Sep 23, 2022

MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH CYBERJAYA

 

Masjid Fi Sabilillah Cyberjaya @2022

Jumaat, 23 September 2022.

Tengahari ini bersolat jumaat di masjid Fi Sabilillah sahaja.
Tidaklah jauh dari kantor potong rumput ini.
Cuma tadi bila keluar dari perkarangan parkir masjid sahaja yg lama.
Disebabkan kemacetan oranglain parkir sesuka hati menghalang lalulintas. Sudahlah keluar dari masjid dia yg paling lambat. Mungkin banyak dia berdoa tadi. Aminn. 

Sejarah lalat.
Masjid ini diambil namanya daripada nama Raja Haji Fi Sabilillah Ibni Upu Daeng Chelak (1727-1784), iaitu adinda kepada Raja Lumu Sultan Selangor Pertama-Sultan Salehuddin (1756-1777).
Raja Haji pernah memerintah Kepulauan Riau pada tahun 1747-1777 dengan gelaran Yam Tuan Muda Riau ke -4. Seorang pemerintah yang adil dan sangat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Baginda merupakan satu-satunya pahlawan Bugis yang telah menjelajah hampir ke seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu termasuklah negeri Selangor. Bersama-sama anak saudaranya, Sultan Ibrahim, Sultan Selangor kedua, Baginda mempertahankan kota Kuala Selangor daripada serangan Belanda. Pada tahun 1784, Baginda telah memimpin angkatan perang Melayu dan Bugis untuk membebaskan Melaka daripada penjajahan Belanda. Usaha ini merupakan salah satu jihad ke jalan Allah bagi memelihara dan mengembalikan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





2 comments:

Comment at your own risk.

CUTI UMUM SEMPENA HARI NUZUL QURAN 2024

  Surah al-Alaq @2024 Khamis malam Jumaat, 28 Mac 2024. Hari cuti umum sempena Nuzul Quran untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.