Sep 16, 2022

U JUMP I JUMP

How to use cable jumpers @2022

 Jumaat, 16 September 2022.
Hari Malaysia.

Sepatutnya hari ini hari cuti nasional.
Tapi mgr EIN mahu wak buat kerja juga.
Sambil bermesyuarat tingkap dengan rakan2 di Jakarta.

Pagi2 sudah menghantar cikbibah pepel ke bengkel cermin.
Sebenarnya keretakan seribu cermin depan cikbibah sudah bertahun2 lamanya.
Tapi wak terlupa setiap kali perbaharui insuran tahunan.

Jadi bulan lepas sudah dimasukkan duit muka untuk cermin itu dalam insuran.

Mula2 mamat taukeh itu kata akan siap dalam masa sejam sahaja wak.
Tapi disebabkan ada penambahan filem gelap (tinted).
Maka mamat taukeh kata mungkin dua jam siap.

Sempat balik rumah dan solat jumaat berjemaah di masjid besar.

Petang wak ambil cikbibah yg sudah siap.
Tapi wak benganglah juga.
Sebab budak2 yg pasang filem gelap itu buat hal.
Ada seperti goresan memanjang pada cermin.
Wak cakap tak cantik.
Budak2 tu mula2 main2kan wak kata ubat shampoo la chamois ke apa.
Siap ambil foto wak dengan cermin cikbibah yg baharu.
Wak masih tidak puas hati.
Wak panggil mamat taukeh yg ada dalam pejabat itu.

Mamat taukeh kata dia akan bongkar semula filem gelap itu.
Tapi selepas 3 hari kerana sekarang masih basah.
Wak bertolak ansur lah juga.

Bila pulang ke rumah tadi.
Wak tunjukkan pada mQ dan anak wedok yg pandu cikbibah selalu.
Mereka kata, "takperlah bah, sikit je, bukan cermin yg retak."
Yo wes lah.

Cerita lalat lain.
Kereta anak lanang yg bertahun2 tidak dimulakan.
mQ suruh wak hidupkan walaupun tiada siapa yg mahu pandu.
Wehh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada kann. Makcik khannns.

Wak cuba sambungkan kabel dari dua kereta.
Mula2 kepada cikMaibee. Tidak berjaya.
Kemudian sambung ke cik Jnulekasnova itu.
Pun sama tidak boleh dimulakan.

Wak cuba hubungi bengkel bateriku.com berdekatan.
Disebabkan masih ada waranti.
Siap wak tunjuk gambar video penyambungan kabel.
Tapi mamat bateri kata mungkin bukan disebabkan bateri.
Dia kata kalau dia datang pun wak masih dikenakan caj rm30 - dasar kapitalis.
Aiyah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

4 comments:

  1. Sibuk Wak uruskan kereta sejak balik ni.

    ReplyDelete
  2. Itu bila banyak kereta jd byk keje sikit sebab semua tak blh tinggal lama kene di jaga juga. Mcm saya 2biji pn ssh nak maintain nk bg kasih syg yg adil. Hehee

    ReplyDelete
  3. Kereta kalau lama tinggal memang nak kena u jump i jump lah kan Wak. Tu pun kalau boleh terus hidup, kalau tak boleh nak kena jugak lah pi rawat.. hehehe..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...