Showing posts with label DATARAN MERDEKA KL. Show all posts
Showing posts with label DATARAN MERDEKA KL. Show all posts
Nov 2, 2015
GANU KITE
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 2/30
Post of the Day: 4/4
BILA penulis tiba di Dataran Merdeka, majlis perasmian Pesona Terengganu pun baru bermula. Penulis banyak menghabiskan masa mengambil gambiran didalam khemah pameran sahaja. Selepas menyanyikan lagu Negaraku untuk perasmian majlis di luar khemah, penulis pun pulang ke gagang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
BATIK TERENGGANU
PESONA TERENGGANU
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 2/30
Post of the Day: 2/4
DALAM khemah pameran Pesona Terengganu memanglah banyak pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Pameran tenunan kain pun ada.
Nota lalat terkini. Penulis masih mencari-cari template blog yang lebih ringkas dan tidak berat. Kawan-kawan harap bertabah ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
VICTORIAN FOUNTAIN
May 23, 2015
MIRACLE UNDER THE KL TOWER
MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Menara KL (baca: KL Tower) untuk merakam cahaya warna warni dari menara itu. Selepas maghrib, penulis terus merempit dan menyusuri lebuhraya Akleh dan nampak cahaya warna warni sedang bermain, yang ketika itu pukul 8 malam. Bila tiba di pintu masuk menara, jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam dan cahaya lampu putih saja kelihatan. Penulis telah menunggu juga kalau kalau cahaya warna warni akan dimainkan pada bila bila masa, tetapi sungguhlah penulis merasa hampa seperti buah cempedak tak jadi nangka. Kerana penulis telah tercanguk sehingga jam 9 malam namun masih tiada bayang bayang yang cahaya putih akan bertukar menjadi warna warni. Tetapi bila penulis hendak mula merempit balik, tiba tiba cahaya warna warni pun bermula. Jadi penulis turun kembali dari motorsikal dan merakamkan permainan cahaya warna warni selama 5 minit saja. Harap maafkan penulis, kerana ada sedikit gegaran pada gambar diatas yang boleh menyebabkan pembaca blog ini merasa kesan pening pening lalat (baca: vertigo).
Selepas itu penulis tidaklah menunggu lama seperti sebelumnya kerana penulis menyangka cahaya warna warni tidak akan dimainkan lagi atau mungkin dimainkan setiap awal jam. Penulis pun terus kembali menaiki motorsikal dan merempit ke Dataran Merdeka pula. Ada persiapan untuk pesta Hari Unesco Malaysia 2015 disitu. Di Dataran Merdeka juga penulis ternampaklah menara KL tadi memainkan cahaya warna warninya berulang-ulang kali. Sungguhlah mirikel.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...