May 28, 2023

TEMPAT MENGINTIP SINGAPUR DARI PANTAI TANJUNG PINGGIR

 

Ahad, 28 Mei 2023.

Pagi tadi hujan turun.
Wak kena tunggu hujan reda sehingga jam 9.30am baru pesan Grabbike.
Kalau hujan turun nanti akan kebasahan atas dan bawah kann.

PRELUDE: BATAM TO PEKANBARU

9.51am - tiba di Terminal Ferry Domestik Sekupang.
Lepak2 dahulu didalam terminal.
Sambil tanya2 harga tiket dan jadwal keberangkatan ke Dumai.
Rupanya hanya ada satu feri ke sono setiap hari.
Rute perjalanan akan singgah di Tanjung Balai (Karimun), Selat Panjang, Bengkalis.
Feri berlepas jam 7.30am.
Dijangka tiba di terminal feri Dumai jam 2.30pm.
Perjalanan selama 9 jam.
Harga tiket ialah Rp550ribu (termasuk boarding pass Rp10ribu).

11.30am - sudah keluar dari terminal.
Rencana wak mahu ke pantai Tanjung Pinggir yg dekat sahaja.
Punyalah ramai ulat2 teksi disitu.
Mereka minta Rp40ribu.
Padahal apps Grab cuma tawarkan Rp8,500.
Bila wak tunjukkan harga Grab, ada yg tawarkan Rp15ribu.

Terpaksa wak keluar dari parking terminal ke tepian jalan.
Wak pesan Grabbike  dua kali dibatalkan oleh pak supir.
Kemudian kena pasang Gojek barulah diterima. Rp12ribu.

11.39am - naik Gojek ke pantai Tanjung Pinggir.
11.52am - tiba di pintu masuk. Bayar Rp10ribu.

Janji dengan pak supir Gojek untuk tunggu setengah jam.
Wak cuma mahu tangkap gambiran 2 3 keping sudah.
Bukan wak baru sampai Singapura minggu lepas ke?
Link: Tulipmania, Merlion & Vortex Rain Singapore.

12.15pm - sudah naik Gojek untuk pulang ke bandar.

12.45pm - tiba di apartment.

DILEMMA TO WITHDRAW USING MAYBANK CARD

Sore wak cuba keluar kan duit dari Maybank mesin ATM.
Tapi tidak boleh walaupun wak sudah periksa tarikh pengeluaran telah di siapkan sehingga esok (29/5). Aiyahh. 

Malam wak cuba sekali lagi ke mesin ATM Bank BCA pula dgn bro ASY.
Sama kuchiva.
Bro ASY siap mahu tolong keluar kan uang melalau akaun banknya. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 27, 2023

REASONS WHY WEEKENDS ARE NOT MEANT FOR WORKING

Good morning Batam @2023

 

Sabtu, 27 Mei 2023.
Kena kerja potong rumput setengah hari.

Pagi tadi sempat lagi wak berlarian ke lantai 6.
Tangkap 2 3 gambiran sunrise sudah.

Pagi ini juga wak mahu cuba makan lontong.
Kelmarin (semalam) wak nampak pak NGA makan lontong di gerai itu.
Wak pesan lontong sayur di gerai yg juga jual mie lendir.
Rasa lontongnya sedap juga, yakni kenalah dengan selera tekak wak.

Movie lalat.
Wak cuba mencari movie gratis atas talian.
Tapi tidak berjumpa.
Dan portal yg boleh dimuatturun movie pun telah disekat dengan sengaja.
Nota tepi - Inside Man 2022, The Manchurian Candidate 2004.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Good morning Batam @2023
Good morning Batam sunrise @2023
Breakfast with Lontong Sayur at Tanjung Uncang @2023
On the way home and today is payday @2023
Telecommunication tower @2023

May 26, 2023

NASI CAMPUR JOWO PACITAN DI BATAM

Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023

 

Jumaat, 26 Mei 2023.

Pagi tadi semasa turun untuk naik van ke kantor potong rumput.
Sempat lagi melayan matahari terbit di ufuk timur.
Sebelum hujan turun lebat secara tiba2.

Tengahari hujan masih turun dengan lebat.
Usaha ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang.

Malam pula bersama pak NGA dan KOM.
Berjalan kaki ke kedai makan Jowo Pacitan.
Wak makan nasi campur stail wong Jowo.

Ooh.
Masa pulang dari makan malam tadi.
Pak KOM kasi tahu famili dia tinggal di bandar Tasikmalaya.
Jaraknya sejauh 5 6 jam pemanduan kereta melalui lebuhraya bertol.
Tapi aslinya dia berasal dari Betawi.

Ooh lagi.
Petang tadi wak kasihan dengan bro NAZ.
Sebab tiba2 folder dalam laptopnya hilang.
Bila mamat IT Jakarta cuba tolong pun tidak dapat buka fail2 itu.
Malangnya semua fail2 tersebut jadi rusak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023
Pollux Habibie Apartments Surnise @2023
Pollux Habibie Apartments Surnise @2023
Afternoon at the shipyard @2023
f
Friday prayer at Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang @2023
Nasi Campur Jowo Pacitan @2023
Nasi Campur Jowo Pacitan @2023

TOOLBOX MEETING ATAU BISA JUGA DI SEBUT SAFETY MORNING TALK

Restaurant Mie Lendir Batam Tanjung Uncang @2023

 

Khamis malam Jumaat, 25 Mei 2023.

Seperti biasa pagi tadi naik van jam 6.30am.
Oleh kerana ada toolbox meeting jam 7.30am setiap pagi Khamis di galangan kapal.
Maka kami terpaksa tapau sahaja.
Wak tapau roti canai (prata kosong) 5 keping. Rp25000

Tiba di galangan kapal pun sudah lebih 7.30am.
Terpaksa kami bergegas sertai perkumpulan mesyuarat keselamatan itu.
Walaupun masih pagi tapi panasnya berdenting juga.

Melihat keadaan kelam kabut pagi tadi.
Seharusnya kami bergerak dari apartment jam 6am.

Malam kami keluar berjumpa rakan2 sekerja dari Jakarta. 
Makan seafood di restoran Wey Wey. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Toolbox this morning @2023
On the way home this evening @2023
Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023
Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023
Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023
Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023

May 24, 2023

NASI AYAM PENYET YG PALING TIDAK ENAK

Pollux Habibie Apartmetns sunset @2023

 

Rabu, 24 Mei 2023.

Biasanya tengahari wak akan lepak sahaja di dalam kabin kantor.
Sebab mahu tidur siang (noon nap).
Tapi tengahari tadi sudah berlarian ke pekan Tanjung Uncang.
Sebab mahu beli baju coverall.

Sebelum itu makan siang dahulu.
Pesan nasgor (nasi goreng ) seafood sahaja.
Bro NAZ pun pesan nasgor yg sama.
Mgr AYU makan nasi campur.

Sebelum itu wak mahu pesan nasi ayam penyet.
Tapi mgr AYU kata tidak sedap pula.
Sebab dia dahulu pernah mencubanya disitu.

Selepas pergi ke toko (kedai) membeli helm (helmet).
Dan ke toko yg lain beli 2 baju coverall warna biru tua dan warna putih.

Petang pulang dari kantor.
Sempat lagi mengejar matahari terbenam.
Berkejar2 di lantai 6.
Tangkap 2 3 gambiran sunset sudah.

Movie lalat. 
The Pianist 2002.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Morning breakfast with Roti Canai (Prata Kosong) Tanjung Uncang @2023
Going to work at Batam @2023
Batam shipyard in the afternoon @2023
Batam sunset @2023
Batam sunset @2023
Pollux Habibie Apartmetns sunset @2023
Pollux Habibie Apartmetns sunset @2023
Pollux Habibie Apartmetns looking east @2023

WHEN SOMEONE APPRECIATES YOU AS A TEACHER

Morning rain @2023

 

Selasa, 23 Mei 2023.

Tadi mgr AYU kasi wak dalam whatsapp.
Gambar wak dengan rakan lama. Fadhlan Syahrel
Sempena hari guru yg baru lepas.

Wak respek kat mamat Fadh ini.
Sebab umur pun hampir senja (tapi muda lagi dari wak).
Masih jomblo, yakni single mingle.
Selama 5 tahun kebelakangan ini, beliau menjaga ayahandanya yg sakit.

Dan bila wak whatsappnya tadi.
Diberitahu bahawa ayahandanya telah meninggal dunia.
Baru sahaja tanggal 30hb April bulan lepas.
Innalillahi wainnalillahi rajiun.

Ooh.
Gambar kami berdua yg dipaparkan ialah 4 tahun lepas. Link.

Malam pula wak berlarian ke kedai mudah dan senang Alfamart.
Walaupun kedai Indomaret bersebelahan sahaja.
Beli telur, roti lembut dan tisu wajah.

Ooh.
Pasal wifi di bilik apartment.
Ejen kata wifi ada tapi mahu dibayar asing.
Masalahnya bila mahu buat kerja di rumah.
Takkanlah mahu guna data internet sendiri kann.

'Movie lalat.
Sisu 2023

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Green by the apartment @2023



Bluhen Tower number 2 @2023
Pollux Habibie Apartments & Mall @2023
Traffic jam from the office @2023
No chance to shoot the sunset @2023
Walking to Alfamart @2023
Waxing Crescent Moon just now @2023
A Crescent moon and Venus @2023
Meisterstadt aka Pollux Habibie Apartments @2023

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...