Jun 2, 2023

ONE NIGHT STAND TAPI TAK PERLU TUNGGU SAMPAI MALAM

 

Jumaat, 2 Juni 2023.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)

JAMBATAN SIAK SUNRISE

Pagi2 wak sudah berlarian ke Jambatan Sultan Alauddin Syah aka Jambatan Siak 4.
Pesan Grabbike sehingga ke tengah jambatan.
Tangkap 2 3 gambiran sunrise sudah.

Pastu berjalan kaki ke restoran McDonald's terdekat untuk sarapan dan guna wifi gratis.

Pesan grabbike dan singgah indomaret dulu untuk tambahnilai pulsa myXL.
Tapi mamat kedai itu ga bisa tolong sebab masalah register simkad.
Terus pulang ke rumah inap.

Nota lalat.
Masalah dengan simcard myXL wak ini bermula semalam diatas feri lagi.
Sehingga pulang ke Batam masih tidak dapat digunakan.

Jam 10.30am melayan ke pusat servis yamaha sehingga jam 12am.
Sebelum itu sudah checkout untuk cari rumah inap (hotel) yg lagi murahan.

Jam 12.30pm dapt rumah inap di Benteng.
Pesan nasi ayam penyet via grabfood.
Makan diluar pintu rumah inap (hotel) sahaja.

Petang wak ingat mahu jalan2 wisata tapi macam takde mood.
Kemudian wak ambil keputusan untuk ke Payakumbuh atau Bukittinggi.
Panggil dan janji dgn travel van untuk ambil jam 8malam.

Nota lalat.
Travel (van) ialah sebuah kendaraan MPV seperti Toyota Innova yg digunakan untuk perjalanan antara kota2 dinegeri ini. Harga tambang travel ini agak mahal berbanding bas2 ekspres. Tapi kebaikan menggunakan travel ini ialah pak supir boleh mengambil penumpang dari rumah masing2, tidak seperti bas2 ekspres yg biasa terpaksa penumpang pergi ke terminal bas tertentu.

ONE NIGHT STAND TAPI TAK SAMPAI MALAM

Sempat tidur sebentar (noon nap).
Jam 4.30 sudah berjalan kaki menyusuri jalan Soeharta ke Mal Sak berdekatan.

Jam 6pm kembali semula ke rumah inap. 

Jam 7.30pm checkout dari Benteng. hotel
Tidak jadi mahu tidur semalam di rumah inap ini.

7.50pm travel van tiba.
Terpusing2 kota Pekanbaru mengambil penumpang2 lain depan pintu rumah masing2. 

8.50pm masuk tol kata nya. Rp10k.
Tak sampai setengah jam dah keluar tol ikut Jalan kampung yg gelap guliter dan rosak disana sini.
Punyalah banyak lori2 dan trak2. 

10.30 berhenti makan di rumah makan di Bangkinang.

2.30am setelah hampir 7 jam dalam travel (van).
Akhirnya tiba di hostel Air Kuning. Rp150k

Blog bukanlah hakmilik kekal.

9 comments:

  1. Seperti biasa wak gambar semua cantik2.. ;)

    ReplyDelete
  2. Banyak betul tempat menarik di sana... Tumpang seronok tengok Wak jalan²

    ReplyDelete
  3. yang baca lak rasa penat berjalan sehari wak kat sana

    ReplyDelete
  4. Tajuk dia... click bait sungguh!

    ReplyDelete
  5. oyen!!! best nya wak jejalan, gambar pun cantik2. enjoy!!!

    ReplyDelete
  6. Gambar sangat cantik dan tajuk pulak sangat menarik...hebatlah wak hehehe

    ReplyDelete
  7. Rindunya saya dengan Bukittinggi. Saya suka makanan2 di sana Wak. Kalo pekanbaru saya tak ingat lagi kotanya, Krn terakhir kesana pas msh kecil 😄. Saya cuma ingat panasnya tak kuat badan

    ReplyDelete
  8. kalau ikut tol lg jimat masa..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

MENCUBA LONTONG KERING SELEPAS TURUN DARI TASIK BIRU KANGKAR PULAI 2024

  Khamis malam Jumaat, 31 Oktober 2024. Cuti umum sempena perayaan Deepavali . Pagi2 jam 4.30am sudah bangun. Untuk hantar anak lanang ke Se...