Sep 22, 2015

OLE-OLE KUWAIT



Selasa, 22 September 2015.
PAGI-pagi tadi masa dalam perjalanan ke padang memotong rumput seperti biasa, tiba-tiba penulis terasa kotak petisurat di kaunter penyambut tetamu itu seperti memanggil-manggil penulis untuk menjenguknya. Kata orang, kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang. Tetapi zaman sekarang ini banyak saja monyet-monyet bergayutan atas pokok kann.

Dipendekkan cerita, memang seperti yang penulis sangkakan, buah cempedak pun sudah menjadi nangka. Ole-ole dari Kuwait sudah tiba dan penulis mengucapkan ribuan terimakasih pada cik kak Sham yang jauh dimata, atau adakah beliau sudah tiba di Cheras? Penulis merasa amatlah terharu, tanpa kawan-kawan yang best-best sebegitu, siapalah wak yang ini kan. Kannns.

Penulis hendak berpantunlah juga,

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...