Feb 18, 2015

NUMBER TWO IS NOT ENOUGH



KELMARIN juga hadiah peraduan Mamee Monster telah tiba. Saki-baki hadiah kemenangan peraduan dari tahun lepas. Hadiah kedua berupa telefon jenama tidak popular yang biasa-biasa saja.

Feb 16, 2015

WEDDING PHOTOGRAPHY: THE DEBUT



HARI minggu yang lepas saya sudah memberanikan diri sendiri untuk cuba menangkap gambiran pengantin buat pertama kalinya. Dari masjid Bandar Baru Uda (akad nikah), ke Taman Desa Rahmat (bersanding 1), ke Taman Universiti (bersanding 2) dan disebelah petang pula terus ke Puteri Harbor (outdoor 1 & 2) memeylah mencabar juga. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli (bahasa orang kampung saya: precious). Terimakasih saya ucapkan kepada rakan fotografi di Picturesque Photo Studio (Kota Masai). Korang memang terbaik dan semoga rezeki korang terus bertambah.

Nota lalat. Maksud perkataan debut adalah / The meaning of debut is : kemunculan sulung di mata awam. Ai laike.





Feb 15, 2015

TANPA WAS WAS



SUDAH lama saya tidak bersarapan di kantin bangunan Tabung Haji itu. Hiasan kafe yang serba baru. Harga yang sentiasa mahal. Lontongnya pun tidak kurang hebat juga. Mestilah semuanya digantung ditanggung halal bukan? Masih was-was?

Nota lalat. Ini kafeteria Tabung Haji di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, bukan di Johor Bahru. Harap maklum.


Feb 14, 2015

UNI QLO




DIDEPAN gedung fesyen Uni Qlo di Suria KLCC ada kedai menjual pelbagai jenis gula-gula (baca: candy), cokelat dan lolipop.

Feb 13, 2015

MINYAK TURUN HARGA, TIADA RUSUHAN



TENGAHARI kelmarin ketika saya sedang memberhentikan motor kapcai saya dipersimpangan trafik itu, tiba-tiba saya ditegur oleh abang matcha EX5.

Abg Matcha: Itu anwar punya kes takde rayuan kah?
Mula-mula saya sangsi juga, tetapi tengok dia buka cermin muka topi helmet dan rupa seperti hero tamil itu, maka saya pun melayan saja.
Wak: Dah buat rayuan lah nih.
Abg Matcha: Sudah buat rayuan kah?
Wak: Sudah lah, tak berjaya. Kena penjara lah sekarang.
Abg Matcha: OOOO gitu kah?

Dan bila lampu trafik hijau, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Nota lalat. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah untuk Hasbullah Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Feb 12, 2015

PERIGI MENCARI TIMBA



WALAUPUN sekarang ini saya kurang aktif dalam bidang fotografi sebagai hobi, tetapi sudah lama saya teringin hendak membeli lens baharu kamera dslr saya itu. Mula-mula saya mengidam hendak membeli 50mm f1.4 (RM1500 - Canon, RM2900 - Sigma). Kemudian kedai kamera di Ampang Park menawarkan lens 50mm f1.8 (RM280 - Canon). Tetapi tiba-tiba ada kawan saya teringat ada kawan beliau yang mempunyai dua lens 50mm f1.8 yang sama dan sanggup menjualnya dengan harga rakan-rakan kasih sayang sebanyak RM150 sahaja. Nampaknya lens 50mm f1.4 itu terpaksa menunggu didalam senarai timba (baca: bucket list). Sila abaikan tajuk.

Feb 11, 2015

DAPAT BAJU CAP AYAM



AKHIRNYA projek kecil-kecilan telahpun selesai dipersembahkan. Baju cap ayam kasawari pun selamat diterima.

Cerita lain lalat. Suasana tegang ketika memegang telefon pintar (baca: smartphone) ditelinga kanan selama 41 minit untuk kerjaya masadepan memang juga melenguhkan otot-otot dilengan.

Nota lalat. Sebenarnya baju itu bukan jenama cap ayam, tapi baju sempena projek kecil-kecilan yang bernama 'Kasawari'. Kasawari adalah sejenis ayam juga. Betul ataupun tidak kawan-kawan? *Ketawa.

Feb 9, 2015

CIK SAL STOPPPP!!!!



CIK SALLLLLL!!!!

MASA ITU TIME



KELMARIN saya mencuba menaiki keretapi dari TBS ke Bukit Belacan. Dahulu saya pernah naik teksi yang tiketnya berharga RM35. Tetapi malam kelmarin dengan menaiki tren dari Bandar Tasik Selatan, transit di Chan Sow Lin dan destinasi terakhir di Ampang (RM1.60), kemudian saya mengambil teksi (RM6), saya telah menjimatkan kos pengangkutan sebanyak RM27.40. Memanglah masa itu emas, tapi duit itu emas juga.

MAKAN NASI AYAM PENYET DI BAKSO JAWA DENGKIL YG SELALU PADAT

  Ahad, 12 Mei 2024. Petang sudah berlarian ke pekan Dengkil. Mahu makan nasi ayam penyet. Istimewanya hidangan nasi ayam penyet ada 2 ekor ...