May 23, 2015

MIRACLE UNDER THE KL TOWER



MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Menara KL (baca: KL Tower) untuk merakam cahaya warna warni dari menara itu. Selepas maghrib, penulis terus merempit dan menyusuri lebuhraya Akleh dan nampak cahaya warna warni sedang bermain, yang ketika itu pukul 8 malam. Bila tiba di pintu masuk menara, jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam dan cahaya lampu putih saja kelihatan. Penulis telah menunggu juga kalau kalau cahaya warna warni akan dimainkan pada bila bila masa, tetapi sungguhlah penulis merasa hampa seperti buah cempedak tak jadi nangka. Kerana penulis telah tercanguk sehingga jam 9 malam namun masih tiada bayang bayang yang cahaya putih akan bertukar menjadi warna warni. Tetapi bila penulis hendak mula merempit balik, tiba tiba cahaya warna warni pun bermula. Jadi penulis turun kembali dari motorsikal dan merakamkan permainan cahaya warna warni selama 5 minit saja. Harap maafkan penulis, kerana ada sedikit gegaran pada gambar diatas yang boleh menyebabkan pembaca blog ini merasa kesan pening pening lalat (baca: vertigo).



Selepas itu penulis tidaklah menunggu lama seperti sebelumnya kerana penulis menyangka cahaya warna warni tidak akan dimainkan lagi atau mungkin dimainkan setiap awal jam. Penulis pun terus kembali menaiki motorsikal dan merempit ke Dataran Merdeka pula. Ada persiapan untuk pesta Hari Unesco Malaysia 2015 disitu. Di Dataran Merdeka juga penulis ternampaklah menara KL tadi memainkan cahaya warna warninya berulang-ulang kali. Sungguhlah mirikel.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





May 22, 2015

SALAM MALAM JUMAAT

Sunset view from Bukit Belacan, yesterday evening.

Sembang petang Khamis malam Jumaat keliwon.

Kisah lalat 1.
Kelmarin selepas penulis mengeluarkan duit berjuta-juta lemon banyaknya dari Bank A, penulis pun berlari-larian ke Bank B melalui stesen LRT Ampang Park. Sebelum turun ke eskalator, penulis ditegur oleh seorang pakcik yang nampak sihat walafiat meminta wang tambang hendak balik ke rumahnya. Tetapi penulis tidaklah melayan kerana bimbang terkena santau atau pukau. Penulis pun terus ke Bank B untuk menyelesaikan urusan bank pada hari itu.



Kisah lalat 2.
Selang beberapa hari, penulis sekali lagi mengeluarkan duit berjuta-juta lemon juga banyaknya dari Bank A. Tiba di Bank C, penulis pun menggunakan mesin ATM Deposit Tunai seperti biasa. Tetapi orangramai tidaklah ramai ketika itu. tiba-tiba ada seorang brader yang tubuh sasa gagah perkasa ini seperti gengster lalulalang dibelakang penulis, padahal dia baru saja mengeluarkan duit. Tiba tiba pakguard memanggilnya, semua org tengok kepada dia, rupanya duit dia bertaburan atas lantai, lalu dia pungut. Tiba tiba dia menggunakan mesin ATM bersebelahan dengan penulis sambil mulutnya bising-bising berteriak, ‘SUBHANALLAH, BAHAWA ALLAH ITU MAHA., ?’ ‘BESAR!’ dia kata sambil sebut doa2 apa entah dengan kuatnya, selepas selesai urusan, penulis terus meninggalkan lokasi ATM disitu, manalah tahu kut-kut terkena santau atau pukau pula. Tadi, hendak saja penulis menyebut 'BAHAWA ALLAH ITU MAHA KAYA' juga.

Yok kawan-kawan, mamam pisang lemak manis (pisang 40 hari, mempunyai rasanya tersendiri tanpa proses hybrid) dan nenas dalam tin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





May 21, 2015

OLE OLE KOREA



PETANG kelmarin penulis sudah menerima satu sampul surat berisi hadiah cenderahati dari blogger popular yang manis dan jelita itu. Siapalah tidak kenal JM ya. Hadiah penyepit pengetip kuku dari Korea kerana penulis antara Top 20 Commentator katanya. Terimakasihlah pada cik JM yang sudi bersusah payah menghantar hadiah kepada penulis yang biasa-biasa ini. Semoga kita akan tetap jadi rakan siber yang baik-baik saja. Ini nota kecil tulisan tangan dari cik JM :



Wak!
Tahniah kerana menjadi
salah sorang Top Komentar
blog JM. Ini bukan Iphone6
tapi ikhlas dari JM.
- JM 2015

Link dari blog JM - Korang mesti baca entry nih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 20, 2015

TAKSUB


TAKSUB dalam bahasa Arabnya dieja taasub. Maknanya mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1561 bermaksud keyakinan yang keterlaluan kepada sesuatu atau seseorang, juga membawa maksud fanatik.



Taksub mampu membuatkan kita menjadi sangat bodoh (walau kita pandai) dan mampu membawa kita kemana saja arah yang diarahkan oleh mereka yang kita taksub itu, sebabnya akal dan fikiran kita sudah dipandu arahkan.

Cerita pasal patung mainan untuk wayang The Avengers yang terbaru juga ada panggung wayang yang menawarkan koleksi empat patung hero. Cuma satu patung hero 'Thor' sahaja yang penulis belum dapat sebab sudah tertinggal tarikh promosinya. Ya, kata orang, kalau tidak ada seposen tidak akan cukup sejuta hinggit. Begitulah juga dengan patung hero ini, kerana ketiadaan satu lagi patung hero itu tidak melengkapkan koleksi siri patung-patung The Avengers ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







May 19, 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: ENVELOPED

Masjid al-ehsan Bandar Kiara, Puchong. Taken on 26 April 2015.

SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Enveloped' atau Diliputi. Contoh ayat seperti 'Suasana didalam mesjid diliputi senyap sunyi seketika sebelum ustaz itu memulakan kuliahnya. '.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 8: Enveloped
Weekly Photo Challenge 7: Forces of Nature
Weekly Photo Challenge 6: Intricate
Weekly Photo Challenge 5: Motion
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 18, 2015

HATIKU KAU GURIS LUKA



KADANG-kadang kita kena hormat prinsip orang lain, supaya orang lain akan hormat kita.

Nota lalat. Lagu 'Hatiku Kau Guris Luka' nyanyian Sweet September telah dipopularkan pada tahun 1982. Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent, 57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada tahun 2011 dipercayai akibat sakit jantung.

* Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala

Ulang *

Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 17, 2015

TEACHER'S DAY, LOST CHILD



Kelmarin, 16 Mei adalah hari guru sedunia. Dan harijadi anak lanang penulis. Sudah suku abad usianya dan tahun depan nak kahwin katanya. Ayahnda doakan semoga anakanda sentiasa diberkati usiamu, dirahmati Allah swt dan cemerlang dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Jadilah contoh kekanda yang baik kepada adinda-adindamu semua. Amin ya robbal alamin.

Ayahnda belanja mamam sushi Permas Jaya saja sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.











May 16, 2015

TYRES REPLACEMENT



SUDAH berminggu-minggu isteri penulis (yang itu) membebel tentang tayar cikBibah Pepel yang selalu penyet. Anak lanang penulis pun sudah selalu mengisi angin di stesen minyak depan rumah, tapi isteri penulis (yang itu) masih tidak berpuas hati. Tiba-tiba penulis hendak tulis tajuk entri seperti 'ramai wanita tidak puas' supaya lebih banyak trafik. Kehh.

Jadi kelmarin, penulis sudah membawa cikBibah Pepel itu pergi ke kedai tayar depan rumah juga. Bila diperiksa, dua daripada tayarnya sudah kembong dan akan meletop pada bila-bila masa. Dan tayar satu lagi pun sudah kehausan bunganya. Jadi, dipendekkan cerita, penulis telah menggantikan keempat-empat tayar cikBibah Pepel dengan jenama Falcon saja. Bukan setakat itu, pelurusan (baca: balancing & alignment) dan keempat-empat injap tayar juga sudah diganti baru. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada mak kan, kanns ;p

Dan terlanjur di kedai tayar itu, mata penulis tertancap pada kereta myvi baru berwarna kuning yang menggunakan nombor pendaftaran AAP 4 - 'apa apa pun boleh', pernah taukeh kedai tayar itu menawarkannya kepada penulis. Penulis kata padanya, 'apa apa pun mati'. Selepas kereta Wira, taukeh sudah menukarkan kepada motorsikal, dan sekarang kereta myvi pula. Tiba-tiba teringat kereta proton satria neo Sultan yang menggunakan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan 'WWW 1' yang berharga setengah juta hinggit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 15, 2015

OLE OLE BANDUNG WAK MANA



KEBOSANAN mencipta kelainan membawa penulis ke pantai. Udara bersih dan nyaman sepoi sepoi bahasa amatlah menenangkan. Lupakan sementara masalah yang sedang berserabut di minda.

#pulau kapas cotton

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 14, 2015

FROM A TO G



SUDAH bertahun-tahun piano ini berada didalam rumah hinggap penulis. Guru pengajar piano pun setiap minggu akan datang kerumah mengajar piano. Setiap tahun penulis akan menghantar 2 orang anak-anak penulis mengambil peperiksaan piano di bandar. Dan anak lanang penulis yang akan mengambil SPM pula baru berhenti belajar piano. Dan sekarang anak lanang bocah cilik penulis pun baru belajar piano dari guru tersebut dirumah. Penulis perhatikan juga sebelum ini, anak lanang bocah cilik ini sudah tahu membaca nota-nota muzik dari buku dan bermain lagu-lagu asas piano yang beliau belajar sendiri dari youtube.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 13, 2015

SSM PENIPU



SEBENARNYA penulis sudah tertipu. Penulis ingatkan sijil pendaftaran syarikat kecil-kecilan yang penulis telah buat pada awal tahun telah hilang kerana penulis tidak berjumpa sijil yang ada logo asal SSM berwarna. Penulis telah panik juga. Sehinggakan penulis telah berlarian ke Menara Ansar semata-mata hendak mendapatkan salinan sijil yang asal (borang D). Bila penulis tiba dan menunggu sejam disitu, penulis telah diberikan sijil yang asal juga, tetapi sememangnya sijil yang asal tidak mempunyai logo berwarna. Cuma kerani mengecop diatas sijil hitam putih itu mengesahkan yang itu adalah yang asal. Bayarannya adalah RM10.70 termasuk cukai GST. 'GST Tak Masuk Akal', titah Sultan Johor.

Yang peliknya, surat-surat pendaftaran dan lainnya dicetak mempunyai logo yang berwarna.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...