Sep 10, 2022

PASAR TANAH ABANG LAGI DAN LAGI

On the way to Neo Hotel Blok M @2022

 Sabtu, 10 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 sudah berlarian ke Blok M.
Sarapan di kafe hotel.

Keluarkan uang di mesin ATM tarik tunai.
Tidak semua mesin ATM boleh keluarkan uang melebihi 1,000,000 rupiah.
Cuma mesin CIMB di lantai 5 dalam Plaza Blok M sahaja.

Selepas itu naik MRT langsung ke Bendungan Hilir.
Tunggu bas angkutan JAK30A yg tidak kesampaian.
Disebabkan tiada bus stop disitu.

Terpaksa ambil Grabcar langsung ke pasar Tanah Abang.
Boleh pula pak supir paksa2 suruh turun sebelum tiba di pintu Blok A.
Ini adalah kali ketiga wak sampai di pasar Tanah Abang.
Tapi mencari pintu keluar dan toko2 jualan pun masih huru-hara.

Tengahari makan nasi di warung makan depan Blok B.
Solat zohor  disitu dalam musholla kecil bercampur pria dan wanita.

Wak pesan tuktuk roda tiga ke stasiun MRT Dukuh Atas BNI.
Dan naik MRT menuju Blok M.
Wak turun di stasiun Senayan.
Pesan GrabBike langsung ke kost.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

2 comments:

  1. Masa saya ke pasar Tanah Abang, pun teksi tu suruh turun awal sebab jalan jem katanya. Tapi ok lah, tak jauh sangat dari pintu yang saya nak masuk.

    Masa nak balik, punya susah cari Grab car. Jadinya naik la benda roda tiga tu...

    ReplyDelete
  2. Cuci gudang tu apa makna wak. Jual murah ke....Tanah Abang tu besor sangat boleh sesat dalamnya

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.