Jun 30, 2023

NIGHT WALKING FROM NAGOYA HILL MALL TO GRAND BATAM MALL

 

Jumaat, 30 Jun 2023.

Pagi tadi sudah sarapan roti canai di Tiban.
Tapi budak pelayan tidak berapa faham apa yg kami maksudkan.
Dengan meja makan yg berhabuk dan kotor.

Bila minta roti canai sekeping, diberinya 2 keping.
Bila diminta sambal dalam bekas, terpinga2 pula.

Tengahari bersolat jumaat berjemaah di masjid agung Sultan Mahmud Riayat Shah.

Petang dari kost.
Wak berlarian ke Nagoya Hill Mall.
Kemudian berjalan kaki ke Nagoya Thamrin Foodcourt.
Boleh tadi cewek jual beg Batam itu suruh naik Grabcar.
Padahal tak sampai 10 minit pun tiba di foodcourt itu.
Cuma wak tak terjumpa resto Nasi Ayam Tempong.

Di Nagoya Thamrin Foodcourt punyalah ramai orang.
Masalahnya mencari rumah makan yg betul2 halal memang agak mencabar.
Adakah patut kedai Bahkutteh (makanan babi) pun bersebelahan juga.

Terpaksa keluar dari foodcourt itu.
Berjalan kaki lebih 1 kilometer menuju Grand Batam Mall.
Limpas hotel 89 yg pernah wak duduk tahun lepas.
Berpeluh juga atas dan bawah.

Di Grand Batam Mall wak pesan batagor di resto Malaya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

1 comment:

  1. di sana mereka mcm x kisah, bercampur resto jual yg haram...takut jg guna pinggan mangkuk, sudu garpu yang sama...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.