Outside POLRI headquarter @2022 |
Khamis malam Jumaat, 8 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
MY LAUNDRY LATE DELIVERY
Tadi malam sepatutnya pakaian laundry cucian wak sudah dipulangkan.
Tapi sampai ke pagi tidak kelihatan pula.
Aisehh, spender ngam2 sahaja tinggal sehelai.
Wak sudah beritahu ka MIEla.
Tadi pagi ketika mahu berangkat ke kantor.
Adalah ka MIEla di luar kost.
Hujan gerimis pun masih turun.
ZULhilmi dan kuJAI sudah berada di luar juga.
ZULhilmi sudah pesan Grabcar.
Nampaknya wak kena join sekaki naik Grabcar.
Tiba2 ka MIEla periksa dalam pondok jaga.
Ada pula pakaian laundry cucian wak itu.
Bengang kann.
ES MERAH DELIMA
Semalam wak dgn Mgr AYU sudah makan tengahari di restoran Sate Senayan.
Tengahari ini pun Mgr AYU mahu kesana lagi.
Dengan ASYrul dan RAZman.
Bro NAZiri demam pula hari ini.
Disebabkan wak sudah sarapan pagi agak berat.
Jadi wak pesan es merah delima sahaja.
GOING HOME LATE TODAY
Petang ini wak pulang dari kantor agak lambat.
Solat maghrib dahulu.
BUTUH DAN PERLU
Ooh.
Sebenarnya wak jarang cerita pasal kerja dalam blog merapu wak ini.
Memang wak pun malas mahu cerita urusan kantor potong rumput.
Tapi pagi tadi semasa mesyuarat di lantai 5.
Mesyuarat dgn 2 orang owner kapal (orang Indonesia).
Tiba2 pak agONG yg suara agak kasar duduk disebelah mgr EIN bertempik.
Beliau keluarkan perkataan "bu*tuh" di depan mgr EIN.
Dan ditegur oleh rakan beliau, pak aGUS, "pak jangan, sebut PERLU."
Sebagai seorang gadis Melayu (Malaysia) terakhir, punyalah terkejut mgr AYU.
"Astaghfirullah alazim, " mgr AYU mengucap.
Wak tengok muka mgr AYU sudah pucat dan merah padam.
Nasib baik tidak pengsan dan pitam di situ.
"Saya harus pergi ke Malaysia untuk asimilasikan bahasa Malaysia saya," kata pak agONG dengan kekesalan bila menyadari perkataannya yg tidak sedap didengar oleh kita tadi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.