The last session of the long meeting @2023 |
Rabu, 18 Januari 2023.
Amaran.
Entri ini agak tajam dan kasar.
Tapi wak sahaja mahu bercerita pengalaman wak di seberang.
Harap kawan2 jangan ambil hati ya.
Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak artinya harus dapat menyesuaikan diri / mengetahui adat istiadat tempat orang yang kita datangi.
Sudah satu pekan (seminggu) hadiri mesyuarat kerja potong rumput.
Dan setiap siang (tengahari) akan dihidangkan nasi padang.
Tapi dari kedai restoran yg berlainan.
Tapi makanan nasi padang tidaklah menyelerakan sangat pada tekak wak.
Jadi biasanya wak berikan pada mamat indonn yg lain.
Cerita lalat lain.
Tadi sore (petang) balik dari kantor.
Wak singgah di restoran PHD (Pizza Hut Delivery) itu.
Ingatkan mahu beli piza yg ada promosi.
Tapi tiada pula promosi menu sayuran (Vegie Garden).
Yo wes lah.
Cerita lain lalat.
Tadi masa dalam mesyuarat kerja potong rumput.
Kadang2 kami berbicara santai2 sahaja.
Ngobrol2 dan bercanda.
Pa aGUS tegur dan gelakkan wak sebab sebut "tanggalkan" kabel laptop.
Yg biasa mereka gunakan ialah "lepaskan".
Jarang mereka sebut "tanggalkan" baju.
"Lepaskan" baju juga ga biasa.
Yg biasa mereka sebut ialah "buka" baju.Teringat vidpen Ulfa ASD di Jakarta.
Lain padang lain belalang.
Walaupun kita serumpun dan menggunakan tatabahasa yg sama.
Seperti perkataan "butuh" akan sentiasa kedengaran.
Samada berbicara pasal kerja ataupun gombalan sahaja.
Pa agONG yg suka sebut.
Dan mgr AYU sekarang sudah dapat mengadaptasi perkataan itu dengan aman.
Tidak pitam seperti mula2 di tempik dengan pa agONG, kisah di SINI.
"Kalo di Msia bisa jadi berantem pak kalo nyebutin perkataan itu," wak cakap.
Kamus lalat.
Butuh = perlu.
Pantat = punggung.
Monggo = silakan.
Murtabak manis = apam balik.
Sendok = sudu
Gombalan = omong kosong
Tanggal = haribulan
Berantem (ber- + antem, aktif mengantemi, pasif diantemi). (cak) · berkelahi; bertengkar; bertinju; bertumbuk.
Blog bukanlah hakmilik kekal.