Nov 7, 2022

THE LAST LAUNDRY

My laundry in a blue trash plastic bag @2022

Senin, 7 November 2022.

Sebenarnya esok sudah hari terakhir menginap di kost ini.
Esok wak akan berpindah ke kost di Blok M.

Kelmarin, kak Milla ada bertanya.
"Kenapa kok kamu harus pindah?"
"Deket dengan kantor ya buk."

Padahal kalau diikutkan sama sahaja jaraknya ke kantor.
Tapi antara sebab musabab utama ialah masalah pencucian pakaian (laundry).
Walaupun nampak remeh tapi kak Milla tidak boleh uruskan dgn baik.

Cerita lalat lain.
Tengahari wak sudah berlarian ke kantin PLN.
Makan nasi ayam penyet di gerai 3.
Tauhu goreng tiada, dan tempe goreng dia adalah mendoan.
Dan ibuk gerai 3 masih ingat tentang duit baki kelmarin.
Ibuk gerai 3 pulangkan 2rb sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PENGALAMAN PERGI PERON SKYCAFE UNTUK MENGEJAR SUNSET

Peron Skycafe at Yello Hotel @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi sudah merayau ke monumen Pancasila Sakti itu.
Ini adalah entri kedua hari ini.

Petang tadi dari kost wak jalan kaki ke halte Kementerian PUPR berdekatan.
Wak naik bis nomor 1N dan turun di halte Dukuh Atas.
Tapi jambatan rentas ke seberang jalan sudah tiada.
Kena ke halte Dukuh Atas yg satu lagi berdekatan terminal BNI City.
Tanya dengan bapak cleaner baju oren.
Bapak suruh tunggu di tepi jalan.
Atau jalan kaki ke halte seterusnya, Tosari.

Nov 6, 2022

MUSEUM PENGKHIANATAN KOMUNIS (PKI)

Museum Pengkhiatan KPI (Komunis) @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi wak sudah rencana mahu ke Monumen Pancasila Sakti.
Terletak di Lubang Buaya, Jakarta Timur.

ADDICTED TO NASI GORENG GILA

I am still trying to understand this ad @2022

 Sabtu, 5 November 2022.

Ini adalah entri kedua wak dalam blog wak yg ini untuk hari ini. Harap fyp.  
Pagi tadi sudah ke makam Mbah Priok di Tanjung Priok.

Petang tadi balik dari jalan2 di Tanjung Priok.
Lepak didalam bilik kost dan terlelap seketika.

Nov 5, 2022

MAKAM KERAMAT MBAH PRIOK

A trishaw parking on the Transjakarta bus stop @2022

 Sabtu, 5 November 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Tanjung Priok menaiki bis Transjakarta sahaja.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke terminal Tanjung Priok.
Tidak seperti dahulu wak naik bis ke Kota Tua.
Hari ini wak tukar bis di halte Harmoni Sentral.

Nov 4, 2022

MASJID CINA BABAH ALUN DESARI CILANDAK BARAT

Asean MRT Station @2022

 Jumaat, 4 November 2022.

Disclaimer. Ini entri minggu lepas ya kawan2. Harakmaklong.

Tengahari wak sudah berlarian ke Cilandak Barat.
Dari kantor wak jalan kaki ke stasiun MRT Asean.
Turun di MRT Fatmawati. 3,5rb (rm1)
Wak pesan Grabbike ke masjid cina Babah Alun Desari. 11,5rb (rm3.50)
Terletak berdekatan Kebun Binatang (Zoo) Ragunan yg wak pernah lawati.

Khutbah yg ringkas dan cepat.

Sementara tunggu Grabbike pulang ke MRT Fatmawati. 11,5rb (rm3.50)
Wak masuk ke kedai Podjok Halal.
Beli roti untuk alas perut.

Petang tadi wak ada rencana.
Mahu berlarian ke Peron cafe untuk menangkap gambiran sunset.
Dan selepas itu mahu perbaiki sistem suara laptop wak yg ini.
Tapi hujan turun dengan lebatnya pula.
Pesan Grabcar terus pulang ke kost. 30rb (rm9)
Dan pesan Nasi Lemak 25 sudah. 46rb (rm13.90)

Lesson learned.
Payung lipat untuk dibeli.

Cerita lalat lain.
Wak sudah pesan 2 pemanas air di bilik mandi 2. rm1200
Kerana pemanas air yg lama sudah tidak berfungsi.

Movie lalat.
Filem pendek "Ke Jogja" 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2022

SAMBALNYA KECIL

Nasi Ayam Penyet Gerai 3 @2022

 Khamis, 3 Oktober 2022.

Tengahari wak berlarian di belakang Jalan Hang Tuah X.
Konon mahu menjamah mee soto Bogor di tepian longkang.
Tapi gerobak mee soto bapak itu sudah lama tidak kelihatan.
Yo wes lah.

Nov 2, 2022

IMPERIAL KITCHEN & DIMSUM & PAPUA DEMO

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see far-sight and near-sight.


 Rabu, 2 Oktober 2022.

Tengahari wak sudah berlarian ke Blok M Plaza.
Makan di restoran Imperial Kitchen & Dim Sum.

Wak pesan kue tiaw dan green tea dalam teko.
Rasanya mestilah mantap.
Tapi rasa pedasnya tak boleh dibawa berbincang.
Dibawah ini wak tunjukkan gambar kue tiaw indonn.
Ini bukan kuetiaw tepi longkang Jalan Hang Jebat kelmarin ya kawan2.
Kihkih2

Sebelum itu, ada demo di depan mahkamah agung.
Kumpulan rakyat dari Papua.

Link: Mahasiswa Papua Gelar Demo di Kejaksaan Agung Minta Segera Tetapkan Tersangka Korupsi Pengadaan Pesawat di Mimika

Kelmarin ada juga demo di tempat sama.
Kes penangkapan Alvin Lim angkara korupsi.

Cerita lain.
Wak sudah pesan mesin basuh Toshiba 10kg atas talian. rm1183
Kerana mesin basuh yg lama sudah tidak berfungsi lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MAYBANK ATM MACHINE

 Selasa, 1 November 2022.

Pagi2 tadi dari kost wak jalan kaki ke Maybank berdekatan.
Sejauh 1.2km.
Arah bertentangan ke kantor.

Wak pilih mesin ATM Maybank sebab wak perasan tidak dikenakan caj rm12 disetiap pengeluaran uang tunai.

Tapi bila wak periksa untuk pengeluaran 3juta tadi.
Pertukaran uang ringgit ialah RM957.
Tiada surcaj RM12 seperti pengeluaran mesin ATM lain.
Tapi kalau periksa ikut apps, kadar semasa ialah RM905.
Ada perbedaan ketara sebanyak RM52.
Sekadar nota disini.

Dan dari Maybank tadi wak terus berjalan kaki ke kantor.
Sejauh 1.9km.
Habis berpeluh atas dan bawah.

Malam balik dari kantor. Wak pesan teksi Bluebird guna apps. Teksi berada tidak jauh dari lobi kantor. Tapi mula2 wak ragu2 sebab nombor yg beda dari apps. Rupanya nombor kode teksi itu lain dan ada tertampal di dinding tingkap dashboard. Yg penting teksi pakai meter, dan tidak perlu bergaduh bergolok tawar menawan pasal harga tambang. Dan bila sampai di kost, meter tunjuk harga 17rb. Sebagai pengguna prihatin wak bayar lah dgn uang secukupnya. Tapi boleh pak supir teksi itu komplen kata minima tambang harus 20rb pak. Manala wak tahu kann. Sepatutnya dalam apps Bluebird itu sendiri harus dinyatakan had minima tambang seperti dalam apps Grab kan senang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 31, 2022

JAKARTA - PONOROGO - SOLO - JOGJA - JAKARTA IN ONE WEEKEND

Kecamatan Butuh @2022

 Minggu (Ahad), 30 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

===============================

THE SUMMARY

Pengembaraan solo terjah2 wak ke Ponorogo, Solo dan Jogja berjalan lancar. Walaupun ada banyak kejadian dan cabaran yg tidak terduga berlaku juga. Dan ringkasnya perjalanan yg singkat, yakni 3 hari 4 malam yg memberi kesan juga kepada diri wak.

Malam hari pertama, petang Khamis dari terminal Grogol naik bis selama 13 jam langsung menuju Ponorogo. Tiada transit dimana2. Kecuali berhenti makan dan solat ditengah malam.

Hari pertama, hari Jumaat pagi dari terminal bis ke makam Bathoro Kotong. Kemudian ke tasik Telaga Ngebel. Tengahari sudah naik bis ke Madiun dari Ponorogo. Dari terminal Madiun naik bis ke Solo.

Petang Jumaat tiba di Solo (Surakarta) dan terus checkin di hotel Istana Griya 2 berdekatan McD Jalan Slamet Riyadi. Malam jalan2 di Jambatan Keris dan benteng belanda Vanderburg.

Hari kedua, hari Sabtu subuh sepi-e naik motor ke Candi Sukuh yg terletak di Gunung Lawu. Naik motor selama sejam perjalanan dengan jalan yg tidak rata, berlopak dan tidak mulus. Kematu telur sehh. Dan sempat ke pekan Kemuning, Tenggir Park dan Telaga Madirda. 

Dari candi Sukuh tidak kesempatan ke candi Cetho yg dikatakan lebih banyak patung2 erotis dan lucah. Terus pulang ke hotel untuk checkout. Terus ke terminal bis Tirtonadi untuk perjalanan seterusnya ke Jogja (Yogyakarta).

Turun di terminal bis Giwangan. Berkejaran ke stasiun keretapi Tugu Jogja. Dari stasiun terus ke pantai Parangendog untuk menyaksikan sunset lah sangat. Untuk masuk ke pantai Parangtritis dan Parangendog ini dipatok 3 kali bayaran masuk. 

Dari tebing yg tinggi turun dan terus ke hotel Borobudur di Magelang. Perjalanan menaiki kereta Grab lebih 2 jam. Checkin dan tidur dengan nyenyak sehingga jam 3am.

Hari ketiga, hari Ahad pagi subuh sepi-e ke bukit Punthuk Setumbu dengan bayaran mobil dari hotel yg agak mahal. Turun dari bukit terus ke candi Borobudur. Ada kisah karma yg tragis disini. Wak tengah dalam dilemma samada mahu cerita ataupun tidak mahu cerita. Huhu.

Checkout dari hotel Borobudur terus ke terminal Giwangan. Tunggu bis dari Pojongan selama 2 jam.

Dari terminal Giwangan naik bis Sinar Jaya selama 14 jam ke Jakarta. Turun di PO Sinar Jaya Kampung Rambutan dengan selamat pada jam 4.15am. 

Tammat disini kisah perjalanan solo traveller Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta 2022.

Perbelanjaan secara backpacking (utk rujukan masadepan).
Tiket bis (Jakarta - Ponorogo) = 290rb
Tiket bis (Ponorogo - Madiun - Solo - Jogja) = 15rb + 60rb + 30rb = 105rb
Wisata 1 (Makam Bathoro Kotong) = 100rb
Grabbike (Ponorogo - Telaga Ngebel) = 150rb
Meal (Pizza hut Ponorogo) = 47rb

Istana Griya 2 Hotel = 180rb
Grabbike (Solo) = 25rb
Supir bike (Candi Sukuh) = 150rb
Tiket bis (Jogja - Jakarta) = 225rb
Ardian Borobudur homestay = 219rb
Grabcar (Giwangan - Tugu) = 55rb
Grabcar (Tugu stasiun - Parangendog) = 86rb + 30rb = 116rb

Wisata 2 (Punthuk Setumbu) = 150rb + 20rb = 170rb
Wisata 3 (Candi Borobudur) = 385rb

Grabcar (Ardian - Giwangan) = 131rb
Grabcar (Kg Rambutan - kost) = 77rb

Subtotal.
Tiket & Wisata = 290+105+100+225+170+385 = 1,275rb
Grab & supir = 150+25+150+55+116+131+77 = 704rb
Homestay = 180+219 = 399rb
Jajan, meals etc = 100rb
Total (kasar) = 2,5juta (rm758)

Blog bukanlah hakmilik kekal.


BENTO BEEF ORIGINAL

Putri Alvin Lim Minta Jokowi Turun Tangan Bereskan Kasus Sang Ayah @2022

 Isnin, 31 Oktober 2022.

Pagi tadi kan baru tiba dari Jogja di stasiun bis Kampung Rambutan.
Tiba di kost sempat lagi solat subuh.
Sambung tidur.

Selepas itu wak pergi ke kantor seperti biasa - berjalan kaki sahaja.

Tengahari mgr EIN ajak pergi makan di Blok M Plaza.
Walaupun kepala masih jetlag naik bis 14 jam dari Jogja.

Ada demonstrasi di depan mahkamah negeri. Siapakah Alvin Lim? Tersangka yang Dijemput Paksa Kejagung: Kasus Apa dan Berapa Tahun Hukuman Penjara?

Selepas itu wak cuba mencari mesin ATM Maybank di sekitar Blok M.
Tapi yg berdekatan pun sudah lama ditutup, kata makguard di bank bersebelahan.

Balik ke kantor wak sambung tidur sebentar 10 minit untuk recaj.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bento Beef Special @2022

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.