Jun 18, 2023

THE CHEAPEST GRABBIKE THIS MORNING IN BATAM CENTER

 

Ahad, 18 Jun 2023.

Pagi2 wak sudah berlarian ke Terminal Reri Internasional Batam Center.
Terminal yg menghubungkan dua negara tetangga - Singapura dan Malaysia.
Di Malaysia boleh turun di Stulang Laut dan Pasir Gudang.

Sebelum itu wak cuba pesan Grabbike.
Terkezot juga wak bila tengok harga tambang cuma Rp1000!
Yakni 30 sen sahaja.
Apalagi wak pun tangkaplah dengan selamat.

Tujuan ke terminal feri yg tidaklah jauh sangat, yakni sekitar 1.8 km sahaja.

  1. Tentunya menangkap gambiran sunrise.
  2. Cuba mengeluarkan uang dari mesin ATM Maybank.
  3. Tambah nilai pulsa kad sim.
Sudah sebulan berada di Batam.
Tapi masih tidak boleh keluarkan uang dari mesin ATM.

Nilai pulsa wak pun sudah mati kelmarin.
Silap wak tidak tambah nilai segera.
Habis duit baki (Rp77k, RM24) dalam apps dipatok secara otomatis.

Dipendek cerita.
Tiba di pintu masuk terminal.
Bila di beri uang Rp1000 (30 sen).
Pak supir mengiyakan sahaja.
Bermaksud bahawa tambang 30sen itu adalah nyata!
Mungkin Grab ada promosi pagi ini.

Didalam terminal mula2 mencari kedai Indomaret.
Pakguard tunjuk diluar terminal yg agak jauh.
Maka wak makan nasi lemak Nyonya (Singapura) dahulu. Rp20k (RM6)
Paket siap teh tawar 

Eh, sebelum itu cuba mengeluarkan uang.
Berjaya juga dengan mesin ATM itu.
Mesin yg tiada logo mana2 bank.
Legalah juga.

Usai makan nasi lemak.
Wak pun berjalan keluar mencari kedai senang dan mudah, yakni Indomaret.
Tapi jumpa dengan kedai Alfamart dahulu.

Dalam kedai Alfamart.
Tambah nilai kad sim sebanyak Rp100k (RM30).
Sambil guna hotspot mamat kaunter.
Berjaya - legalah lagi.

Kemudian berjalan kaki keluar.
Dan wak cuba pesan Grabbike untuk pulang ke kost.
Tapi tiada siapa yg mahu mengambil.
Cuba 2 kali pun tidak berjaya mencari supir.

Bila wak periksa dalam Google maps.
Tidaklah jauh dari Batam One mall yg rakan2 ada sebut2.
Tapi mall masih ditutup.
Wak pun cuba pesan Grabbike lagi.
Pun sama, masih gagal mencari pak supir.

Periksa dalam Google maps agak jauh juga, yakni lebih 1 km.

Maka berjalan kaki ke lot kedai2 didepan.
Tempat biasa nongkrong dan beli barang2 dapur.
Singgah di kedai apotek (farmasi).
Beli ubat kolesterol, jenama lain tapi. Rp20k satu papan.

Singgah kedai Alfamart dan Indomaret disitu.
Beli roti dan buah2an untuk disimpan dalam kulkas (petisejuk).

Malas sudah mahu periksa dan pesan Grabbike.
Langsung pulang ke kost.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

1 comment:

  1. Grab promonya memang lagi banyaaaak dibanding Gojek 😁. Tapi ntah kenapa saya lebih suka pakai gojek Wak. Soalnya lebih cepet diambil pesanan 😂. Terkadang pakai grab lamaaaa sangat.

    Dah paling benar, jalan kaki dikit2, trus bisa mampir ke swalayan, tamu2 dah dekat pula Ama kos yaa 😄

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.