1.01pm, pomen cina suruh ke kedai accesories di belakang. Mula2 mamat cina muda kedai accessories itu periksa saja tombol pembuka pintu. Pasang telinga dekat tepi pengunci, mamat cina muda yang pemalas itu beritahu kena tukar semua satu set. Aiyah. Penulis tanya boleh dapatkan dahulu spare parts dengan harga sekali sebelum menggantikannya. Dia pun sibuk kehulu hilir ambil nombor kereta, jenis kereta dan minta penulis tinggalkan nombor telefon. Tiba2 ada kawan sekerja dia mamat cina yang agak senior, cakap "nak tukar satu set manyak mahal mah." Penulis suruh periksa harga dahulu, nanti penulis putuskan samada mahu tukar ataupun tidak. Tiba2 mamat cina senior ini pergi semula ke pintu cikputih, dibuka panel pintu dengan teliti, periksa dan dapati ada bracket pemegang wayar yang patah. Mamat cina senior tanggalkan panel pintu dan bawa masuk ke dalam bengkel. Mamat cina tampal balik bracket yang patah dan letak gam raja sultan melaka. Tiup2 gam, ludah sana ludah sini, tiup lagi sudah siap. "Gua sudah kasi Wak save libu libu hinggit mah," katanya tersengih-sengih sambil pasang balik panel pintu kereta tapi ada pula satu pin yang patah. Ganti pin yang patah. Siap semua, mamat cina senior cakap pada penulis, "wak, dua poh lima hinggit sudah."

Untuk baca entri tip-tip pilih tayar kereta, sila putar di SINI.
Untuk baca entri perempuan wajib tahu cara tukar tayar, sila umpil di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

While waiting, now is time to read the chinese newspaper... China Press only maa...

What drives American is our kopi-O... Read the story >>> HERE

Dinner night of "rambut kunyit"... please add LINK here ...

"Sorry to pull your son's hair" apologised the teacher ...

The old chinese lady is 102 and got lucky ... The Malay old lady is 120 years...

He just used the king glue and some wooden fragments to repair my broken door knob ... So I can save thousands of ringgit ...

May 9, 2017

SINGAPORE DOLLAR HITS WEAKEST AGAINST RINGGIT THIS YEAR

Pengurup Wang | Licensed Money Changer | Jalan Yahya Aldatar | Johor Bahru | Johor | Malaysia
The exchange rate: buying SGD100 = RM309.50

Untuk baca renangan penulis ke seberang tambak setiap bulan yang lepas, sila ketabrak di bawah:
April 2017 - Kanda ni Asek Kuar Berjalan Saje
Mac 2017 - Where can I Topup the Autopass Card for Malaysian Car
Febuari 2017 - Engkau Jangan Samakan Aku Dengan si Jaafar dengan si Hashim dengan si Salleh tu Pah
Januari 2017 - Jem dan Kaya

Ahad pagi-pagi lagi penulis sudah berenang-renang ketepian ke seberang tambak. Untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian. Alone matcham biasa.

Nota tepian lalat. Semalam, penulis sempat lagi melayan 2 cerita wayang atas talian secara percuma (baca, full movie online free) berkenaan menjadi keldai dadah (baca, the mule) dan melalui kastam imigresen kedua-dua belah negara yang terlibat. "Maria Full of Grace" dari Colombia ke New York, dan "The Mule" dari Thailand ke Australia. Modus operandi yang sama - menelan dadah dalam kondom ke dalam perut, kemudian masuk lagi kedalam mulut. Menjijikkan kan? Ingat lagi Dadah is Death?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tambak Johor | Johor Causeway | Johor Bahru heading Woodlands | Singapore
The traffic was very smooth this morning.

Apr 2, 2017

KANDA NI ASEK KUAR BERJALAN SAJE

7.31am - Pantai Lido sunrise lah sangat... ;p

Pagi Ahad usai Suboh, penulis pun berenang-renang ke tepian Woodlands. Sebelum itu, singgah dahulu di projek Pantai Lido yang terbengkalai itu. Alone matcham biasa.

Selepas membeli suratkhabar dan sebongkah berlian di seberang tambak itu, penulis pun berenang-renang kembali ke tepian.

Sempat lagi penulis menghadiri majlis anugerah anak wedok remaja itu. Tahniah my dear aBo.

Petang pula, penulis berlarian ke Litar Pasir Gudang untuk menonton perlumbaan motorsikal. Alone matcham biasa. Masuk adalah gratis percuma, tapi bila balik hendak keluar dari tempat parkir kereta pun bercinta selama setengah jam.

Bila sampai dirumah, dengan kelaparan tahap sederhana, penulis pun bertanya kepada isteri penulis (yang itu) samada beliau memasak atau pun tidak. "Tak!" bentak sang permaisuri dengan ringkas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7.34am - Pantai Lido and Bukit Timbalan, Johor Bahru Waterfront.

7.29am - on clear causeway heading Woodlands...

7.56am - Woodlands old cinema. No showing movies anymore.

8.08am - no more interested to watch Malay movies?

8.35am - heading home, looking at the rear side mirror...

11.50am - at the daughter's school.

11.51am - today you make me a proud father... ;p Congrats dear aBo.

3.17pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.18pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.21pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.22pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.27pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.29pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.34pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.35pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.35pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

7.36pm - my youngest son showing off his latest medal for his art's class.

Feb 6, 2017

ENGKAU JANGAN SAMAKAN AKU DENGAN SI JAAFAR DENGAN SI HASHIM DENGAN SI SALLEH TU PAH

"When going green is not enough. 11.06am, Woodlands old town."

Ahad pagi yang biasa.

Selepas menghantar isteri penulis (yang itu) main mahjong mengurut kaki di Giant, penulis pun berlarian dan berenang-renang ke seberang tambak. Alone matcham biasa. Hari Ahad yang tenang kerana tiada kesesakan lalulintas di kedua-dua pusat pemeriksaan CIQ.

Tepat sejam, selepas membeli suratkhabar dan sebongkah berlian, penulis pun kembali ke tanahair dengan selamat. Dan sempat lagi tiba di Giant sebelum isteri penulis selesai main mahjong urut kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 6, 2016

WORDLESS WEDNESDAY: WAK PUN LEH BACA SURATKABAR CINA



Semoga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Kata 'wordless wednesday' tapi kalau tiada tulisan macamana pembaca hendak faham yang mengakibatkan salah faham pula? Penulis minta maaf naa sebab ramai sangka penulis boleh baca tulisan cina. Sebenarnya penulis pun buta huruf cina juga walaupun kesemua anak2 penulis bersekolah cina. Tetapi kalau tengok gambar pun sudah tahu kan Perdana Menteri dan isteri tersayang didepan makam nabi sedang mengerjakan umrah lettewww.

Pada pembaca yang masih tidak faham, sila baca berita Utusan kelmarin di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 24, 2015

WHY WE STILL NEED NEWSPAPERS



SUDAH lama saya tidak membeli suratkhabar. Kali terakhir saya membeli Harian Metro pada harganya sehinggit senaskah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HOW SIMILAR ARE TWO PERSONS BORN ON THE SAME DAY AND THE SAME YEAR

  Photo taken by mgr AYU @2024 Selasa, 30 April 2024. Tengahari tadi wak sudah keluar ke pekan Tanjung Uncang bersama mgr AYU . Pak NGA ti...