Jun 19, 2023

ROOFTOP SUNSET IN BATAM AT ALTITUD MARRIOT HOTEL 2023

Rooftop at Marriot Hotel Batam @2023
Singapore Strait View

 

Ahad, 18 Jun 2023.
Ini entri kedua untuk hari ini.

Petang tadi usai asar.
Wak berlarian ke pusat bandar.

Mula2 berjalan kaki dari kost ke lot kedai berdekatan.
Rakan2 ramai yg membeli barang2 basah dapur disini.

Kemudian wak pesan Maxim (motor) untuk pertama kali.
Tujuan ke Maybank di Jalan Palm Spring.

Akhirnya berjaya juga keluarkan duit dari mesin ATM Maybank.
Bagus mesin ATM ini kerana boleh keluarkan sehingga Rp3juta (RM1000).
Tidak perlu keluarkan uang banyak2 kali.

Kemudian wak pesan Maxim (motor) lagi.
Untuk mengejar sunset di terminal Harbour Bay Ferry.

Bila tiba diperkarangan hotel Marriot yg gah itu.
Boleh pak supir tidak tahu dimana letaknya terminal feri.
Bila ditanya aslinya bapak dari mana?
"Nias pak," jawabnya sambil tersengih.
Yo wes lah.
Wak jalan2 dulu cari makanan di bazar berdekatan.
Wak pesan nasgor (nasi goreng) kampoeng komplit. Rp 25k
Dan makan terus di meja disitu.

Kebetulan disitu juga ada perlombaan kucing cantik.

Nota geografi lalat.
Nias terletak di sebelah barat pulau Sumatera dan terkenal dengan objek wisata seperti selancar, rumah tradisional, penyelaman, hombo batu (lompat batu).

Kemudian wak masuk jalan2 ke dalam mall Harbour Bay.
Penjualan tiket feri ke Singapura sahaja.
Ada jalan langsung masuk ke hotel.
Terlanjur wak pun panjat sehingga lantai atas, yakni lantai R.
Untuk melihat panorama Selat Singapura dan kapal2 berlabuh.
Gedung pencakar langit Singapura termasuk Marina Bay Sands bisa terlihat dengan jelas.

Boleh pakguard minta botol air mineral yg wak bawa.
Tapi memanglah wak kena pesan air dari bar disitu.
Wak pesan air lemon ais sahaja.
Dipatok sebanyak Rp79k (RM24) walaupun harga dalam menu terang2an ditulis Rp40k.
Bila wak semak kembali resit tadi dirumah.
Harga minuman lemon es = Rp60k.
Service charge = Rp6k.
Sales tax = Rp6,6k.
Aduhai.

Ooh.
Masa di rooftop tadi.
Mereka tanya wak menginap disitu kah?
Wak kata tidak.
Kalau penyewa hotel, mereka ada berikan diskaun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

8 comments:

  1. maxim saingan grabbike...selalunya harga di hotel dah fix, knp ada beda..extra Rp6.4k tu bayaran utk entrance fee kot..

    ReplyDelete
  2. boleh tahan harga air wak tu ye, kat malaysia boleh minum banyak gelas hehehhe. Batam dia punya tempat mahal macam singapura ye wak

    ReplyDelete
  3. Tak dapat diskaun, malah perlu tambah banyak pulak ya.
    Apa pun, foto2 bidikan Wak semuanya memukau.

    ReplyDelete
  4. arini kok senyap wak.. apa capek sangat kerja

    ReplyDelete
  5. wow..superb wak viewnya..kalau terbang drone bisa ngak??

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU tempah tiket pulang wak ke gagang. Oleh kerana ti...