Sep 12, 2015

IPU MASAI 134



SABTU. 11 September 2015.
Indeks Pencemaran Udara (IPU), (baca: API, Air Pollution Index) di kotaraya dan negara semakin teruk. Gambiran pagi dan tengahari hari ini.

"IPU Masai 134," isteri penulis (yang itu) melaporkan melalui sistem pesanan ringkas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 11, 2015

MY FIRST EXPERIENCE DONATING BLOOD



KHAMIS. 10 September 2015.
Tengahari kelmarin penulis sudah merelakan diri untuk diambil darah berdekatan premis tempat penulis memotong rumput ini. Ini adalah pertama kali penulis menderma darah.

Antara soalan-soalan dalam borang yang harus diisi seperti:
* Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)?
• Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)?
• Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur?
• Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis?
• Mengambil dadah secara suntikan?
• Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas?

Hubungan jenis atau "kegiatan seksual" bererti:
(a) kegiatan seks yang biasanya melibatkan kemasukan mana-mana bahagian zakar ke dalam vagina, dubur atau mulut orang lain; atau
(b) kunilingus.

Penulis juga telah ditanya berulang-ulang tentang cukup tidur selama 5 jam, dan telah makan sebelum mengambil darah.

Proses pengambilan darah yang cepat dan mudah. 7 minit untuk mengisi borang, timbang berat, periksa jenis darah, tekanan darah dan pengisian maklumat. 13 minit untuk pengambilan darah dari vena di lengan tangan kanan. 7 minit masa bertenang.

Usai proses pendermaan darah, sebelum pulang menyambung tugasan memotong rumput, penulis dapatlah jajan biskut, air kotak milo dan sijil penyertaan.

Nota lalat. Updated. Petang tadi semasa penulis berlarian anak di atas pengisar injakan (baca: treadmill) di rumah merpati penulis itu, setelah 20 minit, tiba-tiba kepala penulis berasa hendak pitamlah pula. Tapi alhamdulillah, setelah penulis berhenti berlarian dan terbaring berehat di sofa, rasa pening sudah mula reda. Penulis ada terbaca, dilarang membuat aktiviti berat selama 12 jam selepas derma darah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 10, 2015

L'HEURE BLEUE

Diecast viva on KLCC view, just now during blue hour (l'heure bleue).

RABU. 9 September 2015.
Petang, penulis sudah berlarian ke pejabat kepala suku (baca: headquarter) Maxis di KLCC itu. Sebab anak wedok penulis yang sedang kuliah nan jauh dimata itu menyuruh penulis memotong talian jalurlebarnya. "Bah, kakak dh dpt wifi depan umah sewa nih," ujarnya. Sebelum itu, penulis sudah sediakan payung sebelum hujan surat perwakilan dan salinan kad pengenalan anak wedok. Bila penulis tiba dikaunter dan bertemu dengan pekerja disitu yang duduk dikerusi dan meja sempit, penulis diberitahu pula talian hanya boleh dipotong oleh yang empunya badan dengan menelefon nombor operator 123. Penulis berasa benganglah juga, tapi apakan daya, kuasa bukan ditangan penulis sendiri.

Jadi, bila anak wedok sudah diberitahu, beliau pun benganglah sama kerana nombor talian operator 123 itu tidak dapat dihubungi setelah berjuta-juta lemon kali mencuba. "Menyusahkan, tkde org angkat," rungutnya. Akhirnya beliau pun bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut sendiri dan akan ke pejabat di KB Mall esoknya.

Nota lalat. Sila goyang2 inul tetikus atas gambiran diatas untuk melihat latarbelakang yang lebih jelas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Panorama view of KLCC.

Felda Building and Petronas Twin Towers.

Hazy sky, no more.

Sep 9, 2015

WW: AKU CINTA PADAMU



9 September 2015. HARI Rabu tanpa kata (sepatutnya).

Nota lalat. Pada mulanya penulis tidak ingin menceritakan disebalik kertas terbang (baca: flyer) diatas disebabkan hari ini adalah 'Wordless Wednesday'. Tapi ramai rakan-rakan yang berasa pelik (baca: curious) sehingga berguling-guilingan. Kasihan kan. Ceritanya begini,

Olehkerana penulis berasa bosan tahap sederhana, maka kelmarin penulis telah mendapat idea untuk membuat suatu entri lain dari yang lain. Jadi, penulis cetak kertas terbang diatas dan penulis tampal sendiri ditiang itu dan penulis merakamkan gambar untuk sekadar hiburan semata-mata. Kalau penulis terjumpa pun kertas terbang diatas yang ditampal oleh orang lain ditiang-tiang elektrik TNB atau pokok-pokok, penulis juga akan berasa pelik. Jadi penulis berharap rakan-rakan dapat menganggap ini sekadar hiburan saja. Jika ada rakan-rakan yang tersentap, iri hati, terluka dll, penulis memohon ampun dan maaf. Harap maklum dan selamat beramal.

Tapi ada saja orang yang tidak puas hati dan sakit hati, sampai hati kata penulis ini poyo lah, kaki penipu lah, kaki perempuan macam ustaz poyo jilake bini 13 itu lah. Masih ada lagi yang tidak percaya penulis yang tampal kertas terbang itu dan ambil gambar sendiri. Tidak mengapalah, tiadalah penulis kisah. Lagipun blog ini penulis sendiri yang punya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ini adalah karya yang asli yang penulis reka sendiri:



Sep 7, 2015

DIY: BLOG INTO A BOOK



AHAD. 6 September 2015.
Tengahari, penulis telah mengambil buku berkulit keras (baca: hardcover) yang telah siap diikat kemas(baca: binding) di kedai percetakan Lily di Taman Universiti. Blog rakan lama penulis yang ingin di arkibkan sebagai sejarah sebelum blogspot dihapuskan tanpa sebab.

"Wak Gelas adalah blog harian seorang lelaki yang biasa-biasa saja yang dicatatkan dari hujung 2011 hinggalah 2014. Pengalaman beliau menyertai (dan memenangi) beberapa pertandingan fotografi, pertandingan talian tertutup (baca: offline contests) dan
aktiviti latihan mendaki bukit dan gunung sebelum berjaya menawan puncak Gunung Kinabalau pada 25 Februari 2014. Projek menghantar gambar-gambar rakaman dari kamera DSLR beliau terutama pemandangan matahari terbit dan terbenam ke beberapa majalah fotografi tempatan juga menjadikan suatu pengalaman yang menarik dan amat bermakna. Beliau juga telah mengikuti kelab fotografi Nikon Malaysia dan bersama-sama menyertai di hampir kesemua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Pengembaraan beliau ke tempat sejarah diluar negara yang tidak kejauhan seperti Borobudur, Pontianak, Batam (Indonesia), Krabi (Thailand), Angkor Wat (Kemboja), The Great Wall (China) dan Singapura juga tercatat serba sedikit didalam buku ini."

Nota lalat. Untuk pertama kalinya, gambiran dalam entri penulis kali ini tidak diletakkan tanda air (baca: watermark) ya. Tapi mencuri gambiran penulis tanpa izin tetap berdosa kan. Harap maklum.

Nota lalat. Dulu, penulis pernah juga mengikat buku dari blog Fotolumayan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Sep 6, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MEI MEI



SABTU. 5 September 2015.
TENGAHARI penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hanya untuk membeli suratkhabar, The Straits Times (SGD1) dan minuman berkarbonat dalam tin, Coca Cola (SGD1.50) sahaja. Tidak seperti yang penulis jangkakan, perjalanan kaki dan menaiki bas kuning melalui pusat imigresen dan kastam yang tidak sesak di Woodlands. Pergi dan balik ke tempat letak kereta di bumbung CIQ JB hanyalah mengambil masa 2 jam setengah. Alone matcham biasa.

Nota lalat. SGD1 = RM3.03

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 5, 2015

5000 SOM

5000 Som. Thanks to Carina.

JUMAAT, 4 September 2015.
Sebelum solat jumaat tadi rakan penulis, Zek, ada bertanya samada hendak memesan air goncangan kelapa (baca: coconut blend). Penulis iyakan sahaja. Sambil itu, rakan seorang lagi, Carina, menunjukkan wang kertas Uzbekistan sebanyak 6000 som, bersamaan sepoh hinggit saja.

Di hentian bas TBS pula, semasa penulis sedang merakamkan gambar, ada seorang cikgu yang akan bertolak ke Kelantan pada jam 9.30 malam tiba-tiba
teruja melihat model kereta cilik yang penulis bawa bersama. "Seperti betul," katanya. Sekarang ini semua destinasi dalam negeri telah dipusatkan di TBS kerana hentian putra sedang dinaiktaraf.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6000 Som equivalent to RM9.80. Thanks to Azem.

Sweet and cold coconut blend. Thanks to Zek.

Terminal Bersepadu Selatan.

Terminal Bersepadu Selatan.

Sep 4, 2015

UTC KERAMAT



KELMARIN selepas bertugas dari memotong rumput seperti biasa, penulis terus merempit dan singgah ke Pusat Transformasi Bandar (baca: Urban Transformation Center) di Kampung Keramat yang terletak hanyalah sepelaung sahaja disitu. UTC Keramat ini kelihatan amat jelas sekiranya kita merempit di atas AKLEH menghala ke Ampang. Sebelum itu penulis berhajat hendak merempit ke UTC Puduraya tetapi dengan keadaan kesesakan lalulintas tahap biasa yang membantutkan rancangan. Sudahnya, penulis terpaksa pusing berpatah balik ke Jalan U-thant, jalan Ampang, masuk jalan Jelatek dan menyusur Jalan Keramat.

Ini adalah pertama kali penulis tiba di UTC ini. Mula-mula agak keliru juga mencari tempat memarkir motor rempit penulis ini. Sudah parkir motor pula
mencari pintu masuk juga agak mencabar bila penulis tercari-cari tangga dan lif yang terpaksa melalui kolong yang sedang diubahsuai sebagai pasar basah. "Mestilah nanti berbau hamis saja kan," bisik hati penulis.

Bila penulis tiba di kaunter imigresen bertanyakan tentang pembaharuan buku merah (baca: passport), tiadalah ramai orangramai. Tetapi penulis diberitahu bahawa kesemua talian telah tertutup. "offline 1 Malaysia", begitulah kata kerani disitu. Sebutan '1 Malaysia' itu ialah 'offline satu malaysia', bukan 'one malaysia', ada perbezaan patriotik disitu. Penulis pun pulang dengan rasa kuchiva (baca: kecewa), tapi akan kembali lagi ke UTC itu kerana jaraknya hanyalah sepelaung sahaja.

Dalam perjalanan pulang, sempat lagi penulis singgah bersantapan nasi berlauk kepak ayam goreng, hati goreng dan kuah ikan tongkol di perkarangan mesjid al-Akram (masjid Keramat) itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 3, 2015

SOLAT GAGAK



KELMARIN dalam perjalanan jauh selama 6 jam di lebuhraya PLUS itu, pemandu bas ekspres telah berhenti di hentian tepi yang menyediakan gazebo. Penulis tahu pemandu bas ini ingin bersolat seperti biasa, tapi disuruhnya kami bersolat digazebo yang satu lagi yang ada sejadah katanya. Ketika itu ada mamat gagak ini dari bas yang lain yang ingin bersolat juga, dan beliau bersetuju menjadi imam. Penulis sudah bertanya samada ingin solat jamak magrib dengan isyak sekali, beliau menjawab, 'only magrib'. Penulis akur saja. Tapi bila habis rakaat kedua beliau terus memberi salam, menyebabkan penulis dan makmum yang lain terus bangun dan menyambung 1 lagi rakaat.

Penulis agak bingung sebenarnya. Ini bukanlah kali pertama penulis menjadi makmum mamat gelap yang solat kurang rakaatnya. Dulu pernah berlaku di surau KLCC, bilamana imam itu bersolat asar dengan 3 rakaat saja. Mungkin beliau dari mazhab lain agaknya. Tapi kalau mazhab lain pun, takkan rakaat solat yang asas pun berlainan? Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 2, 2015

ANGRY BIRD ACTIVITY PARK



KELMARIN isteri penulis (yang itu) telah mengajak penulis berjalan-jalan ke JBCC iaitu bangunan KOMTAR yang lama yang baharu sahaja dinaiktarafkan. Bila tiba didalam pusat membeli-belah itu, tiadalah aktiviti yang menarik selain membeli-belah tingkap (baca: window shopping) sahaja. Jadi, bila anak lanang bocah cilik penulis memohon untuk bermain-main di taman aktiviti burung marah, maka penulis pun melayannya. Tapi hanya penulis, anak lanang bocah cilik dan abang ngahnya sahaja yang berminat masuk.

Nota lalat. Tiket masuk ialah RM60 seorang, tidak termasuk 2 pasang stokin (RM4 sepasang). Jumlah ialah RM188. Bila habis aktiviti, penulis juga di'pau' sebijik bantal angry bird oleh anak lanang bocah cilik itu yang berharga RM64. Aduhai, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak? Kanns.


Blog bukanlah hakmilik kekal.















Updated: Ramai kawan-kawan penulis hendak melihat bantal angry bird yang berharga RM64 itu.

Sep 1, 2015

MOVIE REVIEW | MISSION IMPOSSIBLE: ROGUE NATION



MALAM kelmarin anak lanang penulis sudah mengajak menonton filem Tom Cruise yang terbaru. Bebienornya filem 'Mission Impossible: Rogue Nation' atau dipanggil 'Moroccan Pursuit' yang menjadi kotak pejabat (baca: box-office) tersebut sudah lama ditayangkan. Seni efek dengan skrin Imax 2D yang besar dan stunt yang hebat dan menarik tetapi malangnya ditambah dengan efek suara sumbang tidak enak dari selang beberapa kerusi kosong oleh xxxxxx (baca: censored) sekeluarga yang gelak berdeking-deking 'hihihi' dan bunyi makanan jajan cip kentang 'kerup kerap kerup kerap' tidak kehabisan dari awal sampailah akhir filem. Menyampah sahaja bukan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.