Going to the airport @2022 |
Ahad, 4 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 wak ingin makan sate dan air kelapa teh manis giler di luar pagar itu.
Tapi tidak kelihatan bapak2 yg mendorong kereta sorong pula.
Jam 9.00am sudah berlarian ke bandara.
Wak pesan Grabcar, 144rb (rm41).
Jam 11am wak mahu pulang ke kota.
Wak cuba periksa jadual dan harga tambang keretapi.
Dari Terminal 3 wak naik Skytrain.
Bila wak tengok dan tambang di stasiun keretapi.
Tambang 70rb (rm21) pada waktu biasa.
Setiap 4 jam sekali ada tambang murah, 30rb (rm9).
Fikir punya fikir.
Wak cuba mahu naik bis pula.
Ini adalah satu pengalaman baharu untuk wak.
Tapi kena naik bis Damri sehingga stasiun Blok M.
Tambang, 70rb (rm21), sama seperti naik keretapi waktu normal.
Sekurang2nya naik bis langsung ke Blok M.
Sempat pula terlelap sekejap dalam bis tadi.
Tiba di Blok M.
Wak mahu ke kecamatan Depok pula.
Naik bis Transjakarta yg kecil seperti angkotan.
Kesasar satu bus-stop.
Turun dan wak pesan GrabBike pula.
Turun di masjid Nurul Islam.
Solat zohor dan tunggu berjemaah solat asar sekali.
Lepak2 sebentar di Jl Pangkalan Jati 2.
Pesan GrabBike pulang ke kost.
Tambang, 32rb (rm9.63).
Tapi sebelum itu, seramai 4 riders telah membatalkan pesanan wak.
Kerana gps memberikan titik yg salah.
Yg terakhir itu pun terpaksa guna khidmat kakJ tempatan.
Drama atas motor.
Bila mat rider perasan wak dari Malaysia.
Dia pun penasaran bertanya macam2.
Dia mencurah rasa ketidakpuasan hati dengan pemerintah sendiri.
Dia iri hati dengan kemajuan negara2 jiran.
Dia jomblo, berumur 27 tahun dan mengojek seharian.
Pendapatan bersih hanya rm20 sehari.
Setelah tolak harga minyak petrol yg baru naik harga.
Kurang daripada gaji pembantu rumah di Malaysia.
Wak suruh bersabar dan bersyukur sahaja.
Movie lalat.
Coda 2021
Blog bukanlah hakmilik kekal.
wahh..pelbagai jenis transport wak coba..
ReplyDeleteBis tu bas ke wak..hahaha...adeh...sikit nau letak gambar...letak a banyak skit...
ReplyDelete