Khamis, 1 Juni 2023.
Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)
MCD BREAKFAST
Usai solat subuh terus berlarian ke mekdi berdekatan.
Wak pesan set sarapan mcmuffin sausage with egg dan tambahan 2 hotcakes. Rp70rb.
Sambil itu wak pesan Grabbike untuk ke Terminal Ferry Domestik Sekupang. Rp45rb.
Nota lalat.
Entah bila air teh mekdi wak tiba2 hilang dari bungkusan kertas tadi.
Tiba di terminal Sekupang setengah jam kemudian.
Disuruh pergi ke loket beli tiket kelmarin untuk pengambilan boarding pass.
Wak tukar tujuan Batam ke Dumai jadi ke Pelabuhan Buton.
Dapatlah pengurangan harga Rp140ribu.
Nota lalat lagi.
Sebenarnya destinasi Dumai itu betul juga.
Dengan naik feri berlainan.
Walaupun agak mahal.
Tapi perjalanan dari Dumai ada lebuhraya bertol.
Beli jajan yakni potato chips air soya botol. Rp50ribu.
ENDASKU DADI MUMET
Masuk kapal antara yg terawal.
Mula2 wak duduk dikerusi tengah tapi ada bocil yg kacau je di barisan belakang.
Kemudian wak tukar ke kerusi hadapan pula.
Tapi itu pilihan yg salah disebabkan lambungan kapal yg lebih tinggi dihadapan.
Tiba2 wak mabuk laut cuma tidak termuntah sahaja.
Jadi wak pindah ke kerusi bahagian tengah semula.
Kapal gerak jam 7.45am membelah ombak selat Singapura.
Jam 9.45 tiba di Tanjung Balai Karimun.
Jam 11 tiba di Tanjung Samak, kemudian berhenti di Sungai Tohor, Tanjung Repan, Selat Panjang.
THIS WORLD IS FULL WITH SCAMMERS
Jam 3pm baru tiba di Tanjung Buton.
Ramai sudah ulat2 teksi untuk ke Pekanbaru.
Dapat satu pawancha mula2 minta 150rb ditawsr jadi 120rb.
Kencing dulu bila keluar dari toilet sikit lagi mahu naik travel van lain.
Singgah di rumah makan Bukit Indah jam 5.30pm.
Ada masalah perbincangan dgn pak supir untuk menghantar ke tujuan wak di Pekanbaru.
Kononnya tempat tujuan wak jauh dari sepatutnya.
Walaupun masih didalam kota Pekanbaru.
Akhirnya wak setuju dgn harga 140rb.
Scammer betullah. Hawau.
CINTA SATU MALAM
Tiba di Ramayana Panam jam 6.30pm.
Kemudian checkin Hotel Ayola diseberang jalan.
Jumlah perjalanan selama 12 jam hari ini. Huhu.
Ooh.
Di gedung pakaian Ramayana ini.
Masalah tiada sinyal internet pula.
Terpaksa pinjam hotspot pak Satpam juga.
Untuk panggil supir Ojol.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jauh berjalan luas pengalaman ni Wak 👍
ReplyDeleteSaya dari Lampung ke Jakarta sering naik kapal laut Wak..dua jam lebih penyebrangan hehehe..memang gitu Wak kalau di kapal laut suka ketemu macem"
ReplyDeleteWak dah duduk Batam selamanya ke Wak?
ReplyDeletejauh betul perjalanan wak.. alhamdulillah selamat sampai
ReplyDeleteKalau ke tempat2 macam tu mungkin kena ada tour guide supaya tak di scam ye Wak. Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik.
ReplyDeletejauh perjalanan wak, kalau dari Melaka, dekat je nak pi Dumai...teruk kan supir tu, ditengah-tengah perjalanan, boleh ditekan lg..
ReplyDeleteWah, dah macam dalam filem Musang Berjanggut.. tiber janggut semua hilang, hahaha. Sy pernah ke Pekanbaru ni, bahasa mereka sama macam orang melayu kita kan wak.
ReplyDeleteWah! sudah sampai Pekan Baru wak! Panam tu mmg la dalam kawasan PB..tapi macam dah pinggiran gitu..kalau ke BT..sure lalu Bangkinang dan Pekan Kuok kan..tu kampung AG.
ReplyDeleteKalau lalu Rantau Merangin boleh singgah kedai jual udang galah goreng..sebab sebelah dia empangan jer..boleh kaut pakai tangan..
ReplyDelete