Jun 3, 2023

JALAN2 CARI PENYAKIT DI PACU JAWI

 Sabtu, 3 Juni 2023.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)

Pagi sebelum mandi, pesan mie kuetiaw dengan telur dadar guna Grab.

8am sudah berlarian ke menara jam Gadang via Grabbike. Rp11500. 

Lepak2 cuci mata di menara Gadang sementara tunggu Paunchu jemput.
Masalah tiada sinyal wak terpaksa guna wifi gratis dari dalam KFC. 

Nota lalat.
KFC adalah penyelamat untuk mendapatkan signal data internet (wifi).
Tidak perlu beli makanan ayam goreng dengan nasi putih.
Tapi duduk kelamaan dalam restoran tanpa makanan juga agak sogan. Huhu.

PACU JAWI HERE I COME

11am nik mobil kuning Paunchu menuju kota Batusangkar.
1 jam perjalanan. 

Tiba di Tanah Datar orang pun sudah ramai. 
Sawah tempat permainan terletak di desa Padang Laweh.

Wak pusing keliling melihat pesta pacu jawi disitu.
Ramai fotografer dalam dan luar negeri.
Ada segerombolan fotografer Korea agaknya.
Ada 2 3 fotografer ke tepian yg bahaya sehingga wak pun terikut.
Dan seperti yg dikhuatiri ada beberapa pasang lembu yg melalui tepian itu.
Akhirnya kecundang juga wak ke bawah lurah.
Sibbaik tidak tercucuk ajar2 kayu dibawah.

Tapi habis baju dan celana wak menjadi kotor.
Percikan lumpur juga di sawah itu tadi. 
Tapi kemudian wak terasa pedih2 di belakang badan.
Bila diperiksa adalah calar terkena akar kayu.
Silap haribulan boleh terkoyak perut.
Aduhai.

Serik.
Kami pun bertempiaran lari ke tepian sebelah sini yg lebih aman.
Tidak lama kemudian wak pun kembali ke mobil Paunchu yg sudah menanti di warung. 

2pm kami keluar dari desa bernama Padang Laweh itu. 

Paunchu bawa wak ke Istano Basa Pagaruyung.
Istana Besar Pagaruyung.
Wak masuk juga. Rp15000. 

Jam 3pm sudah menuju ke dalam kota Bukittinggi. 

Wak ada tanya pasal Lobang Jepang dan Fort of Kock.
Paunchu tunjuk dan hantar wak ke pintu Benteng Fort of Kock.
Wak solat dalm Taman dan berjalan kaki menyeberang jambatan Limpapeh.
Dan akhirnya menuju Menara Jam Gadang. 

Wak sempat beli baju souvenir 3 lai Rp100k.
Jadi 6 lai bersamaan Rp 200k.
Kemudian wak beli celana slim fit Rp230k selepas tawar menawar dgn awek minang tadi.
Celana pengganti kerana wak sudah jatuh lurah tadi.
Siap cewek Minang soh wak telanjang dibelakang kaunter untuk mencuba. Huhu.

5.45pm sudah berada di KFC utk guna wifi memanggil Paunchu jemput. 

6.10pm tiba di Aur Kuning hostel. 

Malam usai mandi dan solat.
Wak singgah gerai depn hostel pesan dan makan nasi goreng dan telur dadar. Rp15k. 
Makan ditepi parkir motor tuan kedai yg berbau minyak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

14 comments:

  1. Nasib baik Wak tak apa² ye, Wak..
    Aiyo.. fitting room takde ke..

    ReplyDelete
  2. Syukur Wak tak cedera teruk. Lain kali hati2 ya Wak.

    Unik ye pesta kat sini. Meriah nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Wak ok. Bukittinggi memang best jalan2 makan2

    ReplyDelete
  4. indah nian foto fotonya wak,mbul serasa diajak trip ke bukittinggi...aduh dah lama nian aku tak ke sumatra...bukittinggi kota jam gadang nan sejuk dan mbul jadi merindukan lembah harau dan ngarai sianok

    ReplyDelete
  5. ala wak. teringin betul nak ke Padang ni. bijik mata org perempuan rasanya terpaku dok tgk gambar wak ni. kena buat simpanan nampak gayanya ni.

    ReplyDelete
  6. Patung tanpa kepala banyak2 tepi jalan tu seram la pulak!

    ReplyDelete
  7. Wak ini dah lebih indonesia dari saya. Saya bahkan belum pernah liat pacu Jawi 🤣🤣🤣. Ke Bukittinggi sudah 2x, tapi tak bertepatan dengan pacu Jawi.

    ReplyDelete
  8. Semua gambar cantik2 wak comel je gambar budak tarik lembu tu. Betul wak duduk lama dlm kepci tanpa order apa2 mmg sogan. Hihihihi!

    ReplyDelete
  9. Hati-hati wak. Tapi gambar semua padu wak. cantik

    ReplyDelete
  10. Rumah minangkabau!! cantiknyaaa

    ReplyDelete
  11. Wisata yang menarik ni wak. Begitulah jadinya demi berkeping keping gambar. Cantik hasil tangkapan gambar wak.

    ReplyDelete
  12. Kalau pulang ke sana memang teringin nak tgk pacu kerbau tu..tapi tu la..AG banyak urusannya..anak2 sedara nak bawak tak dibaginya..katanya risau bila mereka bawak kereta...takut apa2 jadi kat bini dia..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh makcik bukan kerbau tp lomba lembu sapi.. hehe beda tu

      Delete
  13. menarik acara pacu jawi, berlumba dalam sawah padi...authentic nasi kapau!! sedapnya..
    istana pagaruyung haritu tak dapek masuk...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...