Sep 29, 2017

BSN SSP PRODUK PATUH SYARIAH



Malam tadi, mata penulis tertancap pada kaca televisyen di rumah. Segmen berita BSN SSP (Bank Simpanan Nasional, Sijil Simpanan Premium) produk patuh syariah dan berkenaan cabutan bertuahnya melalui undian yang harus dan dibolehkan dalam agama, yang dinyatakan oleh Naib Presiden / Ketua Perbankan Islam BSN, Mohd Supian Mat Nan. Katanya,

1. Dalam ayat 141 surah as-safaat, Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan angin kencang menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tengelam, pemilik kapal terpaksa membuang salah seorang penumpang dengan mengadakan pengundian.Termasuk dalam undian itu ialah Nabi Yunus. Seperti dalam firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 141 : فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُدۡحَضِينَ
Maksudnya : ”Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah”.

2. Dalam hadis nabi, Saad Abi Waqas dalam peperangan membuat undian siapakah yang patut melaungkan azan. [- rujukan diperlukan.]

Dan skim BSN SSP mereka menggunakan kaedah mudarabah perkongsian keuntungan.

Nota lalat. Memang susah nak menang hadiah BSN SSP ini. Tapi kata orang, kalau tak beli SSP macamana pula hendak menang? Kannns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...