Showing posts with label NEGERI JOHOR. Show all posts
Showing posts with label NEGERI JOHOR. Show all posts

Oct 29, 2017

BUAI LAJU-LAJU SAMPAI TANJUNG BUAI



Kelmarin penulis telah berlarian ke Tanjung Buai. Kali terakhir penulis sampai disini pada tahun 2011: Tanjung Buai, Buai Laju Laju.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2017

MEE KOLOK MACHAP



Semalam petang penulis telah berlarian ke Simpang Ampat untuk mengambil pulang anak lanang dari hostelnya. Esok Jumaat kan cuti cuti sempena harijadi Sultan Melaka Yang Dipertua Negeri Melaka. Eh, Melaka mana ada raja kan?

Dalam perjalanan pergi, singgah di RnR Machap arah utara. Penulis pesan mee kolok padahal baru semalam penulis menjamah mee maggie di rumah. Kesian kan, hari-hari makan mee maggie. Usai makan, baru perasan ada seekor lalat tergolek dalam mangkuk hayun itu.
Yo wes. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 27, 2017

KENAPA RAMAI TIDAK TAHU WUJUDNYA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPTA (JOHOR SAHAJA) ?



Assalamualaikum kawan-kawan penulis semua-semua lah.

Minggu lepas, anak lanang penulis yang baru mendaftar di universiti Alor Gajah itu telah meminta pengesahan status pekerjaan penulis dan isteri penulis (yang itu) untuk permohonan pinjaman MARA pengajiannya. "Tak boleh pesuruhjaya sumpah bah, misti ketua kampung, atau penghulu saja," katanya.

Dipendekkan cerita, petang itu juga penulis sudah berjumpa dengan ketua kampung tempat penulis bermastautin sekarang. Ketua kampung koboi stail. "Awak dah daftar Majlis Agama Islam? Anak masuk U leh dpt sehibu hinggit! Belum? Tu lah org kita, semuanya kena bagitau, mcm2 menteri besar dah buat projek.." membebel saja ketua kampung itu sambil menghisap rokok yang terjebit diantara dua jari. "Kalo org chayanunalif bole mohon nih mesti dorg dh berduyun2 tungu dpn opis Majlis Agama nak mintak bantuan," ketua kampung mengomel lagi dan lagi sambil menguis-nguis abu pontong rokok bertaburan atas borang-borang atas meja yang penulis bawa. Penulis layan saja.

Semalam penulis sudah selidik laman web Majlis Agama Islam Johor, kesemua borang sudah dimuat-turun. Kesemua salinan dokumen2 penting telah difotostet dan akan disahkan oleh ketua kampung yang sama pagi ini.

Pagi tadi, usai mendapatkan pengesahan ketua kampung itu dirumahnya, penulis pun berlarian pula ke pejabat Majlis Agama Islam di Kompleks Pusat Bandar. Urusan penyerahan permohonan bantuan pendaftaran anak lanang masuk U selesai tak sampai 5 minit. Semoga urusan dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Skim bantuan pendaftaran ke IPTA oleh YPJ (Yayasan Pelajaran Johor, gambar diatas) telah ditutup, sebab itu penulis cuba mohon melalui Majlis Agama Islam pula.

Nota carian lalat. Untuk negeri-negeri lain, sila terkam pautan di bawah. Amaran: penulis tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan kewujudan pautan tersebut. Sebaik-baiknya, pemohon menghubungi pihak yayasan atau majlis agama dinegeri masing-masing. Wallahualam.

Negeri Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Perak
Negeri Pulau Pinang
Negeri Kedah
Negeri Perlis
Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
Negeri Sabah
Negeri Sarawak
Risda
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Info Bantuan Kewangan Lengkap bagi setiap negeri-negeri di Malaysia - LINK.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 17, 2017

PENGALAMAN HANTAR MOTOR DARI MASAI KE MELAKA GUNA KTM, POS LAJU, SKYNET, NATIONWIDE, LORI, HILUX ATAU TUNGGANG SENDIRI?

1. 6.37am, 0km, 0min, starting up the motorcycle engine.
Untuk baca entri lama PENGALAMAN HANTAR ANAK LATIHAN PRAKTIKAL DI UNIKL MICET ALOR GAJAH 2017, sila mentelaah di SINI.
Untuk baca entri lama DIMANA ANDA MENCARI POSKAD DI ALOR SETAR, sila jejak di SINI.
Untuk baca entri lama Pendaftaran Anak di Kolej Mara Kuala Nerang 2016, sila seludup di SINI.

Sejak kelmarin penulis telah mencari informasi bagaimana hendak menghantar motorsikal anak lanang dari rumah ke Melaka.

1. Guna khidmat KTM (baca, Keretapi Tanah Melayu) dan Pos laju. Tetapi tiada stesen keretapi di Melaka - sian kann. Kalau poslaju terpaksa pula tinggalkan sikit minyak.

2. Guna perkhidmatan penghantaran kurier, seperti Skynet atau Nationwide.  Sudah telefon pejabat Nationwide cabang JB tapi tiada yang angkat. Malas nak telefon Skynet.

3. Ada lori dan hilux. Bila telefon, kata kos penghantaran antara rm250 - rm275, iaitu rm1 untuk satu km.

4. Sudah cuba masukkan motor ke dalam cikPuan Jnulekasnova melalui bontot belakang, tapi tak muat sebab cermin sisi motor dipemegang sebelah kanan tidak dapat ditanggalkan kerana ketat dan berkarat.

Updated. 12/2/2024. Baru tahu kena tanggalkan tayar depan. Link FB

5. Tunggang dan pandu sendiri, minyak tak sampai rm20. Cuma risiko dari segi keselamatan dan hujan yang boleh menyebabkan basah tembakau.

Nota rumusan lalat. Tunggang dan pandu sendiri motor dari Masai ke Alor Gajah sejauh 250km, selama 4 jam setengah, melalui Lebuhraya Pasir Gudang, dan Lebuhraya plus sehingga plaza tol Simpang Ampat. Kos minyak ron95 ialah RM3 (Masai) + RM5 (Machap) + RM4 (Pagoh) + RM2 (Ayer Keroh) = RM14 sahaja iaitu dibawah paras bajet penulis sebanyak rm20. Alhamdulillah, yang penting selamat.

Nota amaran lalat. Entri ini ada 40 (baca, empat puluh) gambiran. Sila bertabahlah ya. OTL

Nota lalat Machap. Tiada seekor lalat pun yang tercedera dan terbunuh semasa pembikinan entri penulis yang ini ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

2. 6.38am, 0km, 0min, starting up the motorcycle engine.



3. 6.38am, 0km, 0min, starting up the motorcycle engine.

4. 6.42am, 1km, 5min, filling up ron95 at Petron Masai for rm3.07.

5. 6.42am, 1km, 5min, filling up ron95 at Petron Masai.

6. 6.43am, 1km, 5min, the storm and heavy wind is coming from Singapore direction at Petron Masai.

7. 7.19am, 41km, 41min, Gunung Pulai view.

8. 7.19am, 41km, 41min, Gunung Pulai view.

9. 7.19am, 41km, 41min, Gunung Pulai view.

10. 8.01am, 94km, 1hr 23min, near Machap RnR heading north.

10. 8.01am, 94km, 1hr 23min, near Machap RnR heading north.

11. 8.05am, 95km, 1hr 27min, Machap RnR heading north. Pee and breakfast.

12-14. 8.20am, 95km, 1hr 27min, Machap RnR heading north. Pee and breakfast. Disclaimer: No flies were harmed in the writing of this post. OTL

15. 8.38am, 96km, 2hr, Machap RnR heading north. Petronas gas station to fill up ron95 for rm5.

16. 8.38am, 96km, 2hr, Machap RnR heading north. Petronas gas station to fill up ron95 for rm5.

17. 8.38am, 96km, 2hr, Machap RnR heading north. Petronas gas station to fill up ron95 for rm5.

18. 8.38am, 96km, 2hr, Machap RnR heading north. Petronas gas station to fill up ron95 for rm5.

19. 9.23am, 140km+, 2hr 45min, before heading to Pagoh.

20. 9.23am, 140km+ (unrecorded), 2hr 45min, before heading to Pagoh.

21. 9.40am, 168km, 3hr 2min, reaching Pagoh RnR heading north.

22. 9.46am, 170km, 3hr 8min, reaching Pagoh RnR heading north. Filling up ron95 for rm4.

23. 9.46am, 170km, 3hr 8min, reaching Pagoh RnR heading north. Filling up ron95 for rm4.

24. 10.11am, 190km+ (unrecorded), 3hr 33min, reaching Melaka Border. Stopping to take photos only.

25. 10.11am, 190km+ (unrecorded), 3hr 33min, reaching Melaka Border. Stopping to take photos only, but the boy (a stranger) is riding back to me asking whether I am fine. Thank you.

26. 10.11am, 190km+ (unrecorded), 3hr 33min, reaching Melaka Border. Stopping to take photos only.

27. 10.43am, 231km, 4hr 5min, reaching Ayer Keroh RnR. Pee and drinks.

28. 10.53am, 231km, 4hr 15min, at Ayer Keroh RnR. Pee and drinks.

29. 10.57am, 231km, 4hr 19min, at Ayer Keroh RnR. Pee and drinks, 15min break.

30. 11.00am, 232km, 4hr 22min, at Ayer Keroh RnR. Filling up ron95 at Petronas gas station for rm2 only.

31. 11.00am, 232km, 4hr 22min, at Ayer Keroh RnR. Filling up ron95 at Petronas gas station for rm2 only. Phew, lucky me.
32. 11.00am, 232km, 4hr 22min, at Ayer Keroh RnR. Filling up ron95 at Petronas gas station for rm2 only.

33. 11.11am, 239km (unrecorded), 4hr 33min, reaching Simpang Ampat exit. Finally after 4 and half hours on the road.

34. 11.11am, 239km (unrecorded), 4hr 33min, reaching Simpang Ampat exit. Finally after 4 and half hours on the road.

35. 11.11am, 239km (unrecorded), 4hr 33min, reaching Simpang Ampat exit. Finally after 4 and half hours on the road.

36. 11.15am, 241km (unrecorded), 4hr 37min, reaching Simpang Ampat toll plaza. Finally after 4 and half hours on the road.

37. 11.18am, 244km, 4hr 40min, arrive at at the budget hotel, Pearl Hotel, Bandar Baru Simpang Ampang, Melaka. Finally after 4 and half hours on the road.

38. 11.18am, 244km, 4hr 40min, arrive at at the budget hotel, Pearl Hotel, Bandar Baru Simpang Ampang, Melaka. Finally and safely arrived in one piece after 4 and half hours on the road.



39. 12.04pm, 244km, 4hr 40min, arrive at Bandar Baru Simpang Ampang, Melaka. Taking a goreng pisang break while waiting for the other convoy.

40. 12.22pm, 244km, 4hr 40min, arrive at Bandar Baru Simpang Ampang, Melaka. Taking a break at Simpang Ampat toll plaza while waiting for the other convoy.

Google maps, from Masai to Simpang Ampat 2017.

Sep 11, 2017

WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER TNB DAN SAJ JOHOR YANG PATUT KAU TAHU

Morning breakfast on the go. McD's sausage muffin with egg.

Pagi Ahad, penulis telah berlarian ke bandar Kulai untuk urusan penutupan akaun TNB dan SAJ. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Kaunter urusan TNB dan SAJ tidak dibuka hari ini kerana menggantikan cuti umum semalam sempena hari pertabalan Agong. Tapi yang peliknya, kaunter pejabat Majlis Perbandaran Kulai tidak bercuti pula hari ini. Yo wes.
Waktu urusniaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai:
Ahad - Khamis 9.00 pagi - 4.00 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Waktu urusniaga Syarikat Air Johor (SAJ Ranhill) Kulai:
Ahad - Khamis 8.00 pagi - 4.15 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Apa dah jadi pada surat pekeliling cuti Johor: ??
Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan
Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya. Pandalela lah.
Kuchiva dengan urusan yang tidak dapat diselesaikan, penulis terus pulang ke kampung untuk menyelesaikan urusan ukur tanah kebun pula. Seperti yang dijanjikan, jurukur yang dilantik pun sudah tiba yang kemudian diikuti abang, kakak, ipar duai dan adik-beradik penulis. Urusan ukur tanah telah pun selesai kelmarin dan hari ini acara menandatangi pelan yang telah dikemaskini oleh jurukur tersebut. Alhamdulillah.

Nota tutup akaun lalat. Updated. Hari Isnin noon, penulis telah berlarian ke TNB dan SAJ Kulai sekali lagi. TNB kata duit deposit akan transfer ke akaun maybank dalamasa 2 minggu. Penulis arahkan pemotongan api pada hari Jumaat (15/9). Manakala SAJ pula kata duit deposit akan dipulang secara cash dan penulis kena datang semula ke kaunter. Aiyah. Pemotongan akan dibuat dalamasa 3 hari. Belum pun urusan selesai, abam kaunter dah panggil pelanggan lain. Jilake lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Please come in to TNB Kulai, but the counter is closed today.

The surveyor walking down the small jungle.

Half of the siblings.

Aug 22, 2017

HIGHWAY PASIR GUDANG YANG TERBAIK DI DUNIA

Near Taman Rinting exit | Pasir Gudang Highway | Johor 2017

Lebuhraya Pasir Gudang yang penulis lalui setiap hari untuk pergi ke tempat memotong rumput dan pulang.

Setiap selang dua hari mesti ada pembaikan jalan berlubang. Kalau hari ini ditampal, esok rosak, lusa ditampal lagi. Repeat. Begitulah sampai matik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 18, 2017

PENGALAMAN JUAL FLAT RUMAH MURAH



Setelah hampir 2 tahun, urusan jual beli flat rumah murah penulis yang sudah berusia 19 tahun di Kulai itu akhirnya selesai. Alhamdulillah.

Untuk baca entri terdahulu pasal Signing SPA and Getting 10% Deposit, sila pasak di SINI.

Sekarang ini tinggal lagi urusan jual beli rumah kondominium penulis di Bukit Belacan saja yang belum selesai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

99 WONDERLAND PARK DI WAKTU PAGI YG PANAS MEMBAHANG

  99 Wonderland Park Selayang @2024 Ahad, 19 Mei 2024. Pagi2 sudah berlarian ke tasik 99 Wonderland Park di Selayang. Taman tema yg sesuai u...