Feb 21, 2015

TANJUNG PIAI: UNDER RENOVATION AGAIN AND AGAIN



KELMARIN selepas singgah di rumah adinda saya di kampung, saya terus ke Tanjung Piai. Taman Negara yang sedang dibaikpulih. Kali terakhir saya datang kesini pun keadaan yang sama juga.

















Nota lalat. How to ask a stranger (who use an iPhone camera) to take your photo. Below photos tell a story. 1. Left, I asked the old English man to take our photo after I took his photo with his wife using his iPhone. This is 'something' what I want, I said. 2. After several minutes, he looks confused and I told him to push the button and when he did but the photo is off balance and not getting the whole picture. 3. Later, after coming back from the tour, I asked my little daughter to snap it and she did it perfectly, although I lost the other half of the family. OTL

Feb 20, 2015

BATU LAYAR



HARIRAYA Cina kelmarin saya mula-mula bercadang hendak ke Port Dickson, tapi bila masuk lebuhraya Plus di Tol Kempas dan Skudai pun sudah sesak (baca: bumper to bumper) dengan kenderaan. Jadi saya keluar terus ke Kulaijaya dan terus ke Desaru dan beriadah di pantai Batu Layar pun ramai juga orangramai.

Selepas beriadah, hendak membilas diri pun semua tandas dan bilik mandi pun tiada air. Tetapi, saya tidak menyangka juga di Masjid Bandar Penawar memang ada bilik air untuk bermandi. Alhamdulillah.













Feb 19, 2015

BACKSEAT VIEW



SELALUNYA bila saya menaiki bas, saya suka duduk di bahagian hadapan. Selalunya kerusi bujang (baca: single seat) adalah pilihan utama saya. Tetapi kadang-kadang tidak semua keinginan kita dapat pada bila-bila masa. Bila musim puncak, duduk di kerusi barisan paling terbelakang juga pun harus kita bersyukur. Walaupun lambat sedikit sampai ke destinasi.

Feb 18, 2015

NUMBER TWO IS NOT ENOUGH



KELMARIN juga hadiah peraduan Mamee Monster telah tiba. Saki-baki hadiah kemenangan peraduan dari tahun lepas. Hadiah kedua berupa telefon jenama tidak popular yang biasa-biasa saja.

Feb 16, 2015

WEDDING PHOTOGRAPHY: THE DEBUT



HARI minggu yang lepas saya sudah memberanikan diri sendiri untuk cuba menangkap gambiran pengantin buat pertama kalinya. Dari masjid Bandar Baru Uda (akad nikah), ke Taman Desa Rahmat (bersanding 1), ke Taman Universiti (bersanding 2) dan disebelah petang pula terus ke Puteri Harbor (outdoor 1 & 2) memeylah mencabar juga. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli (bahasa orang kampung saya: precious). Terimakasih saya ucapkan kepada rakan fotografi di Picturesque Photo Studio (Kota Masai). Korang memang terbaik dan semoga rezeki korang terus bertambah.

Feb 15, 2015

TANPA WAS WAS



SUDAH lama saya tidak bersarapan di kantin bangunan Tabung Haji itu. Hiasan kafe yang serba baru. Harga yang sentiasa mahal. Lontongnya pun tidak kurang hebat juga. Mestilah semuanya digantung ditanggung halal bukan? Masih was-was?

Nota lalat. Ini kafeteria Tabung Haji di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, bukan di Johor Bahru. Harap maklum.


Feb 14, 2015

UNI QLO




DIDEPAN gedung fesyen Uni Qlo di Suria KLCC ada kedai menjual pelbagai jenis gula-gula (baca: candy), cokelat dan lolipop.

Feb 13, 2015

MINYAK TURUN HARGA, TIADA RUSUHAN



TENGAHARI kelmarin ketika saya sedang memberhentikan motor kapcai saya dipersimpangan trafik itu, tiba-tiba saya ditegur oleh abang matcha EX5.

Abg Matcha: Itu anwar punya kes takde rayuan kah?
Mula-mula saya sangsi juga, tetapi tengok dia buka cermin muka topi helmet dan rupa seperti hero tamil itu, maka saya pun melayan saja.
Wak: Dah buat rayuan lah nih.
Abg Matcha: Sudah buat rayuan kah?
Wak: Sudah lah, tak berjaya. Kena penjara lah sekarang.
Abg Matcha: OOOO gitu kah?

Dan bila lampu trafik hijau, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Nota lalat. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah untuk Hasbullah Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Feb 12, 2015

PERIGI MENCARI TIMBA



WALAUPUN sekarang ini saya kurang aktif dalam bidang fotografi sebagai hobi, tetapi sudah lama saya teringin hendak membeli lens baharu kamera dslr saya itu. Mula-mula saya mengidam hendak membeli 50mm f1.4 (RM1500 - Canon, RM2900 - Sigma). Kemudian kedai kamera di Ampang Park menawarkan lens 50mm f1.8 (RM280 - Canon). Tetapi tiba-tiba ada kawan saya teringat ada kawan beliau yang mempunyai dua lens 50mm f1.8 yang sama dan sanggup menjualnya dengan harga rakan-rakan kasih sayang sebanyak RM150 sahaja. Nampaknya lens 50mm f1.4 itu terpaksa menunggu didalam senarai timba (baca: bucket list). Sila abaikan tajuk.

Feb 11, 2015

DAPAT BAJU CAP AYAM



AKHIRNYA projek kecil-kecilan telahpun selesai dipersembahkan. Baju cap ayam kasawari pun selamat diterima.

Cerita lain lalat. Suasana tegang ketika memegang telefon pintar (baca: smartphone) ditelinga kanan selama 41 minit untuk kerjaya masadepan memang juga melenguhkan otot-otot dilengan.

Nota lalat. Sebenarnya baju itu bukan jenama cap ayam, tapi baju sempena projek kecil-kecilan yang bernama 'Kasawari'. Kasawari adalah sejenis ayam juga. Betul ataupun tidak kawan-kawan? *Ketawa.

URUSAN SELESAI DI PINTAS RAYA LANGSUNG KE PEKAN LABIS

  Rabu, 27 November 2024. Pagi2 sudah berlarian ke Pintas Raya, Batu Pahat. Kemudian berlarian ke medan selera Benteng yg sudah di naik tara...