
MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Menara KL (baca: KL Tower) untuk merakam cahaya warna warni dari menara itu. Selepas maghrib, penulis terus merempit dan menyusuri lebuhraya Akleh dan nampak cahaya warna warni sedang bermain, yang ketika itu pukul 8 malam. Bila tiba di pintu masuk menara, jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam dan cahaya lampu putih saja kelihatan. Penulis telah menunggu juga kalau kalau cahaya warna warni akan dimainkan pada bila bila masa, tetapi sungguhlah penulis merasa hampa seperti buah cempedak tak jadi nangka. Kerana penulis telah tercanguk sehingga jam 9 malam namun masih tiada bayang bayang yang cahaya putih akan bertukar menjadi warna warni. Tetapi bila penulis hendak mula merempit balik, tiba tiba cahaya warna warni pun bermula. Jadi penulis turun kembali dari motorsikal dan merakamkan permainan cahaya warna warni selama 5 minit saja. Harap maafkan penulis, kerana ada sedikit gegaran pada gambar diatas yang boleh menyebabkan pembaca blog ini merasa kesan pening pening lalat (baca: vertigo).