Jun 12, 2023

BATAM - PEKANBARU - BUKITTINGGI: THE SUMMARY

 

Pacu Jawi at Padang Laweh, Tanah Datar, Batusangkar, Bukittinggi @2023

Hari Minggu (Ahad), 11 Juni 2023.
Pollux Habibie Apartment, Batam Center.

Berikut adalah ringkasan perjalanan wak ke Pekanbaru dan Bukittinggi.
Perjalanan selama 5 hari, termasuk hari keberangkatan dan kepulangan ke Batam.

THE PRELUDE (Link)

Ahad (28/5) - pergi ke Terminal Feri Sekupang untuk beli tiket ke Dumai.
Tidak perasan bahawa harga pesawat juga kurang lebih sama.
Ditambah dengan jarak masa naik feri selama 12 jam!
Rasa menyesal pula.
Tetapi ada desakan juga untuk merasa pengalaman naik feri.

DAY ONE: BATAM TO PELABUHAN BUTON (PEKANBARU) (Link)

Berangkat dari Terminal Feri Sekupang (Batam) pada jam 7.45am.
Antara Sekupang ke Tanjung Balai (Karimun) melalui Selat Singapura.
Selat yg luas dan ombak yg ganas.
Beberapa kali wak tukar tempat duduk kerana sudah mabuk laut.

Berhenti di Tanjung Samak, Sungai Tohor, Tanjung Repan, dan Selat Panjang.
Akhirnya tiba di Pelabuhan Tanjung Buton jam 3pm sore.

Bapak scammers (pawancha) mencari mangsa.
Harga naik travel (van) antara Rp150k.
Mula2 dapat harga Rp120k, tapi...

Tiba di gedung pakaian Ramayana Panam Pekanbaru jam 6.30pm malam.
Checkin Hotel Ayola.

DAY TWO: PEKANBARU TO BUKITTINGI (Link)

Olehkerana tiada aktiviti yg menarik di Pekanbaru ini.
Wak pun rancang ke Bukittinggi.
Tujuan untuk menyaksikan perlumbaan lumba lembu (Pacu Jawi).
Kebetulan juga ada acara tersebut pada hari sabtu.

Dari Hotel Benteng (selepas tukar hotel walaupun tidak bermalam) jam 7pm malam.
Naik travel (van) yg menghala ke Padang.
Tiba di Aur Kuning hostel jam 2.30am pagi.

DAY THREE: PACU JAWI AT BATUSANGKAR (Link)

Masih masalah data internet.
Terpaksa pinjam wifi dalam KFC.

Dari menara jam Gadang ke Batu Sangkar.
Kemudian ke desa Tanah Datar dan langsung ke Padang Laweh.

Menonton acara perlumbaan lembu atau pacu jawi.
Ini bukanlah perlumbaan sebenarnya kerana tiada pemenang.
Hanya acara rakyat.

Terlalu berlaku kejadian tidak diingini di bendang sawah tadi.
Ketika cuba mengelak lembu2 yg sedang berlari menuju.
Tiba2 jatuh ke lurah yg agak tinggi.
Sakit juga dan habis kotor celana.
Harus beli celana baru.

Singgah di Istano Basa Pagaruyung.

Kemudian pak supir Paunchu tinggalkan wak di benteng Belanda, Fort of Kock.
Sambil berjalan kaki menuju menara Gadang.
Dan beli celana baru.

DAY FOUR: BUKITTINGGI BACK TO PEKANBARU (Link)

Pagi wak sudah berlarian ke Lobang Jepang (terowong Jepun).

Tengahari sudah berangkat ke Pekanbaru semula dari Bukittinggi.
Tiba di hotel Furaya Bukittinggi jam 9pm malam.

DAY FIVE: THE LAST DAY AND FLY BACK TO BATAM (Link)

Flight jam 9.15am pagi.

Tiba di Bandara Hang Nadim Batam jam 10am pagi.
Penerbangan tidak sampai sejam.

Kemudian ambil Grabbike (motor) pulang ke rumah kost.

THE SUMMARY

Secara ringkasnya.
Ini ada perjalanan pertama wak ke pulau Sumatera.
Tambang pergi naik feri dari Batam ke Pekanbaru kurang lebih sama sahaja dengan naik pesawat pulang ke Batam.
Dan masa pun lagi pantas jika naik pesawat.
Yakni tidak sampai sejam saja penerbangan berbanding 12 jam perjalanan naik feri dan mobil (kereta).
Bukittinggi bukanlah tujuan destinasi wak mula2 yaitu sepatutnya ke Padang.
Tapi dengan masa yg terhad, dapat menonton sendiri acara Pacu Jawi itu juga adalah pengalaman yg menakjubkan.
Masalah wifi wak sebenarnya adalah kerana tempoh 3 bulan myXL sudah tamat. Maka simcard dan IMEI wak telah diblokir (tahan).
Nasibbaik ada banyak tempat2 wifi yg gratis di hotel, restoran KFC dll.
Ooh. Satu lagi.
Kesemua gambar2 didalam blog ini wak guna henfon cap aiyam sahaja.
Tidak lagi guna kamera DSLR yg besar gedabak seperti dulu2.
Jadi maafkan wak kalau ada gambar2 yg goyang dan tidak tajam.

Alhamdulillah.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)
The Summary

Blog bukanlah hakmilik kekal.


note: to add video bukittinggi to pekanbaru



13 comments:

  1. Menariknya pacu jawi.. ingatkan video pacu jawi td wak

    ReplyDelete
  2. tapi fotonya cakep cakep kok wak...detail begitu trutama untuk gambar objek bergerak seperti buffalo dalam pacu jawi...
    mbul blom pernah ke pekanbaru sih...dulu punyabkawan asrama asal pekanbaru sering kali aku dibawakan lempuk durian...kalau ke batusangkar mbul dah pernah dan di sana didandanin pakai baju adat minang yang cantik dengan suntiang menghias kepala

    ReplyDelete
  3. Fuh 12 jam naik feri! Tak terbayang saya macam mana seksanya mabuk laut dalam perjalanan lama gitu. Tapi berbaloi sebagai kenangan dan pengalaman sekali seumur hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnye 9 jam naik feri, terumbang ambing di selat singapore yg luas tu, tp bila dh smpi pulau2 Riau agak tenang, ditambah 3 jam naik kereta ke Kota Pekanbaru.. jd 12 jam la 😅😬😬

      Delete
  4. Naik feri sejam pun dah rasa lama nau, bila nak sampai ni. Lagi kan naik feri 9 jam 😅 mungkin Wak kena beli hp yg kualiti kamera setanding DSLR sebab wak rajin kembara dan ambik gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak dulu penah ada kamera DSLR besa gedabak tuuh, tp leceh dan berat sgt nk bawa kehulu hilir., huhu

      Delete
  5. menarik lumba lembu tu wak... mula-mula ingatkan lumba lawan lembu mcm laga ayam tu bukan rupanya

    ReplyDelete
  6. lamanya wak naik feri, itu yang sebabkan mabuk laut kan wak... kalau dana camne lah sampai 9 jam tu mumet endase

    ReplyDelete
  7. Wah 12 jam naik feri lama bangeeet Wak...kalo saya paling lama nyebrang 2 jam aja udah ketar-ketir heheheh..memang pacuan kerbau itu adat budaya di Sumatera Barat Wak..saya aja belom pernah liat langsung..tapi Wak udh pernah ..keren Wak mah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mbak, naik ferinya 9 jam, ditambah 3 jam naik mobil ., jd semuanya 12 jam ., huhu

      Delete
  8. Tak dapat pergi sana, dapat baca coretan Wak pun jadilah :)

    ReplyDelete
  9. teringat lagu ayam den lapeh...

    Pagaruyuang Batusangka
    Tampek bajalan urang Baso

    sian wak jatuh dlm lurah yg dalam, sib baik takde pape...

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...