Jun 2, 2023

PENGALAMAN NAIK FERI DARI BATAM KE PELABUHAN BUTON PEKANBARU

 

Khamis, 1 Juni 2023.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)

MCD BREAKFAST

Usai solat subuh terus berlarian ke mekdi berdekatan.
Wak pesan set sarapan mcmuffin sausage with egg dan tambahan 2 hotcakes. Rp70rb.
Sambil itu wak pesan Grabbike untuk ke Terminal Ferry Domestik Sekupang. Rp45rb.

Nota lalat.
Entah bila air teh mekdi wak tiba2 hilang dari bungkusan kertas tadi.

Tiba di terminal Sekupang setengah jam kemudian.
Disuruh pergi ke loket beli tiket kelmarin untuk pengambilan boarding pass.
Wak tukar tujuan Batam ke Dumai jadi ke Pelabuhan Buton.
Dapatlah pengurangan harga Rp140ribu.

Nota lalat lagi.
Sebenarnya destinasi Dumai itu betul juga.
Dengan naik feri berlainan.
Walaupun agak mahal.
Tapi perjalanan dari Dumai ada lebuhraya bertol.

Beli jajan yakni potato chips air soya botol. Rp50ribu.

ENDASKU DADI MUMET

Masuk kapal antara yg terawal.
Mula2 wak duduk dikerusi tengah tapi ada bocil yg kacau je di barisan belakang.
Kemudian wak tukar ke kerusi hadapan pula.
Tapi itu pilihan yg salah disebabkan lambungan kapal yg lebih tinggi dihadapan.
Tiba2 wak mabuk laut cuma tidak termuntah sahaja.
Jadi wak pindah ke kerusi bahagian tengah semula.

Kapal gerak jam 7.45am membelah ombak selat Singapura.

Jam 9.45 tiba di Tanjung Balai Karimun.

Jam 11 tiba di Tanjung Samak, kemudian berhenti di Sungai Tohor, Tanjung Repan, Selat Panjang.

THIS WORLD IS FULL WITH SCAMMERS

Jam 3pm baru tiba di Tanjung Buton.
Ramai sudah ulat2 teksi untuk ke Pekanbaru.
Dapat satu pawancha mula2 minta 150rb ditawsr jadi 120rb.
Kencing dulu bila keluar dari toilet sikit lagi mahu naik travel van lain.

Singgah di rumah makan Bukit Indah jam 5.30pm.
Ada masalah perbincangan dgn pak supir untuk menghantar ke tujuan wak di Pekanbaru.
Kononnya tempat tujuan wak jauh dari sepatutnya.
Walaupun masih didalam kota Pekanbaru.
Akhirnya wak setuju dgn harga 140rb.
Scammer betullah. Hawau.

CINTA SATU MALAM 

Tiba di Ramayana Panam jam 6.30pm.
Kemudian checkin Hotel Ayola diseberang jalan.
Jumlah perjalanan selama 12 jam hari ini. Huhu.

Ooh.
Di gedung pakaian Ramayana ini.
Masalah tiada sinyal internet pula.
Terpaksa pinjam hotspot pak Satpam juga.
Untuk panggil supir Ojol.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Jun 1, 2023

ESOK HARI LAHIR PANCASILA DAN LUSA HARI CUTI BERSAMA

Day 14/60 Batam @2023

 

Rabu, 31 Mei 2023.

Esok yakni 1hb Jun hari lahir pancasila.
Pancasila Indonesia ini sama seperti Rukun Negara di Malaysia.

Sore tadi balik awal dari kantor potong rumput.
Untuk elakkan tekanan dan macet dijalanraya nanti.

Sekali lagi wak gagal mengeluarkan uang dari mesin ATM berdekatan.
Terpaksa minta tolong bro NAZ untuk gunakan kad Bigpay.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 31, 2023

PROBLEMS WITH BANK CARDS WHILE OVERSEA

Oh hi @2023


Selasa, 30 Mei 2023.

BANKCARD PROBLEM NO. 1

Laman web RHB Bank sudah dinaiktaraf.
Tiba2 wak tidak boleh masuk pula guna kata kekunci yg sama.
Sudah ditukar kata kekunci pun masih bermasalah.
Sudah di hubungi segala nombor khidmat pelanggan pun masih tidak selesai.

BANKCARD PROBLEM NO. 2

Wak rasa sudah aktifkan pengeluaran uang luar negara.
Tapi bila dicuba di ATM Maybank masih tidak diluluskan.

Petang tadi bro ASY sanggup tolong keluarkan uang guna kad ATM dia.
Tapi masalah dengan pengeluaran uang di mesin ATM negeri ini.
Ambil uang dahulu, kemudian baharulah kad dikeluarkan.
Boleh pula bro ASY terlupa mahu ambil kad tersebut.
Aiyah.

Ini adalah kes kedua kad bro ASY ditelan mesin ATM.
Dulu pernah berlaku di Jakarta.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Batam sunrise this morning @2023
Batam sunrise this morning @2023
No Camera Allowed @2023

May 29, 2023

LONG DISTANCE LOVE THEME BIRTHDAY CAKE FROM WIFE IN BANGI FOR HUSBAND IN BATAM

My 13th day in Batam at Anchor Cafe @2023

 

Isnin, 29 Mei 2023.

Hari ini hari ketiga baju laundry wak tidak diterima.
Celana kecil (spender) pun tinggal selai.
Aduhai.

Petang dari kantor potong rumput.
Kami berlarian ke kedai kopi dan kek Anchor Cafe & Roastery berdekatan rumah.
Untuk meraikan harijadi rakan sekantor potong rumput bro RAZ itu.
Kek surprise ditaja oleh isteri tercinta di tanahair.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mornng rush hour at Tanjung Uncang @2023
Chicken salad Anchor Cafe and Roastery @2023
Anchor Cafe @2023
Chicken salad Anchor Cafe @2023
The Birthday Boy at Anchor Cafe @2023
Chicken salad Anchor Cafe @2023
Pak Nga, Bro Raz, Bro Asy

May 28, 2023

TEMPAT MENGINTIP SINGAPUR DARI PANTAI TANJUNG PINGGIR

 

Ahad, 28 Mei 2023.

Pagi tadi hujan turun.
Wak kena tunggu hujan reda sehingga jam 9.30am baru pesan Grabbike.
Kalau hujan turun nanti akan kebasahan atas dan bawah kann.

PRELUDE: BATAM TO PEKANBARU

9.51am - tiba di Terminal Ferry Domestik Sekupang.
Lepak2 dahulu didalam terminal.
Sambil tanya2 harga tiket dan jadwal keberangkatan ke Dumai.
Rupanya hanya ada satu feri ke sono setiap hari.
Rute perjalanan akan singgah di Tanjung Balai (Karimun), Selat Panjang, Bengkalis.
Feri berlepas jam 7.30am.
Dijangka tiba di terminal feri Dumai jam 2.30pm.
Perjalanan selama 9 jam.
Harga tiket ialah Rp550ribu (termasuk boarding pass Rp10ribu).

11.30am - sudah keluar dari terminal.
Rencana wak mahu ke pantai Tanjung Pinggir yg dekat sahaja.
Punyalah ramai ulat2 teksi disitu.
Mereka minta Rp40ribu.
Padahal apps Grab cuma tawarkan Rp8,500.
Bila wak tunjukkan harga Grab, ada yg tawarkan Rp15ribu.

Terpaksa wak keluar dari parking terminal ke tepian jalan.
Wak pesan Grabbike  dua kali dibatalkan oleh pak supir.
Kemudian kena pasang Gojek barulah diterima. Rp12ribu.

11.39am - naik Gojek ke pantai Tanjung Pinggir.
11.52am - tiba di pintu masuk. Bayar Rp10ribu.

Janji dengan pak supir Gojek untuk tunggu setengah jam.
Wak cuma mahu tangkap gambiran 2 3 keping sudah.
Bukan wak baru sampai Singapura minggu lepas ke?
Link: Tulipmania, Merlion & Vortex Rain Singapore.

12.15pm - sudah naik Gojek untuk pulang ke bandar.

12.45pm - tiba di apartment.

DILEMMA TO WITHDRAW USING MAYBANK CARD

Sore wak cuba keluar kan duit dari Maybank mesin ATM.
Tapi tidak boleh walaupun wak sudah periksa tarikh pengeluaran telah di siapkan sehingga esok (29/5). Aiyahh. 

Malam wak cuba sekali lagi ke mesin ATM Bank BCA pula dgn bro ASY.
Sama kuchiva.
Bro ASY siap mahu tolong keluar kan uang melalau akaun banknya. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 27, 2023

REASONS WHY WEEKENDS ARE NOT MEANT FOR WORKING

Good morning Batam @2023

 

Sabtu, 27 Mei 2023.
Kena kerja potong rumput setengah hari.

Pagi tadi sempat lagi wak berlarian ke lantai 6.
Tangkap 2 3 gambiran sunrise sudah.

Pagi ini juga wak mahu cuba makan lontong.
Kelmarin (semalam) wak nampak pak NGA makan lontong di gerai itu.
Wak pesan lontong sayur di gerai yg juga jual mie lendir.
Rasa lontongnya sedap juga, yakni kenalah dengan selera tekak wak.

Movie lalat.
Wak cuba mencari movie gratis atas talian.
Tapi tidak berjumpa.
Dan portal yg boleh dimuatturun movie pun telah disekat dengan sengaja.
Nota tepi - Inside Man 2022, The Manchurian Candidate 2004.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Good morning Batam @2023
Good morning Batam sunrise @2023
Breakfast with Lontong Sayur at Tanjung Uncang @2023
On the way home and today is payday @2023
Telecommunication tower @2023

May 26, 2023

NASI CAMPUR JOWO PACITAN DI BATAM

Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023

 

Jumaat, 26 Mei 2023.

Pagi tadi semasa turun untuk naik van ke kantor potong rumput.
Sempat lagi melayan matahari terbit di ufuk timur.
Sebelum hujan turun lebat secara tiba2.

Tengahari hujan masih turun dengan lebat.
Usaha ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang.

Malam pula bersama pak NGA dan KOM.
Berjalan kaki ke kedai makan Jowo Pacitan.
Wak makan nasi campur stail wong Jowo.

Ooh.
Masa pulang dari makan malam tadi.
Pak KOM kasi tahu famili dia tinggal di bandar Tasikmalaya.
Jaraknya sejauh 5 6 jam pemanduan kereta melalui lebuhraya bertol.
Tapi aslinya dia berasal dari Betawi.

Ooh lagi.
Petang tadi wak kasihan dengan bro NAZ.
Sebab tiba2 folder dalam laptopnya hilang.
Bila mamat IT Jakarta cuba tolong pun tidak dapat buka fail2 itu.
Malangnya semua fail2 tersebut jadi rusak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023
Pollux Habibie Apartments Surnise @2023
Pollux Habibie Apartments Surnise @2023
Afternoon at the shipyard @2023
f
Friday prayer at Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang @2023
Nasi Campur Jowo Pacitan @2023
Nasi Campur Jowo Pacitan @2023

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...