Terminal Bis Grogol Jakarta @2022 |
Khamis, 27 Oktober 2022,
Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend
===================================
3.15pm. Wak keluar dari kantor awal. Pesan Grab bike ke terminal Grogol - 35rb.
3.45pm. Tiba di terminal Grogol. Lagi 2 jam untuk berangkat yg sepatutnya jam 5.45pm. Ambil tiket dari kaunter Agra Mas yg sudah siap dicetak.
5.45pm. Azan maghrib tapi tiada kelibat bas.
6.15pm. Bas yg di tunggu baru tiba. Ingatkan terus berangkat. Duduk sahaja lah.
6.45pm. Bas pun bergerak. Bila ditanya konduktor bas kata mungkin tiba di Ponorogo jam 6am esok pagi. Dia beri air mineral dan roti dan waffle. Dan hape charger ada diatas kepala tempat penyimpan beg.
12.02am. Tiba di hentian bas Agra Mas untuk makan malam. Turun untuk guna tandas dan mushollah.
1.02am. Bas mula bergerak.
5.57am. Tiba di terminal Seloaji Ponorogo. Guna jamban cangkung yg pelik.
6.17am. Lepak di masjid terminal bernama Shirataal Mustaqim. Solat, mandi dan tidur. Tiada yg ganggu.
7.38am. Wak keluar pesan Grab bike di tempat Pos Ojek. Ada kejadian yg tidak diingini berlaku. Bila mat supir datang ditempat wak menunggu itu, tiba2 segerombolan pakcik2 ojek sudah mengerumuni beliau. "Kalau mas mau angkut orang disini harus bayar 50rb, apa mas berani?" kata pak ojek itu. Akur dengan situasi disitu, maka wak suruh mat supir beredar. Dan wak pun masuk kembali keterminal dan keluar dipintu sebelah belakang.
Nota lalat. Kenapa wak tak pilih ojek sahaja? Ini adalah soalan yg baik. Wak ada terfikir juga untuk naik sahaja Ojek kan guna tambang dari Grab. Tapi..
7.52am.Wak keluar dari terminal dan berjalan agak jauh untuk buat pesanan Grab bike yg baharu. Pesanan ke makam Keramat Buthoro Kotong.
8.10am. Tiba di pintu gerbang makam. Masuk ke dalam. Makam terkunci. Minta bantuan cikgu besar (pak Mansor) sekolah agama disitu untuk panggil jurukunci.
8.23am. 10minit jurukunci tiba dan buka pintu gerbang masuk ke makam. Jurukunci bernama pak Nardi. Pak Nardi beritahu tidak boleh ambil gambar dalam makam Keramat itu sahaja. Dalam makam wak sedekahkan hafazan yasin. Sebelum keluar dari makam, wak sedekah kan uang pda pada jurukunci itu.
9.00am. Ada drama lagi dengan pak Grab bike tadi. Dia hantar orang lain untuk ke tasik Telaga Ngebel. Harga tak cantik seperti diperjanjikan tadi. Wak pesan Grab bike baharu.
9.15am. Gerak ke tasik. Dalam perjalanan kami bincang u tuk hantar wak kembali ke kota Ponorogo. Cadangnya wak nak dia tunggu 2 jam. Dia minta tambah 30rb. Pastu kena tunggu solat jumaat.
9.45am. Sampai di tasik. Lepak di tepian yg ada bot sewa. Tiada yg menarik disini.
10.22am. Wak tukar fikiran. Tidak mahu lama2 di sini. Beritahu mas grabbike tadi untuk terus pulang ke kota Ponorogo. Tapi singgah nak beli pizza hut sebab mcd dgn kfc tiada di kota Ponorogo. Pelik kann?
11.25am. Tiba di restoran pizza hut Ponorogo. Wak pesan veggie lover personal pizza sahaja. Mas grabbike hantar wak lagi terus ke terminal bas. Janji tadi 127rb, kemudian wak kasi sahaja 150rb. Lebih itu sedekah.
1149am. Sudah naik bas ke Madiun dari terminal Seloaji tadi. Dan kedengaran dari corong2 speaker masjid sekitaran melaungkan azan zohor dan solat waktu jumaat.
Bis, bus, bas ., hahaha layannns.
Bersambung...