Mar 14, 2017

WAKTU LAWATAN HSA HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR YANG PATUT KAU TAHU



Pagi Isnin yang biasa-biasa, penulis rakamkan sekeping gambiran (diatas) sebuah tangki besar yang dibawa dari bengkel ke limbungan kapal. Besar giler.

LIFE IS FRAGILE.

Pagi tadi juga, penulis diberitahu melalui wassap bahawa kakak penulis telah dimasukkan ke hospital Sultanah Aminah JB kerana terkena angin ahmar (baca, stroke). Maka tengahari, penulis pun berlarian ke hospital. Bila tiba jam 12.15pm, penulis bertanya kepada abang polis kemudian diarahkan bertanya ke kaunter sambut pesakit untuk mencari katil dan wad dimana kakak penulis berada. Dipendekkan cerita, penulis pun tiba dan kelihatan anak saudara ada disitu. Kakak penulis terkena angin ahmar dua hari lepas dan menyebabkan sebelah badannya lumpuh. Jika keadaan beransur pulih, doktor akan memindahkan kakak ke hospital Pontian pula petang ini.

Updated. 3/4/17 Isnin, Alfatihah Dzaimi binti Salamah.

Waktu lawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA JB) ialah seperti berikut:
Ahad -Khamis: 12.30pm - 2.00pm, 4.30pm - 7.30pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 12.30pm - 7.30pm
Perhatian & mohon maklum: Kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

SOARING REAL ESTATE PRICES EXPECTED TO CONTINUE.

Selepas itu, penulis berlarian kembali ke Tanjung Puteri Resort untuk meninjau di pejabat jualan samada masih ada kekosongan rumah. Sebelum pulang ke padang memotong rumput, penulis singgah di restoran Top Ten Kampung Pasir Putih untuk menjamah nasi ayam penyet yang garing itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Mar 13, 2017

10 PERKARA ANDA WAJIB TAHU SEKIRANYA INGIN KAHWIN DENGAN ORANG TERENGGANU



Penulis kopipes dari internet:

Gadis Terengganu (adalah) yang terbaik jika nak dijadikan isteri! Mereka boleh menjadi isteri yang terbaik dengan sifat tradisionalnya. Mereka pandai memasak dan juga suri rumah yang baik. Mereka adalah contoh isteri Melayu. Gadis Terengganu sangat bekerja keras, berdikari dan bijak mencari wang sendiri. Menyayangi anak-anak dan bagus dalam hal memuaskan suami. Jika anda mempunyai isteri dari pantai timur ini anda seorang yang bertuah dan bernasib baik. Mereka juga bersifat sederhana.

Manakala ini kenyataan blogger lain yang ganas yang penulis kopipes dari internet juga:
Manis2, comel2, kiut2 tapi, queen qontrol, kuat menyuruh, kedekut, baik hati, sayang orang sampai mati, suka beramal jariah, suka simpan harta banyak2, tak boleh dimadukan, gatal, garang sangat2.

Kawan, so sorry I said something stupid yesterday. Maaf untuk kawang-kawang penulis yang terasa. Penulis hanyalah manusia biasa. Kadang2 dalam solat pun penulis terlupa berapa rakaat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2017

PENGALAMAN PERGI MELAWAT ZOO JOHOR DI TAHUN 2017

After cutting my hair at Tesco Seri Alam.

Pagi Ahad yang hening, penulis telah berlarian ke Zoo Johor itu. Tiket masuk ialah RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak). Gerimis juga tidak menghalang penulis berjalan perlahan-lahan didalam zoo yang daif itu. Melihat keadaan singa yang berkurap juga agak kasihan. Kata orang dulu-dulu, hidup segan mati tak mahu.

Updated. Cerita lalat 1. Kartu pos dari Tanjung Balai Pulau Karimun Indon yang penulis telah poskan 2 minggu lepas baru sahaja penulis terima siang tadi. Untuk baca entri terdahulu tentang Kebosanan Mencipta Kelainan: Tanjung Balai Karimun, sila debik di SINI.



Updated. Cerita lalat 2. Balik dari Zoo Johor, penulis singgah di Tesco untuk memotong rambut anak lanang bocah cilik (diatas) dan memperbaiki bingkai cermin matanya yang patah.

Updated. Cerita lalat 3. Petang pula, penulis berlarian ke Taman Tanjung Puteri Resort meninjau-ninjau kawasan perumahan disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
























Hover your mouse. Camel, Zoo Johor.













TANJUNG LANGSAT SUNRISE REVISITED


Pagi-pagi Sabtu yang hening, selepas penulis menghantar kaum kerabat ke sekolah cina untuk acara merentas desa anak lanang bocah cilik, penulis terus berlarian ke Tanjung Langsat. Tangkap gambiran satu dua petik sahaja, penulis pun berlarian ke padang tempat penulis memotong rumput ini sebelum jam delapan.







Updated. Citer lain lalat. Cepat kehadapan (baca, fast forward)...

Tengahari, dari padang memotong rumput, penulis berlarian ke dewan Taman Mawar atas jemputan kahwin anak wedok rakan penulis.

Aisha and her new husband, Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Petang, penulis telah berlarian menjenguk rumah murah flat berhampiran IOI Mall Kulai. Isteri ustaz, penyewa itu, sudah memanggil (baca, call) dan mengadu kepada penulis bahawa paip air pecah yang melibatkan rumah dibawah. Selepas itu, penulis berlarian singgah ke lapangan terbang Senai bertujuan untuk periksa masuk (baca, check in) guna kiosk tiket isteri penulis (yang itu) dan anak lanang bocah cilik yang akan pulang ke rumah panjang minggu hadapan. Kemudian makan malam di restoran Marrybrown di situ. Usai solat disurau, penulis terus ke Daiman Bowl Johor Jaya melayan anak lanang bocah cilik bermain bowling sahaja. Gambiran dibawah kesemuanya diambil dengan phone cap aiYam. ;)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Under the kolong, Block 6, Jalan Cendana, Kulai.

Senai Airport, Johor.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Mar 11, 2017

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: SENIBONG SUNSET

Senibong sunset photography.

Petang tadi selepas memotong rumput untuk membeli beras dan sebongkah berlian, penulis sudah pun berlarian ke Kampung Senibong yang fofuler dengan makanan laut (baca, seafood). Tetapi penulis singgah sahaja di restoran Nasi Lemak Berlauk.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Watermelon lychee drink.

Nasi lemak ayam masak rendang.

Mar 10, 2017

KENAPA LALAT TAK PERNAH JATUH SAKIT



Semalam, bila penulis sudah tiba dirumah, hendak berehat, hendak beradu, sudah memakai kain pelikat tidur, tiba-tiba anak lanang bocah cilik merayu-rayu, bergulingan dan berlinangan air mata hendak ke kedai buku di tengah malam yang gelap gulita. Bila ditanya, "nak beli buku tuisyen cina lah bah!" Aiyah. Macam percaya, macam tak nak percaya juga.

Siapalah tidak sayang anak, tapi ada makcik kan? Kannns. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Updated. Cerita lain lalat. Penulis ada ternampak buku majalah sekolah anak wedok diatas meja belajarnya. Terujalah penulis untuk membelek-belek. Nostalgia kembali ke zaman penulis masa bersekolah dulu-dulu. Tapi tiba-tiba juga, mata penulis tertancap pada nama penuh penulis sebagai salah seorang ahli jawatankuasa PIBG. Biar betik, getus hati penulis. Masa bila penulis jadi ajk terhormat begini? Tapi, mungkin juga, fikiran penulis yang baik-baik berpendapat bahawa mungkin juga ada orang lain yang sama nama dengan penulis. Sebab dulu pun penulis pernah terjumpa nama yang sama, tapi abang haji yang kerja di Tabung Haji itu sudah pun bersara. Lol.

Mar 9, 2017

KENAPA DISEBUT PORT & STARBOARD SIDE BUKAN LEFT & RIGHT SIDE

Cleaning the Consort Justice.

Semalam petang penulis telah menaiki kapal.

Masa mula-mula penulis bertugas memotong rumput diatas kapal, penulis agak kebingungan dengan istilah perkataan "starboard side dan port side", bukan "left side dan right side". Berikut adalah maksud sebenar istilah kamus pelayaran mudik kehulu.

Port dan starboard adalah istilah diatas kapal untuk menyebut sisi kiri dan kanan diatas kapal ketika kita menghadap kearah haluan atau membelakangi buritan (PORT=KIRI, STARBOARD=KANAN). Pada mulanya pelaut menggunakan istilah ini untuk menghindari kebingungan antara kiri dan kanan.

STARBOARD; Sejarah munculnya istilah port dan starboard ini sangat menarik, yaitu pada awal-awal pelaut menggunakan perahu sebelum adanya kapal-kapal yang memiliki kemudi pada centerline, perahu dikendalikan dengan kemudi dari dayung. Kerana kebanyakan pelaut menggunakan tangan kanan sebagaimana manusia hingga saat ini hanya sebahagian kecil yang menggunakan tangan kiri (kidal) maka kemudi dayung ditempatkan disisi kanan buritan. Lalu pelaut mulai menyebut sisi sebelah kanan menjadi “StΓ©orBord” atau Steer Side (sisi kemudi) dengan menggabungkan dua kata Inggeris kuno (Old English): stΓ©or: steer (kemudi) dan bord: board (sisi perahu). Dengan berjalannya waktu dan kerana pengaruh bahasa Inggeris moden penyebutan “StΓ©orBord” kemudian berubah menjadi “Starboard”

PORT; Seiring makin besarnya ukuran perahu demikian juga dayung kemudinya semakin besar, tentunya akan lebih mudah untuk sandar dari sisi kiri perahu dibandingkan sisi kanan (starboard) yang terpasang dayung kemudi dan juga untuk mencegah kerusakan terhadap dayung kemudi jika berlanggaran dengan sisi dermaga. Maka sisi kiri perahu dinamakan “lardboard” yang berasal dari dialek Inggeris daerah tengah yang berarti loadboard (the loading side) atau sisi muat. Tapi timbul persoalan ketika diteriak dibawah buaian angin kata “larboard” akan terdengar samar-samar dengan “starboard” sehingga digantikan dengan kata “port” (dermaga). - Untuk rujukan asal sila jeling di buritan Kamus pelayaran dan Wikipedia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 8, 2017

10 TAHUN BERSAMA CIKPUTIH



Sudah 10 tahun penulis menggunakan cikputih yang ini. 10 tahun yang penuh cabaran. Ada senang ada shushah. Kabi kushi Kabi gam. Kadang-kadang gumbira, kadang-kadang sedih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 7, 2017

ANAKNDAKU, CINTA SAHAJA TIDAK CUKUP MENJAMIN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Midas studio apartments for sale.

Isteri penulis (yang itu) telah lama menunggu projek kondominium Amber Heights dibelakang rumah untuk dimulakan. Tapak projek, rumah contoh dan gerbang pengawal keselamatan pun sudah lama siap. Tetapi setelah sekian lama, projek kondo Amber itu masih belum nampak pelancaran jualannya.

Petang tadi, semasa di Tesco, penulis dan isteri tertancaplah iklan projek Pangsapuri Midas, bersebelahan Aman Sari. Agak jauh dari rumah tapi masih dalam kawasan perumahan yang sama. Jadi, tanpa berfikir panjang, isteri penulis telah pun menempah satu unit studio sahaja dengan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus. Diletakkan anak wedok sebagai nama kedua.

Bila sampai dirumah, penulis pun beritahu anak wedok, kalau nanti sudah berkahwin beruntunglah bakal suaminya kerana sudah ada rumah dan kereta. "Mana boleh," bentak isteri penulis, "nanti kalo kakak kawen soh laki kakak belikan rumah dulu, senang kalo kena halau leh dok umah sendiri!" Sentaplah sikit perasaan penulis, tapi apakan daya, penulis kena berpijak dibumi yang nyata. OTL

Kamus lalat. Anak wedok = anak dara, anak perempuan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Midas at Tesco Seri Alam, Masai.

Mar 6, 2017

WHERE CAN I TOP-UP THE AUTOPASS CARD FOR MALAYSIAN CAR

Sunrise on the causeway. It was very clear traffic. I like it.

Ahad pagi yang hening, penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hari ini penulis terpaksa mencari tempat untuk menambah nilai kad Autopass kereta cikputih penulis (yang ini). Pengalaman yang mencabar juga sebab ini pertama kali penulis mencari di Woodlands. Sebelum ini penulis biasa akan tambah nilai di tengah bandaraya Singapura.

Sebelum masuk, kereta cikputih penulis ditahan untuk pemeriksaan agak rapi. Pegawai kastam cina itu bertanya, "is this your car? Where are you going sir?" Penulis beritahu akan ke Woodlands sahaja. "and for?" katanya lagi. Penulis cakap penulis hendak membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.. "You are trying to be funny eh? Dont play play ahh wak! Gimme your passport. Please open up your boot and front bonnet too!" perintahnya lagi. Penulis akur sahaja dan bercukur kerana pegawai tersebut melepaskan penulis dan tidak menahan terlalu lama disitu.



Akhirnya setelah pusing keliling bandar lama Woodlands mencari tempat tambah nilai Autopass tapi tidak berjumpa, penulis pun singgah di stesen minyak Esso berdekatan stesen MRT Kranji. Upah caj untuk tambah nilai ialah 50sen duit Singapura ya.

Bila pulang ke gagang pula, keadaan sesak agak teruk di CIQ Bukit Cagar. Hampir sejam penulis dan cikputih bercinta disitu. Bila penulis pinta untuk mendapatkan cop paspot sebagai kenang2an, pegawai matcha itu memberitahu, "poyo je la wak nih, wak nak buat ape? mana ada orang chop paspot mesia sekarang wak?" Aiyah. Habis, paspot Singapore itu tidak perlu dicop lah kan?

Lepas dan lega dari kesesakan di tambak, penulis terus ke Plaza Larkin mencari roti kacang pool yang fofuler itu. Tapi makcik kacang pool tiadalah menyediakan wang kecil sehinggit. Jadi sampai entri ini diterbitkan, penulis masih berhutang sehinggit dengan makcik kacang pool itu. Semoga penulis tidak lupa untuk membayarnya kemudian. Kata ahkak Jan (yang baru kena cerai) dulu pernah mencebikkan bibir, "kalo tak bayar hutang, nanti mati roh kita tergantung antara bumi dengan langit je!" Poyoh je kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The current exchange rate is 3.09 but to buy the Singapore Dollar is 3.12!. Lorong 2, Jalan Lingkaran Dalam, JB.

After topup, now I dont have to worry about the next entrance by car again.

Near to CIQ Woodlands.

Kacang Pool Plaza Larkin. I still owe the owner of rm1.

Cepat ke hadapan...

Jam 4.04 petang, penulis sekali lagi ke bandaraya. Kali ini bersama-sama anak lanang bocah cilik yang baharu pulang dari sekolah agamanya. Mula-mula kami ke Danga City Mall yang hidup segan mati tidak mahu itu. Tujuan untuk memperbaiki portable hardisk isteri penulis (yang itu) yang baru dibeli 3 bulan lepas dan masih dalam waranti. "Kami kena hantar ke Toshiba, dua bulan wak kene tungu mah," kata abam cina jurujual tingkat 2 disitu.

Jam 5.05 petang, dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah semula di Plaza Larkin. Penulis bayar baki hutang sehinggit tadi pagi di gerai Kacang Pool. Makcik Kacang Pool pun sudah lupa. Kemudian penulis melayan anak lanang bocah cilik itu makan ayam potong (baca, chicken chop). Sepinggan tak cukup, katanya. Penulis pesan lagi sepinggan ayam potong yang sama. "Abah, boleh tak anaknda tapaw chicken chop lagi?" Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan makcik kannns? OTL

S17, Western & Sizzling, Plaza Larkin.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.