Apr 11, 2015

RENOMA, SOGO



SUDAH lama penulis tidak ke kompleks Sogo. Begitu juga dengan Pertama Complex.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Apr 10, 2015

THE DAY I WON 14 IPHONE 5C



BAYANGKAN kalau penulis jadi pemenang Top Commentator dalam blog rakan-rakan penulis baik hati belaka. Kalau seorang blogger memberi hadiah iphone 6, kalau 14 orang blogger, penulis sudah mendapat 14 keping iphone 6 yang betul-betul bukan sekeping gambar kan? Tapi itu semua angan-angan mat jenin saja. Dan tajuk kena ada unsur-unsur propa baru SEO akan naik. Tidak begitu kawan-kawan?

Berbalik kepada realiti. Penulis cuma nak kongsi pengalaman penulis tahun lepas bila penulis memenangi 4 iphone 5c dalam satu masa. Bukannya tujuan penulis hendak beriak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman untuk generasi akan datang. Chewah. Oranglain sudah berjuta-juta lemon menang kereta, mini iPad, pergi melancong Korea, dan lain-lain. Seperti kata orang kampung pernah berkata, usaha tangga iPhone, in sha Allah.

Peraduan yang berlangsung dari 19 Januari hinggalah 31 Mac 2014, selama 10 minggu. Setiap minggu ada 2 orang pemenang yang akan memenangi sepasang iphone 5c. Maknanya seorang pemenang akan mendapat 2 iphone 5c.

Jadi penulis bermula sertai peraduan pada minggu kedua. Bajet penulis tidaklah seberapa pada mulanya. Dan bila keputusan pemenang diumumkan pada minggu berikutnya, nama penulis telah kalah dengan jayanya. Dan seterusnya melemahkan semangat penulis untuk bertanding lagi.

Walaubagaimanapun, penulis kuatkan semangat sekali lagi untuk menghantar penyertaan bagi minggu ke empat dan ke tujuh. Banyaknya aiskrim jenama Cornetto penulis beli, sehinggakan penulis menderma aiskrim-aiskrim itu kepada rakan-rakan sekerja. Dan pada satu ketika, peti sejuk dirumah penulis telah penuh penulis terpaksa bekejaran ke padang permainan dan memberikan saja kepada budak-budak yang sedang bermain bola. Punyalah mereka gembira sehinggakan salah seorang berkata, "wak! ini pertama kali saya dapat aiskrim mahal secara percuma." Terharu perasaan penulis ketika itu walaupun sekadar satu kon aiskrim untuk seorang.

Dipendekkan cerita, penulis telah pun menerima hadiah iphone 5c atas nama dua orang proxy penulis. Belum pun sempat penulis hendak war-warkan, iphone 5c tersebut telahpun disambar dengan sepantas kilat.

Sebenarnya apa yang penulis hendak memperkatakan ialah bila ada yang kata 'untung la wak selalu dapat barang free' perlukah dijelaskan segalanya. Realitinya tidaklah free gratis percuma semata-mata. Sebelum peroleh kemenangan perlu keluarkan modal sendiri untuk beli POP (proof of purchase), setem 80sen, sampul surat dan yang paling mahal tentunya idea dan masa. Belum dikira lagi kekalahan dgn jayanya yang terpaksa ditanggung (realitinya lebih banyak kecewa). Tapi kekecewaan dalam melayari bahtera bukanlah sebab utama penulis tidak lagi meneruskan projek contessan seperti tahun lepas.

Nota lalat. Hanya kita2 saja yang faham realiti sebenar sebagai compers. Alhamdulillah ya Allah syukur diatas segala nikmat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Apr 9, 2015

WHERE YOU CAN FIND MANY BREASTS



Amaran lalat. Entri ini ada unsur 18SX keatas.

Pantun ini penulis temui ketika melayari internet semalam. Dalam wikipedia indon pun ada.

Kadang-kadang penulis terfikir, begitu banyak jenis pantun kita ada, timbul juga pantun yang agak lain, malah dari segi kategori pun tak pernah penulis jumpa dimana-mana buku pantun.

Kalau diamati pantun ini, ia mengisahkan seorang lelaki yang begitu ghairah terhadap perempuan. Diluahkan perasaan tersebut melalui pantun.

Di mana kuang hendak bertelur,
Di atas lata di rongga batu,
Di mana tuan hendak tidur,
Di atas dada di rongga susu,

Sakit kaki ditikam jeruju,
Jeruju ada di dalam paya,
Sakit hati memandang susu,
Susu ada dalam kebaya.

Gambiran diatas penulis ambil ketika menghantar rakan ke Pusat Perubatan Prince Court Jalan Kia Peng. Gambiran agak kurang jelas sebab tangan penulis menggigil ketika menangkapnya. Penulis dikejutkan juga dengan harga makanan di restoran ditingkat bawah. Contohnya, nasi goreng kampung berharga RM20 dan teh ais limau pun berharga RM10, sudah termasuk 6% cukai GST.

"between the breasts
of bestial
Marj lie large
men who praise" - E. E. Cummings

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 100. Dan sudah 100 hari kita berada di tahun 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 8, 2015

LORONG AMPANG 2



Gambiran rumah lama di tengah-tengah ibukota ini saya ambil semalam nampaknya seperti tiada berpenghuni. Pagi tadi saya lihat ada sepasang suami dan isteri berbangsa tionghua yang sudah berumur sedang bersembang-sembang diluar rumah.

Nota lalat. Ini adalah entri saya yang ke 99 dalam blog saya yang ini. Dan kita sekarang sudah berada di hari yang ke 99 di tahun 2015. Sungguh cepat masa berlalu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 7, 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: BLUR

KLCC view from Bukit Belacan. Taken on 6 April 2014. Nikon D7000 22mm focal length, f/3.5, 3 sec, iso 200


SETIAP hari Selasa saya akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Blur' atau tidak jelas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 6, 2015

5 HOURS OF MOBILE PHONE CONVERSATION



SAYA kalau bercakap menggunakan telefon bimbit dipegang ditelinga selama 41 13 minit pun otot tangan menjadi kibas. Inikan pula mamat bangla yang duduk bangku tepi tingkap disebelah saya yang bercakap tak berhenti-henti dengan kawannya dalam bas ekspres selama lebih 5 jam. Nasib baiklah juga saya menggunakan set kepala (baca: headset) untuk mendengar lagu-lagu dan nasyid kegemaran saya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 5, 2015

BLOOD MOON TODAY



TADI MALAM saya mendapat tahu gerhana bulan penuh masa dalam perjalanan ke Aeon Tebrau City. Ketika itu gerhana sudah bermula. Bila saya pulang, gerhana pun sudah dipenghujungnya. Bayang-bayang bumi pun sudah nak hilang.

Nota lalat. Gambiran pokok hijau ditengahari yang terik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

http://www.theage.com.au/victoria/total-lunar-eclipse-2015-what-you-need-to-know-20150403-1me47s.html




Apr 4, 2015

AIR ZAM ZAM



KELMARIN saya sudah berlarian ke Tabung Haji untuk membeli 2 botol 500ml air zam zam yang berharga dua belas hinggit sebotol. Tiba-tiba kakak penjual menyuruh saya membeli habbatus saudah pula. Tapi saya tidak berminat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 3, 2015

TYPO



Melayan jalan jalan KLCC saja. Di petang Khamis malam Jumaaat. Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 2, 2015

COMPARING THE SIZE OF THE SUN TO EARTH



SELAMAT malam Kuala Lumpur.

Bila melihat saiz matahari dengan mata kasar hanyalah sebesar menara KL itu memeylah tidak menggerunkan sangat. Tapi keadaan sebenar adalah amat berbeza.

Diameter matahari ialah 1,392,000 km, manakala diameter bumi pula mengikut garisan Khatulistiwa ialah 12,756 km. Perbandingan saiz antara bumi dengan matahari adalah SUNGGUH BESAR. Jadi berapa biji bumi menjadikannya sama saiz dengan matahari? Secara pengiraan matematik, sebuah matahari yang besar bersamaan dengan 1,300,000 biji bumi.

Dan gambiran rujukan dari carian google dibawah sebagai perbandingan bumi, matahari dan planet2 yang kita ketahui di alam cakerawala milik Allah swt. Subhanallah, betapa kumannya saiz bumi kita kann. Dan mungkinkah ada planet serupa bumi dan ada makhluk-makhluk seperti kita diluar cakerawala disana disana?

Nota lalat. Entri April Fool semalam berkenaan Top Commentator Giveaway Winner hanyalah gurauan saya semata-mata. Jika ada yang terasa, tersentap, dan terkecil hati saya memohon banyak-banyak kemaafan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

http://www.suntrek.org

http://www.co-intelligence.org/

Apr 1, 2015

TOP COMMENTATOR GIVEAWAY WINNER



HARI INI 1hb April dan GST sudah bermula. Nasib baik juga minyak ron95 tak naik harga. Dan hari ini juga saya rasa teruja untuk membuat entri tentang pemenang Top Commentator dalam blog saya yang merapu entah apa apa yang biasa biasa saja ini. Dan seperti yang diketahui bahawa pengomen tegar untuk 3 bulan lepas adalah tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM Jari Manis yang manis jeliter yang suka travel jalan jalan korea itu. Walaupun beliau bukan hari hari meninggalkan komen di blog saya ini, tetapi apabila beliau berkomen akan pulun mengomen kesemua entri-entri saya sebelum ini. Kiranya cik JM gila kuasalah di blog saya yang ini juga. Oleh itu untuk hari ini sahaja saya akan memberi hadiah kepada beliau cik JM yang jeliter itu sekeping gambar iphone 6 yang cantik seperti diatas. Tahniah untuk cik JM sekali lagi. Dan hadiah akan dikirimkan kepada beliau hari ini juga. Cik JM, sila hubungi saya untuk menuntut hadiah tersebut.

Nota tambahan lalat. Entri respon dari cik Jari Manis.

Last but not least, (ammvoiii), saya juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pengomen pengomen blog saya yang lain. Tanpa kawan kawan yang best best itu, siapalah saya yang ini kan. Kannns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....