Showing posts with label BAS EKSPRES. Show all posts
Showing posts with label BAS EKSPRES. Show all posts

Nov 17, 2015

MAJLIS ILMU DALAM BAS EKSPRES

On Pasir Gudang highway.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 4/4

DALAM perjalanan ke ibukota malam kelmarin, pemandu bas ekspres itu telah memainkan video majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus. Oleh kerana penulis duduk di kerusi paling hadapan, walaupun skrin LCD kecil depan pemandu, namun suara speaker memang kuat berdentum. Maka penulis layan sajalah selama lebih 2 jam mendengar ceramah.

Antara beberapa jawapan ustaz dari sessi soal jawab dihujung ceramah:

1. air ludah bukanlah najis, cuma kotor bila keluar dari mulut.
2. cawan bekas arak boleh digunakan untuk minuman biasa.
3. bacaan alfatihah wajib dilafaz dgn lidah oleh makmum tetapi tidak perlu kuat, bukan dalam hati.
4. makan semeja dgn rakan2 bukan muslim harus walaupun ada makanan tidak halal, tapi wajib keluar dari meja kalau ada air arak walaupun tidak minum dan tujuan bincang bisnes semata-mata.
5. pasal makmum yg ikut imam berlainan niat waktu solat, contoh imam solat isyak, tapi makmum solat magrib, tiada masalah, solatnya sah, cuma kalo imam dan makmun solat berlainan jenis, contoh imam solat jenazah, makmum solat magrib.
6. pasal taubat, walopon kaki botol, kaki penipu, kaki judi, kaki pompuan, sedang pegang botol arak dan sempat bertaubat sebelum mati, maka diterimalah taubatnya.
7. pasal jodoh, kalo bakal suami/isteri tak cantik tak chomey takper, leh tutup lampu. Lol.

Dihujung soal jawab it, ustaz beritahu ada 50 lebih lagi soalan belum dijawab.

Nota lalat. Mungkin agak terlambat sedikit, berikut penulis paparkan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan November 2015. Untuk kawan-kawan di lembah klang, bolehlah pergi ke majlis ilmu beliau di Cheras (28/11) dan Sungai Buloh (29/11). Selamat menghadiri majlis ilmu dan selamat beramal. Amin.

Nota lalat. Updated. Baru terperasan bank kuasa (baca: powerbank) dan kabel pengecaj (baca: cable charger) tertinggal pula dalam bas ekspres itu. ;(

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TBS at night.

Nov 11, 2015

ON PASIR GUDANG HIGHWAY AND LARKIN TERMINAL

Traffic jam at Pasir Gudang Highway near Taman Daya.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 11/30
Post of the Day: 1/4

GAMBIRAN yang penulis sempat rakam kelmarin dari dalam bas ekspres menuju ke ibunegara.

Nota lalat. Lebuhraya Pasir Gudang yang memey terkenal dengan jalan beralun-alun, tiada bahu jalan, dan dipenuhi periuk api disana sini, sekarang ini sedang dinaiktaraf dari 2 lorong menjadi 3 lorong. Jadi, kemacetan biasa berlaku terutamanya di Taman Daya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Elderly lady picking trash, Larkin Bus Terminal.

These two yellow cars blocking the bus exit.

Nov 8, 2015

TBS LAST WEEKEND



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 8/30
Post of the Day: 3/4

NASIB baik jugalah ada rakan penulis memberitahu untuk membeli tiket bas ekspres pulang ke gagang lebih awal. Kalau tidak, kemungkinan besar tiket akan habis dijual hujung minggu ini sempena cuti hari deepavali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 23, 2015

ABAH MINTA MAAF NAK TERSILAP TREN

Persimpangan Taman Rinting, Masai.

MINGGU ini, cuti sekolah sudah pun bermula. Anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM pun mengikuti penulis ke ibukota.

Menaiki bas ekspres, keretapi LRT dan teksi yang mengambil masa keseluruhan 7 jam.

Di stesen LRT Chan Sow Lin itu pun penulis boleh tersilap menaiki keretapi yang sepatutnya ke Ampang. Nasib baiklah penulis perasan dan tersasar satu stesen saja. Kesilapan itu pun sudah membuang masa 40 minit.

Nota lalat. Gambiran lalat diatas tidak penulis sengaja kan.

Nota lalat lain. Updated. Semalam (malam Selasa), penulis telah diajak oleh anak lanang itu untuk makan sate di Satay Station, Bukit Belacan. Sambil itu kami dihidangkan dengan cerita lama di kaca televisyen, filem bertajuk 'Batu Belah Batu Bertangkup.' Adegan yang sempat penulis lihat ialah dari si Kantan, suami si Tanjung, mati ditengah hutan, sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung. Sejujurnya, penulis tidak pernah menonton filem klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini dan hanya mendengar kisahnya dari mulut ke mulut, hati ke hati (amvoiii).

Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi ke kubur si Kantan. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.

Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup, aku kempunan telor tembakul" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung menarik tangan Si Pekan. (Sempat lagi si Tanjung menyediakan susu badannya diatas daun dan ditinggalkan untuk si Pekan menyusu.) Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.

Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang (nenek) tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. (Itu sajalah yang penulis sempat tonton sebelum penulis membayar bil dan pulang.)

Nota lalat. Cerita Batu Belah Batu Bertangkap ini membuktikan bahawa memang ada ibu yang tidak sayangkan anak mak kann. Kanns. Dan sehingga sekarang pun penulis tidak tahu kesudahan cerita berkenaan. Mungkin penulis akan mencari cd atau muat-turun filemnya nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Somewhere between Bandar Tasik Selatan and Cheras.

Sep 3, 2015

SOLAT GAGAK



KELMARIN dalam perjalanan jauh selama 6 jam di lebuhraya PLUS itu, pemandu bas ekspres telah berhenti di hentian tepi yang menyediakan gazebo. Penulis tahu pemandu bas ini ingin bersolat seperti biasa, tapi disuruhnya kami bersolat digazebo yang satu lagi yang ada sejadah katanya. Ketika itu ada mamat gagak ini dari bas yang lain yang ingin bersolat juga, dan beliau bersetuju menjadi imam. Penulis sudah bertanya samada ingin solat jamak magrib dengan isyak sekali, beliau menjawab, 'only magrib'. Penulis akur saja. Tapi bila habis rakaat kedua beliau terus memberi salam, menyebabkan penulis dan makmum yang lain terus bangun dan menyambung 1 lagi rakaat.

Penulis agak bingung sebenarnya. Ini bukanlah kali pertama penulis menjadi makmum mamat gelap yang solat kurang rakaatnya. Dulu pernah berlaku di surau KLCC, bilamana imam itu bersolat asar dengan 3 rakaat saja. Mungkin beliau dari mazhab lain agaknya. Tapi kalau mazhab lain pun, takkan rakaat solat yang asas pun berlainan? Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 18, 2015

HATIKU KAU GURIS LUKA



KADANG-kadang kita kena hormat prinsip orang lain, supaya orang lain akan hormat kita.

Nota lalat. Lagu 'Hatiku Kau Guris Luka' nyanyian Sweet September telah dipopularkan pada tahun 1982. Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent, 57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada tahun 2011 dipercayai akibat sakit jantung.

* Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala

Ulang *

Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 28, 2015

NO MORE PUDURAYA



SEJAK adanya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), masih ada setengah penumpang ingin turun ke Puduraya. Ada pemandu yang menawarkan penghantaran ke sana dari TBS dengan bayaran tambahan. Tapi sekarang ada juga pemandu yang tidak mahu ke Puduraya atas pelbagai alasan. Dan ramai juga pelancong dari luar negara yang lebih mengenali Puduraya berbanding TBS. Masa-elahnya ialah problem apabila penjual tiket kaunter di Stesen Bas Koboi Larkin itu (yang masih dipenuhi ulat-ulatan) masih lagi menawarkan penumpang ke Puduraya, padahal tidak semua pemandu bas ekspres sudi ke sana.

Nota lalat. Untuk ke Puduraya dari TBS sebenarnya ada beberapa cara menggunakan pengangkutan awam yang mudah. Satu, naik teksi di tingkat bawah. Dua, naik lrt turun di Plaza Rakyat. Tiga, naik bas Rapid KL. Pilihan ditangan anda.

Nota lalat lagi. Gambar diatas ialah pemandangan luarbiasa di hentian bas Seri Puteri Jalan Skudai. Selalunya hentian ini dipenuhi orang ramai dan ulat-ulat taik tiket bas ekspres. Tetapi ketika gambar ini diambil semasa hujan turun renyai-renyai. Walaupun sudah ada papan tanda besar menyatakan tidak dibenarkan mengambil dan menurun penumpang sejak April 2013 (motif?), namun pemandu-pemandu bas masih juga berdegil.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 19, 2015

BACKSEAT VIEW



SELALUNYA bila saya menaiki bas, saya suka duduk di bahagian hadapan. Selalunya kerusi bujang (baca: single seat) adalah pilihan utama saya. Tetapi kadang-kadang tidak semua keinginan kita dapat pada bila-bila masa. Bila musim puncak, duduk di kerusi barisan paling terbelakang juga pun harus kita bersyukur. Walaupun lambat sedikit sampai ke destinasi.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...