Feb 19, 2017

8 REMAJA BERBASIKAL MENINGGAL DUNIA SELEPAS DILANGGAR KERETA DI JB

7.24am, somewhere between Ayer Keroh and Seremban on Plus highway heading north.

Pagi Sabtu yang hening, penulis telah bertolak ke Key Ell jam 4.04am. Dalamasa yang sama, peristiwa tragis dimana sebuah kereta yang dipandu oleh wanita cina telah melanggar dan membunuh 8 remaja berbasikal di Lebuhraya Lingkaran Dalam JB. Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Tengahari, di rumah merpati penulis yang itu. Melayan mamat jurunilai harta bagi pihak pinjaman bank si pembeli.

Malam, jalan-jalan cari makan. Penulis ingat hendak mencuba steak Overloaded Western KL di Setiawangsa. Tapi tiadalah tempat parkir dan dipenuhi dengan pelanggan. Samalah juga kisahnya dengan warong bersebelahan Balai Polis Datok Keramat. Akhirnya, penulis makan tomyam sahaja di Juara Tomyam Kampung Baru yang biasa-biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

If everything goes well, this KLCC beautiful view maybe my last..

Bye bye view..

Kampung Bahru, Kuala Lumpur.

Feb 18, 2017

EH, ADA AWEK MUDA JELITER NAK GAMBIRAN DENGAN WAK!

The lightest ball he could get, Kompleks Pusat Bandar.

Ahad kelmarin, penulis sudah berjanji dengan anak lanang bocah cilik untuk bermain bowling lagi. Jadi petang tadi, berbowling penulis berdua dengannya di kompleks pusat bandar itu. Selepas berbowling, anak lanang meminta dibelikan aiskrim sundae cone sehinggit. Murah gila, getus hati penulis. Jadi, penulis belikan dua kon, satu kon untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan pulang, sempat penulis singgah di pejabat pos Masai mengirimkan 2 keping poskad.

Cerita tajuk lalat. Petang jumaat, 2 rakan sekerja dari key ell datang dengan membawa 3 komputer projek baru. Tinggal tunggu lesen perisian saja untuk dipasang pada hari Isnin nanti.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sundae Cone to make you fatter.

My homemade postcards for international penpals, Pejabat Pos Masai, Johor, Malaysia.

No hanky panky in Pasir Gudang yard. Backlighting photography technique helps to create dramatic and mysterious photo.

Feb 17, 2017

BIHUN SOTO VS CHICKEN BURGER

Restoran Hj Abu Soto Power.

Tengahari, penulis bersama AZZ and AZH (bukan nama sebenar) makan tengahari di Kampung Pasir Putih. Hajat penulis untuk makan siakap goreng di restoran Rahmat yang fofuler itu masih tidak kesampaian. Tapi melayan bihun soto juga tidak kurang hebatnya.

Feb 16, 2017

READ YOUR PALM TO PREDICT YOUR LOVE LIFE

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.

Penulis telah memberi jawaban tetapi tidak seperti yang diharapkan. Walaupun penulis telah lakukan yang terbaik dengan segera. Inilah jodoh namanya. Terima kesilapan masing-masing dan banyakkan bersabar. "Kalau isteri bersalah, suami juga bersalah. Kalau suami bersalah, isteri juga bersalah," pernah ustaz poyo di Jabatan Agama itu dulu menasihati.

Tapi ada mak kisah? "Sakit hati sampai mati," katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 15, 2017

HOW TO CREATE A HOVER EFFECT ON BLOG IMAGE

Depan kacang siam, belakang kacang Vietnam. Jangan cakap wak tak payung.

Kelmarin, anak lanang penulis dan isteri barunya telah pergi ke Phuket Siam untuk berbulan madu. Bila balik dibelikan penulis kacang siam.

Pada tarikh yang sama, rakan penulis yang pemandu Uber itu juga ke Hanoi Vietnam bersama bekas rakan2 sekerja bank beliau. Bila balik dibelikan penulis kacang Vietnam.

Tapi sebelum mereka pulang, penulis telah memesan dibelikan poskad Siam dan Vietnam masing-masing. Tapi penulis lebih gumbira kalau mereka dapat mengeposkan poskad-poskad tersebut dari sana disana.

Cerita lalat lain. Ibu jiran penulis, encik Will, yang berusia lebih 90 tahun telah meninggal dunia. Baru saja minggu lepas penulis lihat nyonya itu masih sihat berkebun.

Cerita lain lalat. Tadi pagi penulis berjumpa semula 2 orang rakan penulis yang sama-sama bertugas semasa penulis mula-mula bekerja memotong rumput 16 tahun dahulu di Key Ell. Sekarang giliran mereka pula menjadi suami mingguan (baca, weekend husband).

Cerita lain2 lalat. Ada rakan bertanya macamana penulis membuat efek "mouse hover" sekejap terang sekejap kabur pada gambar2. Bukannya penulis kedekut ilmu sebab ilmu bukan boleh dibawa mati. Dalam blog terdahulu penulis ada tunjukkan tapi tiada seorang pun yang ingin membuatnya. Sedih kan. Boleh sahaja bertanya kepada pakcik gugel di SINI. Tapi kalau ada rakan2 lain yang ingin bertanya, bolehlah emel kepada penulis. Jangan cakap wak tak payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Depan poskad Siam, belakang poskad Vietnam.

Feb 13, 2017

Feb 12, 2017

PERJALANAN HIDUP SEORANG PIPING ENGINEER

To see clearer image, please hover your mouse! Jangan cakap wak tak payung.

Pagi jumaat, Bob (bukan nama sebenar) sudah memanggil penulis untuk sama-sama naik kapal. Periksa sana dan periksa sini. Ukur sana dan ukur sini. Ke mudik ke hulu. Penulis ikut sahaja. Dua jam jugalah diatas kapal yang panas berdenting (panas terik). Basah atas dan bawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Feb 11, 2017

BAD SERVICE WITH GDEX | PENGALAMAN MENGGUNAKAN SERVIS GDEX YANG KECEWA

Sorry no cure. Ai tio hoot?

Ingatkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya tunggu barang dari Gdex tidak sampai-sampai. Ini entri maki hamun.

Kronologi peristiwa malang yang menimpa penulis. Malanglah sangat.

1 Feb (Rabu) - penulis buat pesanan pertama, order no. #361 (poskad) dari Gogoprint.


3 Feb (Jumaat) - Gogoprint membuat penghantaran melalui Aramex. Pakej no. #3211.
3 Feb - penulis buat pesanan kedua, order no. #381.

5 Feb - penulis buat pesanan ketiga, order no. #399.

6 Feb (Isnin) - penulis periksa atas talian, nak menjejak pakej no. #3211, tapi mesej "Attempted Delivery - Business is Permanently closed/Unable to Contact Customer." Aiyah. Penulis tulis surat kuchiva kepada Gogoprint.
6 Feb - Gogoprint membuat penghantaran kedua melalui Aramex. Pakej no. #3340.

8 Feb (Rabu) - penulis terima 2 slip arahan untuk mengambil pakej di Gdex Masai. Esok cuti Thaipusam pula.

9 Feb (Khamis) - cuti Thaipusam.

10 Feb (Jumaat) - seminggu selepas penghantaran dari Gogoprint. Encik Laurent, Pengarah Urusan (Managing Director) dari Gogoprint hantar surat kepada penulis bertanya samada berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan mereka. Penulis balas surat kuchiva dengan memberitahu tentang servis syarikat penghantaran Gdex mereka yang hampeh.
10 Feb - tengahari, penulis tiba di pejabat Gdex Masai dengan membawa 2 slip arahan Gdex. Kerani pompuan periksa dalam sistem, kemudian cari pusing keliling dalam pejabat dan stor tapi tidak jumpa pakej no. #3211 dan #3340. Tanya abam K (bukan nama sebenar). Abam K kata biasa sampai rumah pelanggan, mereka bunyikan hon trak sahaja. Aiyah! Bunyi hon sahaja, kenapa tidak bunyikan loceng rumah? Macamana orang dalam rumah tahu bunyi hon untuk rumah siapa? "Wak, saya pon drebar Gdex gak," katanya lagi dengan kesombongan tahap dewa. Lajiao lah. Penulis sudah tinggi suara. Abam K telefon drebar trak, drebar trak kata sudah serahkan pakej penulis pada mat motor. Abam K cuba telefon mat motor. Sementara itu, penulis tanya kerani pompuan, cik M (bukan nama sebenar), kenapa tidak tekan loceng rumah? Rumah penulis bukanlah rumah flat 24 tingkat ya. "Wak, saya tak tau camana dorg buat keje kat luar sana," kata cik M. Aiyah! Boleh cik M jawab macam itu. Tunggu agak lama jugalah penulis didepan kaunter Gdex disitu. Akhirnya abam K beritahu, "mat motor akan serahkan petang ni ye wak." Habis slip ini untuk apa? "Buang ajelah slip tu wak, silap tu dorang," kata abam K lagi. Senang saja mereka menjawab ya. Pokemak lah. Jadi, penulis pulanglah kerumah dengan kuchiva.

Nota kemaskini lalat. Petang Jumaat, 10 Feb, balik dari memotong rumput, penulis telah terima pakej no. 1 dan no. 2 dengan perasaan yang merundum. Cerita pun tiada guna. Tapi yang pasti penulis memey kuchiva dengan servis Gdex. Mungkin nasib malang sahaja yang menimpa penulis kan. Terimakasih kerana membaca.

Bila penulis menggoogle tadi, terkejutlah juga penulis kerana banyak kes kekuchivaan pengguna Gdex ini rupanya. Penulis ulangi - banyak okeh!

1. Gdex courier service, alahai teruknye.
2. Bad Experience with GDex Courier Service..."Delivery Service YOU TRUST"...
3. Kecewa Dengan Servis GDEX!
4. GD Express Nasib Saya Tak Baik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 10, 2017

TIME TO BALIK TONGSAN

Grass is grass, Gunung Pulai, Johor (not Kedah).

Hari cuti umum sempena Thaipusam yang tiada rancangan untuk jalan jauh kemana-mana.

Penulis pun berlarian pulang ke kampung menziarah adik lelaki penulis yang sedang pulih dari sakit angin ahmarnya. Singgah sebentar di Tesco Kulai membeli barang-barang dapur untuk keluarga beliau.

Nota lalat. Kamus dewan: tongsan C; ikan ~ ikan negara China; pulang ~ balik ke negaranya (China). Manakala maksud sengkek ialah orang cina yang baharu tiba dari negara China, sehelai sepinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 9, 2017

THE 5 BIGGEST CHALLENGES THE GLOBAL ECONOMY FACES IN 2017

"Ada yg lagi susah."

Sekarang zaman kegawatan ekonomi. Terutama dalam bidang minyak dan gas. Ada rakan penulis yang sudah lebih setahun tanam anggur. Ada yang empat bulan bekerja tapi tidak mendapat gaji sepatutnya. Bila penulis menyarankan agar beliau mengadu ke jabatan buruh. Beliau berkata dalam bahasa wassap, "Dh, tapi tak dilayan." Biar betik, jawab penulis, mungkin kena tunjuk bulu (kaki) agaknya. "Gaji 2k bawah je boleh report wak," keluh beliau lagi. Untunglah pekerja bawahan gaji rm2k, sudahlah mendapat bantuan BR1M yang lumayan.

Cerita lalat lain. Akhirnya penulis mempunyai kewibawaan dan berjaya menonton wayang Deepwater Horizon yang sudah lama penulis salin dan pendam didalam cakera keras. Cerita bersandarkan kisah benar sebuah pelantar minyak yang menemui nahas kemalangan dan terbakar kerana kesilapan klien yang kedekut. Sesuai ditonton untuk sesiapa yang berminat bekerja dipelantar minyak dengan gaji lumayan seperti offshore engineer dsb.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Feb 8, 2017

NASI AYAM PENYET TOP TEN DAN AIR SUAM PASIR GUDANG

Does eating rice everyday make me fat?

Makan tengahari di tempat yang biasa. Warung Top Ten Taman Pasir Emas, Jalan Pengkalan 5, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Banyak sangat pasir kan? Jangan tabur pasir ke dalam periuk nasi penulis sudahlah ya.

Seperti biasa, penulis memesan nasi ayam penyet dan air suam sahaja. Dibawah atap zink yang panass atas dan bawah. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.