Oct 31, 2022

BENTO BEEF ORIGINAL

Putri Alvin Lim Minta Jokowi Turun Tangan Bereskan Kasus Sang Ayah @2022

 Isnin, 31 Oktober 2022.

Pagi tadi kan baru tiba dari Jogja di stasiun bis Kampung Rambutan.
Tiba di kost sempat lagi solat subuh.
Sambung tidur.

Selepas itu wak pergi ke kantor seperti biasa - berjalan kaki sahaja.

Tengahari mgr EIN ajak pergi makan di Blok M Plaza.
Walaupun kepala masih jetlag naik bis 14 jam dari Jogja.

Ada demonstrasi di depan mahkamah negeri. Siapakah Alvin Lim? Tersangka yang Dijemput Paksa Kejagung: Kasus Apa dan Berapa Tahun Hukuman Penjara?

Selepas itu wak cuba mencari mesin ATM Maybank di sekitar Blok M.
Tapi yg berdekatan pun sudah lama ditutup, kata makguard di bank bersebelahan.

Balik ke kantor wak sambung tidur sebentar 10 minit untuk recaj.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bento Beef Special @2022

BOROBUDOR SUNRISE AND THE KARMA IS REAL

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me.


 Minggu, 30 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

===========================================

3.00am sudah terbangun.

3.53am solat subuh.

4.15am keluar rumah untuk naik mobil mamat homestay ini ke Punthuk Setumbu. Sebenarnya dekat sahaja (4.5km) dari homestay. Boleh sahaja pesan Grabcar kalau mahu. 

Tiba dikaki parkir ke bukit Setumbu. Kemudian bayar tiket masuk ke pusat wisata sebanyak 20rb. Terus berjalan kaki ke punthuk (puncak). 

Tiba diatas bukit Setumbu. Dan menunggu matahari terbit dihujung2 awan yg tebal mahu hujan. Langsung tidak kelihatan Gunung Merapi.

Ada kejadian yg menyentapkan disini. Nantilah wak bercerita. Huhu.

Updated 1 (late). Ada cewekni yg standard agak tinggi. Setinggi Gunung Merapi. Masa amek2 gambar sunrise disini. Wak xkisah kalo cewekni tak mau bergambar dgn wak. Sampai bapak yg volunteer nak amekkan gambar pun dia ckp terang2 xmau bergambar kalo dgn wak. It's okay. Wak pun xkisah untuk mengelakkan fitnah ke apa. Sampai sanggup dia nak bergambar dgn mamat yg ada kamera dslr besar gedabak yg good looking itu. Cumanya wak terasa jugalah sebab tadi ckp terang2 depan2 bapak tu xmau gambar dgn wak! Kalo x mau pun jgnlah kecoh dan malukan wak dpn public kann., Haha - sebenarnya karma itu berlaku juga di candi Borobudur nanti ... ada cerita kat bawah.

Turun ke kaki bukit. Terus ke Candi Borobudur. Ini adalah kali kedua wak sampai ke sini. Tahun 2011 dengan anak lanang yg masih bujang masa itu.

Beli tiket masuk candi - 385rb (RM120). Harga tiket yg mahal banget dan "bapak gak bisa naik sampe diatas ya kayak jaman doloe." Berjalan kaki sehingga ke pintu gate utama dibuka.  Dan kemudian memanjat anak2 tangga terus ke monumen candi yg besar itu.

Sebenarnya pemerintah mahu menaikkan harga tiket Candi Borobudur. Sekarang ini bagi pelancong tempatan dikenakan bayaran berikut. Usia 10 tahun ke atas: 50rb. Usia 3-10 tahun: 25rb. Rombongan pelajar/mahasiswa: 20rb (disertai surat pengantar dari sekolah atau universitas),   Manakala tarif wisatawan mancanegara (pelancong asing) per orang: Dewasa: 350rb (385rb apaan nih??) dan Anak-anak: 210rb.

Adapun baru2 ini, tarif naik Candi Borobudur direncanakan akan naik jadi 750rb (rm226) bagi wisatawan dalam negeri dan 1,45rb juta (rm437) bagi turis asing. Tapi arahan Presiden Jokowi: Tarif Naik Candi Borobudur Batal Naik.

Percayalah bahawa karma candi Borobudur itu benar. Nanti2lah wak cerita kisah sebenar dan nyata apa yg sudah berlaku pagi tadi.  Siap tulis di dinding candi Borobudur ni - Karma Is Real!

Updated 2 (late). cerita psl cewekni yg sombong xnak gmbr dgn wak pagi tadi masa di punthuk Setumbu. Wak pun xkisah dan dh lupa psl kejadian pagi tadi. Dan masa amek2 gmbr masing2 di candi Borobudur ini. Tiba2 ada matsalleh sorang2 je bergambar disitu. Mmglah cewekni xmoh bergambar dgn wak mcm biasa (untuk elak fitnah katanya). Takut ada oranglen musykil kalo ternampak gmbr kami berdua sbb wak kan ada blog ni. Tiba2 dia cuba tegur matsalleh yg agak tua tu ajak bergambar berdua. Tapi wak terkejut sebab matsalleh tu tolak pelawaan cewekni terang2 depan wak! Haha padan muka dia. Baru wak tahu standard cewekni takat mana kann. Matsalleh tu siap cakap dia xboleh bergambar dgn background tempat2 suci camni. Haha wak jerit kat cewekni, "haha now u know how u feel when people reject u?" Wak tengok ketat je muka cewekni. Dah habis disini. Tammat. Khallass. Harap cewekni xbaca. Dia nak insaf tu lain cerita. ;p

Turun ikut tangga dibelakang candi. Sebelum itu wak sudah tersilap turun ikut anak2 tangga di hadapan pintu masuk tadi. Pakguard sudah pekik2 suruh ikut pintu keluar dibelakang. Kemudian menapak dan punyalah jauh mahu keluar sebab terpaksa ikut kedai2 jual cenderamata. Tiada lagi penjual2 cenderamata yg menyerbu dan mengejar pelancong disini seperti zaman dulu2.  Tetapi biasalah, makcik2 Indon itu akan terpekik2 memanggil ke gerai masing2 yg kebanyakkannya sama sahaja jualannya. 

Tiba di hotel Borobudur yg dekat sahaja jaraknya dari candi Borobudur. Tidak sampai 500m. Mandi dan juga bincang dgn bis ekspres Sinar Jaya untuk wak naik bis di terminal Giwangan berbanding terminal Ponjong yg jauh dimata.

Kenapa wak boleh terbeli tiket bis yg bertolak dari terminal Ponjong itu?
Kisahnya sebab wak sudah terbeli tiket di Traveloka.com. Dalam keadaan kelam kabut dan mahu naik bis jam 12.00 sore wak pun tekan dan pilihlah mana2 bis yg akan sampai di Jakarta awal, ie 12.30am. Tapi indah khabar dari rupa. Bis yg wak naiki sore ini yg nyata tiba di stesen Kampung Rambutan jam 4.15am! Aduhai. Lesson learned - haruslah pilih terminal keberangkatan yg paling dekat dengan hotel hari itu.

Checkout hotel Borobudur itu. Dan bayar 300rb untuk penghantaran sunrise kepada mamat hotel. 

Pesan Grabcar ke terminal Giwangan - 261rb. Sempat suruh pak supir singgah di Candi Mendut sekejap untuk tangkap gambiran. Meneruskan perjalanan ke terminal bis selama sejam. 

11.05am Tiba di terminal Giwangan. Turun di kedai Indomaret. Beli sedikit jajan dan buah2an (nanas potong dan pisang). Kemudian singgah kedai minang untuk makan nasi campur. 38rb. Tapi kuah lemak isi perut ayam itu agak meloyakan. Harap2 tidak sakit perut didalam bis nanti.

Tunggu bis dari Ponjong yg sepatutnya bertolak jam 12pm. Lepak sahaja di depan kaunter bis disitu selama 2 jam. Baru kamu tahu perasaan orang terpaksa menunggu lama kerana kamu tidak pernah tepati masa!

2.05PM bis baru sampai. Terus naik bis. Bis meluncur ke Jakarta. Sebenarnya bis ekspres ini bermula dari Wonosari, kemudian ke Ponjong dan ke Giwangan sebelum merentas jalanraya ke Jakarta.

6.30pm tiba di kedai makan Sinar Jaya. Ada di berikan baucer makan gratis. Katanya setengah jam, siap makan siap solat tapi terpekik2 suruh orang naik bis segera. 

10.58pm baru masuk jalan tol Pejagan. Ada 5 jam lagi baru tiba di PO Sinar Jaya Kampung Rambutan.

Bersambung ...

pov: jangan jadi orang penting di tempat kerja nanti susah nak cuti @2022
Candi Mendut, Borobudur and Pawon, all of which are Buddhist temples, are located in one straight line. @2022

Oct 30, 2022

SOLO TRAVELER DARI SOLO KE JOGJA

Bas berhenti-henti dari Solo (Surakarta)  ke Jogja (Jogjakarta) @2022

 Sabtu, 29 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

Naik bis tingting pula dari terminal Tirtonadi Solo untuk jurusan Jogja Yogyakarta. Bukanlah bis yg ada lonceng tekan2 itu. Tapi bis yg ada konduktor dan berhenti disetiap halte (bus stop).

Macam2 kerenah orang yg naik bis ini. Kebanyakan makcik pakcik nenek yg uzur. Ada makcik yg lumpuh sblh badan pun naik. Dan yg paling kurang nyaman ialah ramainya bapak2 pengamen yg bernyanyi dan main gitar. Aduhai. Dan terasa seperti balik kampung sahaja disebabkan bahasa Jawa yg dipertuturkan.

Tiba di terminal Giwangan. Toilet dan solat dahulu. Mahu pesan Grabbike tapi wak tengok cuaca yg mendung dan gerimis. Wak pesan Grabcar dgn harga tambang dua kali lipat ke stesen keretapi Tugu Stasiun.

Cadangan sunset di pantai.

Wak pesan Grabcar ke pantai Parangtritis. Tapi di tengah perjalanan tukar destinasi dgn pak supir untuk ke pantai Parangendog atau paralayang - 171rb. Pantai parangtritis wak pernah sampai dgn anak lanang wak itu 10 tahun yg sudah. Link: Borobudur Sunrise 2012.

Tiba di atas tebing Parangendog dan menikmati sunset petang.

Sudah janji dgn pak supir terus hantar ke hotel Borobudur Magelang. 2 jam perjalanan. 400rb. Dalam perjalanan wak panggil hotel Borobudur berkenaan pakej sunrise esok pagi.

Tiba di hotel Borobudur. Bincang pasal pakej sunrise. Mamat hotel kata dia boleh hantar esok pagi2 lepas subuh. PP 300rb. Tapi sekarang tidak boleh naik ke atas candi selepas pandemik covid melanda. Kena pergi ke satu bukit bernama Punthuk Setumbu yg jauhnya 4,5km untuk menangkap sunrise. 

Perbedaan Jogja dan Yogyakarta. Banyak orang menyebut Yogyakarta dengan nama berbeda-beda. Orang-orang tua menyebut Ngayogyakarta, orang-orang Jawa Timur dan Jawa Tengah menyebut Yogja atau Yojo. Disebut Jogja dalam slogan Jogja Never Ending Asia. Belakangan muncul sebutan baru, yaitu Djokdja. Sekilas memang membingungkan, namun menunjuk pada daerah yang sama. Lalu, bagaimana bisa kisahnya sampai nama kota ini bisa begitu bervariasi?

Bersambung ...


Oct 29, 2022

SOLO TRAVELER RIDES TO CANDI CETHO AND CANDI SUKUH

From Solo city to Gunung Lawu Karanganyar @2022

 Sabtu, 29 Oktober 2022.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

Seperti yg dijanji wak siap tunggu diluar hotel jam 5am. 10 minit awal wak sudah keluar hotel. Mas supir datang tepat jam 5am.

Meluncur dgn kapcai ke pergunungan Gunung Lawu. Jalan yg berlubang2 dan tidak mulus membuatkan pantat (punggung) anda seperti dirobek2. Huhu.

Tiba di candi Sukuh yg wak sangka dibuka jam 7am. Tapi bila penjaga muzium dibelakang kata akan buka jam 8am. Terus wak ajak mas supir itu mencari sarapan pagi diperkampungan berdekatan.

Kemuning nama pekan berdekatan menuju candi Cetho. Kebun teh Kemuning yg baru2 ini viral. CCTV ladang menyiarkan sepasang kekasih remaja sedang mesum menikmati sup ludah dgn lazat dan enak. Wkwkwk. Link: Tindakan Tak Terpuji Di Ruang Publik.

Didepan pasar kemuning, kami singgah di warteg soto. Wak pesan soto nasi ayam. Air teh tawar. Untuk mas supir pun sekali wak pesankan. 

Kami berborak2 kosong. Mas supir ini muda lagi dan masih kuliah. Beliau sedang mengambil jurusan kaki palsu. Pertama kali wak mendengarnya. Bila ditanya tentang pembiayaan pengajiannya. Dia kata hasil usaha bawa Grab sahaja pak.

Apa Itu Ortotik Prostetik ?
Mempelajari dalam hal membuat dan memperbaiki ORTOSE (alat penguat anggota gerak) dan PROTESE (anggota gerak tiruan), mencegah dan mengoreksi kecacatan serta memperbaiki estetika dengan memandang manusia seutuhnya sehingga dapat hidup mandiri.

Sempat lagi wak guna toilet di pasar. Dan sempat lagi beli bawang putih dan spender XL 60rb.

Usai bayar makanan soto tadi. Wak terus kembali ke candi Sukuh. Olehkerana dibuka jam 8am, wak suruh mas supir pusing2 ke Tenggir Park dibelakang. Kemudian ke telaga Madirda.

10 minit ke jam 8am sudah tiba di loket untuk beli tiket masuk Candi Sukuh. Wak beli tiket 10rb dan diberikan sticker gelang tangan dan kain suci hindu tutup pantat (punggung, pinggul, pinggang).

Tidak lama wak didalam candi sebab kawasan yg kecil. Hanya ada 3 peringkat sahaja. Berbanding candi Cheto yg ada 13 peringkat (wak ada baca). Kebanyakan patung2 utama dalam candi Sukuh ini tiada kepala kerana diberitakan telah dirosakkan oleh warga tempatan yg beragama Islam pada suatu masa dahulu.

Dan ada beberapa patung2 dan objek2 lucah dalam candi ini. Tetapi tidaklah sebanyak dan sebesar objek2 erotis dan lucah yg lagi jelas di candi Cetho itu. Jangan salah faham. Bukan tujuan utama wak bersungguh2 datang kemari. #Harakmaklong.

Keluar dari candi wak suruh mas supir pulang dan kembali ke hotel Solo. Tidak sempat untuk ke candi Cetho yg agak jauh diatas gunung Lawu. Mahu kejar bis ke Jogja pula. Mas supir ikut sahaja.

Perjalanan pulang menaiki kapcai dgn jalan yg berlubang2, tidak rata dan tidak mulus selama sejam yg menyiksa pantat (punggung) dan tulang belakang. Telur pun jadi kematu. Huhu.

Sempat singgah semula di benteng Belanda Vanderburg yg tadi malam. Ambil gambiran sekali lagi.

Tiba dihotel wak mandi semula. Sementara mas supir tunggu di lobi.

Ooh sempat pergi ke kantor pos konon mahu mencari kartu pos (postcard). Tapi non ado.

Tiba di terminal Tirtonadi. Kan wak janji dgn mas supir pasal harga penghantaran iaitu 100rb sahaja. Bila wak kasi duit 150rb nampak ceria sungguh diwajahnya. Kemudian ditulis dalam mesej whatsappnya, "terimakasih bapak sekali lagi, selamat sampai tujuan, dan datang lagi ke kota solo pak." 

Bersambung ...




On the way to Gunung Lawu @2022
Candi Sukuh adalah candi bercorak agama Hindu yang terdapat di lereng kaki Gunung Lawu, Karanganyar. Candi ini terkenal dengan susunan patung dan reliefnya yang berbentuk vulgar.
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the photo.
arca yang digambarkan dalam posisi berdiri, tangan kiri memegang kemaluan dan tangan kanan memegang senjata


Candi Sukuh @2022

Candi Sukuh adalah candi bercorak agama Hindu yang terdapat di lereng kaki Gunung Lawu, Karanganyar. Candi ini terkenal dengan susunan patung dan reliefnya yang berbentuk vulgar.
Gunung Lawu @2022
Kota Solo aka Surakarta @2022

SOLO TRAVELER KE SOLO SURAKARTA

Balai Besar Wilayah Sungai (BBWS) Bengawan Solo @2022

 Jumaat, 28 Oktober 2022.

Sambungan dari Ponorogo Balik Kampung The Journey Begins.

Prelude: Kenapa Harus Solo Traveling ke Ponorogo
Ponorogo Balik Kampung - The Journey Begins
Solo Traveler ke Solo Surakarta
Solo Traveler Rides to Candi Cetho and Candi Sukuh
Solo Traveler Dari Solo ke Jogja
Borobudur Sunrise
Jakarta - Ponorogo - Solo - Jogja - Jakarta in One Weekend

===============================

Turun di terminal bis Madiun yg sedang direnovasi. Tapi pemandu bis dari ponorogo tadi tidak masuk kedalam terminal, dan hanya turunkan ditepi longkang sahaja.

Berjalan didalam terminal. Masuk toilet dan solat dahulu.

Terus naik bis ke Solo = 60rb. Dipertengahan jalan ada berbincang dgn pemandu dan kelindan bas. Cadangnya wak mahu ke candi Cetho. Tapi kemudian terbatal kerana hari pun sudah sore. Takut tiada supir yg mahu menghantar ke sono. Dan masalah nanti kalau wak mahu terus ke bandar Solo.

Perjalanan didalam bas yg tidak dipenuhi orangramai. Kelihatannya hanya wak yg duduk dikerusi bahagian belakang. Pemandangan di sebelah kiri kelihatan Gunung Lawu seperti melambai2 mengajak wak datang ke sono. Gunung yg terletaknya Candi Cetho dan Candi Sukuh. Wak cubalah mengambil 2 3 gambiran gunung Lawu itu tetapi masa-elahnya problem. Sebab sentiasa ada halangan wayar2 listrik disepanjang jalan itu. 

Tiba di terminal bis Tirtonadi Solo, wak jalan2 ditepian sungai Begawan Solo sebentar. Tiba2 terus teringat lagu Bengawan Solo nyanyian dan ciptaan Gesang Martohartono. [+ youtube]

Wak pesan grab bike mahu ke hotel. Adakah patut disuruhnya wak tunggu di jambatan keris yg agak jauh nun di simpang lampu trafik. Wak terus  batalkan.

Grabbike yg kedua sampai juga akhirnya. Terus ke hotel berdekatan McD Slamet Riyadi. Dapat lagi bilik murahan berbanding kalau wak pesan dengan traveloka = 180rb.

Usai mandi, wak jalan kaki ke McD. Wak pesan double cheeseburger sudah. Hari pun masuk senja.

Dari luar mcD wak pesan Grabbike ke Jambatan Keris. Ambil 2 3 gambiran. Selepas itu wak suruh mat supir tadi hantar balik ke hotel. Tapi singgah di Benteng Belanda Vanderburg. Ambil 2 3 gambiran juga.

Dari benteng belanda tadi, wak dibawa mas supir meronda2 keraton. Tapi ada roadblock tidak boleh masuk ke satu bahagian kiri kraton. Adalah beberapa orang disitu mengambil gambar di depan keraton. Ada 2 orang petugas sedang duduk2 di meja disitu.

Tiba dihotel. Tapi sebelum itu sudah janji dgn mas supir motor untuk hantar wak esok pagi2 ke candi Cetho dan candi Sukuh = 100rb. Dia kata dia buat Grab secara separuh masa sahaja sebab dia masih belajar di kolej. Esok tiada kuliah, jadi tiada masalah untuk hantar wak jalan2. Wak sudah periksa kalau mahu sewa mobil dgn supir online perbelanjaan akan melebihi 300rb. Lagipun wak cuma pergi separuh hari sahaja.

Perbedaan kota Solo dan Surakarta.
Seiring perjalanan waktu, kemudian Surakarta yang merupakan nama dari sebuah keraton ditetapkan menjadi nama resmi kota administratif. Sehingga untuk nama resmi, penulisan yang benar adalah Kota Surakarta. Sedangkan, nama Solo atau Sala adalah penyebutan populer atau yang umum di masyarakat. Jadi, kota Solo dan kota Surakarta itu adalah kota yg sama. 

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.



SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.