Sep 11, 2017

WAKTU URUSAN PEJABAT DAN KAUNTER TNB DAN SAJ JOHOR YANG PATUT KAU TAHU

Morning breakfast on the go. McD's sausage muffin with egg.

Pagi Ahad, penulis telah berlarian ke bandar Kulai untuk urusan penutupan akaun TNB dan SAJ. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Kaunter urusan TNB dan SAJ tidak dibuka hari ini kerana menggantikan cuti umum semalam sempena hari pertabalan Agong. Tapi yang peliknya, kaunter pejabat Majlis Perbandaran Kulai tidak bercuti pula hari ini. Yo wes.
Waktu urusniaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai:
Ahad - Khamis 9.00 pagi - 4.00 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Waktu urusniaga Syarikat Air Johor (SAJ Ranhill) Kulai:
Ahad - Khamis 8.00 pagi - 4.15 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Apa dah jadi pada surat pekeliling cuti Johor: ??
Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan
Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya. Pandalela lah.
Kuchiva dengan urusan yang tidak dapat diselesaikan, penulis terus pulang ke kampung untuk menyelesaikan urusan ukur tanah kebun pula. Seperti yang dijanjikan, jurukur yang dilantik pun sudah tiba yang kemudian diikuti abang, kakak, ipar duai dan adik-beradik penulis. Urusan ukur tanah telah pun selesai kelmarin dan hari ini acara menandatangi pelan yang telah dikemaskini oleh jurukur tersebut. Alhamdulillah.

Nota tutup akaun lalat. Updated. Hari Isnin noon, penulis telah berlarian ke TNB dan SAJ Kulai sekali lagi. TNB kata duit deposit akan transfer ke akaun maybank dalamasa 2 minggu. Penulis arahkan pemotongan api pada hari Jumaat (15/9). Manakala SAJ pula kata duit deposit akan dipulang secara cash dan penulis kena datang semula ke kaunter. Aiyah. Pemotongan akan dibuat dalamasa 3 hari. Belum pun urusan selesai, abam kaunter dah panggil pelanggan lain. Jilake lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Please come in to TNB Kulai, but the counter is closed today.

The surveyor walking down the small jungle.

Half of the siblings.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...