Showing posts with label PEKAN NENAS. Show all posts
Showing posts with label PEKAN NENAS. Show all posts

Feb 17, 2018

CUTI BODO CINO



Jumaat, 16 Februari 2018. Tahun Baru Cina.

Sempat balik kampung, penulis berjumpa abang ipar (suami arwah kakak penulis) pasal urusan penjagaan kebun sekangkang kera dan upah penjualan buah cempedak. Agak lumayan juga. Sambil memetik buah rambutan yang sudah lama masak ranum menjadi hitam. Dan memetik buah limau nipis itu.

Sabtu pula penulis sempat menghadiri jemputan kahwin bekas rakan asrama di Taman Scientex Kulai (bukan Taman Scientex Pasir Gudang ya). Kesesakan lalulintas dari plaza tol Skudai menghala utara yang agak luarbiasa sempena cuti raya cina.

Kamus lalat. Bodo = raya, Cino = Cina

Blog bukanlah hakmilik kekal.










Apr 4, 2017

ALFATIHAH KEKANDA DZAIMI BINTI SALAMAH

Kampung Batu 26, Pekan Nenas, Pontian, Johor, Malaysia.

Assalamualaikum pada semua yang mengenali kami, dukacita dimaklumkan kakak tercinta penulis puan Dzaimi binti Salamah telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi Isnin 3hb April 2017 jam 3ptg. Jenazah almarhumah selamat dikebumikan pada jam 10.33malam tadi.

Untuk baca entri ayahnda, almarhum Haji Masrom, sila ziarah di SINI.
Untuk baca entri bonda, almarhumah Hajjah Salamah, sila ziarah di SINI.

Innalillahi Wainna Ilai Hirojiun.
Al-Fatihah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 10, 2017

TIME TO BALIK TONGSAN

Grass is grass, Gunung Pulai, Johor (not Kedah).

Hari cuti umum sempena Thaipusam yang tiada rancangan untuk jalan jauh kemana-mana.

Penulis pun berlarian pulang ke kampung menziarah adik lelaki penulis yang sedang pulih dari sakit angin ahmarnya. Singgah sebentar di Tesco Kulai membeli barang-barang dapur untuk keluarga beliau.

Nota lalat. Kamus dewan: tongsan C; ikan ~ ikan negara China; pulang ~ balik ke negaranya (China). Manakala maksud sengkek ialah orang cina yang baharu tiba dari negara China, sehelai sepinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 26, 2015

MASJID PEKAN NENAS



SEBENARNYA sudah lama saya hendak membuat kenyataan (baca: post) tentang keadaan masjid pekan nenas yang selalu saya singgah. Bukanlah saya hendak membuat komen negatif tentang tandas atau bilik air. Cuma saya rasa janggal ketika berada didalam masjid kerana keadaan lantainya yang tidak setara, terutama disebelah kanan masjid. Diharapkan bangunan masjid akan tetap utuh sampai bila-bila. Amin.

Nota lalat. Masjid jamek ini adalah masjid baru yang dibina menggantikan masjid lama yang terletak di Jalan Sungai Burong.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...