Jun 5, 2023

JALAN2 CARI PASAL DI LUBANG JAPANG

Lubang Japang Bukit Tinggi Sumatera @2023


 Minggu, 4 Juni 2023.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)

Nota ejaan.
Lubang Japang atau Lobang Jepang (Japanese Tunnel).
Bahasa Jerman orang kampung wak sebut Lubang Jepun.

Pagi2 sudah berlarian ke Lobang Jepang, yakni terowong perang Jepun.
Dekat sahaja lokasinye dengan Jam Gadang.
Wak pesan Grabbike Rp 8,500.

Di loket wak ingat boleh bayar harga lokal dewasa Rp15k.
Tapi ahkak loket tanya orang Malaysia kann? Ada uang Rp20k? Aduhai.

Beli keladi dan pisang goreng Rp3k selain pun ahkak jualan itu ga ada uang kecil. 

Dipintu masuk terowong ada pakcik ni promosi service pandu.
Tapi takde yg berminat.
Rp100k untuk 1 famili.

Nasi baik dalam terowong ada segerombolan pelancong dari Malaysia.
Dengan rasa tak malu Wak pun join sekaki.
Boleh lah dengar penerangan dalam gua terowong yg panjang itu.

Bila nak keluar tadi sempat bergambar dengan ahkak India ni.
Dan bila di pintu keluar kena bayar Rp35000 sorg.
Ramai yg takde uang kecil termasuk wak.
Terpaksa wak bayarkan Rp50k ahkak India tadi.

Wak keluar gua dan nongkrong sekejap.
Makan keladi dan pisang goreng yg masih panas yg wak beli tadi.
Kemudian wak sorang2 jalan naik tangga ke atas. 

Tiba di pintu keluar ada ahkak jual goreng an tadi sudah teriak2.
Tapi wak pergi toilet dulu yg agak jauh. 

Lepas selesai urusan dgn ahkak gorengan wak terus langsung ke Menara jam Gadang.
Ramainya ORANGRAMAI spt biasa. 

Singgah makan siang di  restoran Hokbee.
Makan paket A cincangan daging hiris dan nugget ayam stail Jepang. Rp68k.
Mungkin lain kali wak akan pesan paket yg ada udang goreng tepung itu.

Pesan Grabbike pulang ke hostel. Rp8,500.

Tunggu mas supir yg datang dari Padang.
Janji jam 1pm tiba di hostel.

Memang betul, 5 minit sebelum jam 1pm supir sudah tiba di hostel.
Ada 3 penumpang lain. 

Keadaan jalanraya yg mencabar. 
Tapi jalanraya di Sabah itu kan lagi teruk bah.

Jam 9 baru tiba di hotel Furaya Pekanbaru.
Wak pilih hotel ini kerana dekat dengan jambatan Siak IV untuk fotografi sunrise esok pagi.
Ada kekalutan sedikit di reception kerana wak guna nama dalam fesbuk. Aiyahh. 

Perut lapar tapi malas nak keluar.
Waluapun mekdi ada di seberang jalan.
Tapi ada pagar penghalang ditengah Jalan Besar yg sibuk.
Wak masak air dan buat air teh 0 sahaja. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Lubang Japang Bukit Tinggi Sumatera @2023
Lubang Japang Bukit Tinggi Sumatera @2023
Lubang Japang Bukit Tinggi Sumatera @2023

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see With or Without Dialogues.


With the Sporting Indian Lady
Lubang Japang Bukit Tinggi Sumatera @2023

Lubang Japang Bukit Tinggi Sumatera @2023
On the way back from Bukittinggi to Pekanbaru @2023

7 comments:

  1. cantik pemandangan dr atas tu wak.... tapi gambar dalam terowong tu sangat tak enak di pandang, mcm tak best auranya

    ReplyDelete
  2. Haha, lawak dialog. Akak PHD. :D

    ReplyDelete
  3. Mbul pernah masuk ke goa jepang bukittinggi wak...masuk ke dalam terus tetmasuknya panjang banhet sempit dan gelap...dan kalau keluar ada bagian yang ada tebing tebingnya itu dekat pasat kesenian yang jual renda bangku minang dan banyak tas tas renda yang cantik...walau banyak monkey juga kalau ga salah ingat

    ReplyDelete
  4. Lahh..terowong rupanya. Banyak modal juga datang sini wak. Risau kalau masuk terowong ni. Rasa lemas pulak. huhu...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.