Jun 6, 2023

DATANG TAK BERJEMPUT, PULANG TAK BERHANTAR

Jembatan Siak 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah)
Pekan Baru @2023

 

Isnin, 5 Juni 2023.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)

Tadi malam wak tidur agak awal.
Terbangun jam 3 pagi.
Tapi selepas tahajjud ga bisa tidur pula.

Bila masuk waktu subuh jam 4.49am.
Wak pun solat dan siap bergegas ke Jambatan Siak IV itu.
Tidak lama disitu tidak seperti kelmarin.
Tidak sampai sepoh minit pun.

Kemudian kembali pulang ke rumah inap.
Terus terjah restoran lantai bawah untuk sarapan lah sangat.

Kemudian mandi dan bersiap untuk ke bandara (airport lah).
Checkout dan pesan Grabbike.
Punyalah perlahan bapak ni bawa skuter.
Cewek indon itu bawa pun lagi laju. Huhu.

Tiba di bandara baru jam 7.30am.
Pak supir motor tadi seperti tidak puashati kerana parkir.
Sebenarnya wak sudah cakap masukkan sekali dalam harga grab.
Mungkin dia salah faham.
Masih banyak waktu kerana wak pun tidak perlu checkin bagasi besar.
Terus checkin guna mesin dan masuk dewan berlepas, eh dewan berlapor?

Tapi sebelum itu ada culture shock juga.
Sebab di bandara Sultan Syarif Kasim II ini.
Wak tidak berjumpa tulisan Perlepasan atau Keberangkatan seperti dikebanyakan bandara lain.
Hatta di bandara Masai pun. Huhu.

Punyalah naif sampai kena tanya bapak satpam disitu.
Ooh. Perlaporan itu perlepasan lah wak, ato Departure orang kampung wak cakap.
Dan kena naik lantai 2 diatas.

Tiba jam 9.58am di bandara Hang Nadim Batam dengan selamat.
Masalah untuk mendapatkan Grabbike.
Kerana dipantau oleh pawancha yg cekik dara disitu.
Terpaksa berjalan kaki ke luar parkir airport.
Pak supir Grabbike sudah tunggu di bundaran depan masjid itu.
Tapi masih tidak boleh naik motor.
Kena jalan kaki keluar di luar pintu pagar yg jauh nun disana.
Berbaloi ke kalau tambang Grabbike cuma Rp29k (RM9).
Berbanding kalau naik teksi airport berharga Rp180k (RM53)!

Nota baki duit cash.
Rp100k x 19
Rp50k x 18

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jembatan Siak 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah)
Pekan Baru @2023
Jembatan Siak 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah)
Pekan Baru @2023
Culture Shock in Pekanbaru airport, ie PELAPORAN is DEPARTURE!!
Pekan Baru @2023
Bandara Sultan Sharif Kasim II
Pekan Baru @2023
Between Pekanbaru and Batam
Pekan Baru @2023
Between Pekanbaru and Batam
Pekan Baru @2023
Between Pekanbaru and Batam
Kepulauan Riau @2023
Pulau Panjang, Batam @2023
Masjid Tanwirun Naja (Masjid Tanjak)
Bandara Hang Nadim Batam @2023

9 comments:

  1. Ada duit baki?

    Nak pegi lagi lah tu!

    ReplyDelete
  2. Ga serem Wak duduk di pinggir ambil foto😁..karena perbedaan bahasa di bandara jadi rada bingung ya Wak hehehe

    ReplyDelete
  3. Hintunglah wak lat pegi indon macam balik kampung aje

    ReplyDelete
  4. Owalaaaa... pelaporan bimakna pelepasan!

    ReplyDelete
  5. Simpan duit Baki tu Wak, nanti mai terbang lagi :)

    ReplyDelete
  6. Kalau Wak tak beritahu, saya pun tak tahu yang pelaporan itu departure.
    Jauh Wak exercise, 1 km.

    ReplyDelete
  7. Amboi banyaknya duit baki lagi tu...mana la dia nak merayau lagi ni...

    ReplyDelete
  8. Cari negeri seribu masjid pulak wak..

    ReplyDelete
  9. biasalah..harga teksi airport mmg mahal...cantik masjid tanjak..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...