Feb 10, 2017

TIME TO BALIK TONGSAN

Grass is grass, Gunung Pulai, Johor (not Kedah).

Hari cuti umum sempena Thaipusam yang tiada rancangan untuk jalan jauh kemana-mana.

Penulis pun berlarian pulang ke kampung menziarah adik lelaki penulis yang sedang pulih dari sakit angin ahmarnya. Singgah sebentar di Tesco Kulai membeli barang-barang dapur untuk keluarga beliau.

Nota lalat. Kamus dewan: tongsan C; ikan ~ ikan negara China; pulang ~ balik ke negaranya (China). Manakala maksud sengkek ialah orang cina yang baharu tiba dari negara China, sehelai sepinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 9, 2017

THE 5 BIGGEST CHALLENGES THE GLOBAL ECONOMY FACES IN 2017

"Ada yg lagi susah."

Sekarang zaman kegawatan ekonomi. Terutama dalam bidang minyak dan gas. Ada rakan penulis yang sudah lebih setahun tanam anggur. Ada yang empat bulan bekerja tapi tidak mendapat gaji sepatutnya. Bila penulis menyarankan agar beliau mengadu ke jabatan buruh. Beliau berkata dalam bahasa wassap, "Dh, tapi tak dilayan." Biar betik, jawab penulis, mungkin kena tunjuk bulu (kaki) agaknya. "Gaji 2k bawah je boleh report wak," keluh beliau lagi. Untunglah pekerja bawahan gaji rm2k, sudahlah mendapat bantuan BR1M yang lumayan.

Cerita lalat lain. Akhirnya penulis mempunyai kewibawaan dan berjaya menonton wayang Deepwater Horizon yang sudah lama penulis salin dan pendam didalam cakera keras. Cerita bersandarkan kisah benar sebuah pelantar minyak yang menemui nahas kemalangan dan terbakar kerana kesilapan klien yang kedekut. Sesuai ditonton untuk sesiapa yang berminat bekerja dipelantar minyak dengan gaji lumayan seperti offshore engineer dsb.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Feb 8, 2017

NASI AYAM PENYET TOP TEN DAN AIR SUAM PASIR GUDANG

Does eating rice everyday make me fat?

Makan tengahari di tempat yang biasa. Warung Top Ten Taman Pasir Emas, Jalan Pengkalan 5, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Banyak sangat pasir kan? Jangan tabur pasir ke dalam periuk nasi penulis sudahlah ya.

Seperti biasa, penulis memesan nasi ayam penyet dan air suam sahaja. Dibawah atap zink yang panass atas dan bawah. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 7, 2017

BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU - PERIBAHASA MELAYU

"I'll do the dirty work myself."

Hos penyambung tandas duduk dibilik atas telah lama rosak. Jadi petang tadi, penulis membeli hos yang baharu, tetapi mat bangla penjaga kedai hardware hanya menjual yang jenis keras dan tebal. Bila penulis membawanya pulang kerumah, hos itu terlampau panjang dan sukar dipotong pula. Bila penulis ke kedai hardware yang satu lagi yang lebih jauh dari rumah, hos plastik ditemui juga, walaupun panjang tapi boleh dipotong. "Tapi wak," kata abam Mike taukeh kedai tu bilang, "budak yang keje yang pandai potong dah balik lah sekalang." Aiyah. "Esok sajalah wak datang amek dan bayar sekali," kata Mike lagi.

Juga kedai hardware yang mula-mula tadi penulis telah beli sangkar lampu kalimantang pendek. Bercukurlah kerana penulis dapat menukar sangkar yang lama dengan yang baharu dibeli tadi.

Masa penulis sibuk-sibuk menjadi tukang paip dengan tangan yang masih kotor sebentar tadi, sempatlah juga isteri penulis (yang itu) menyuruh bayar bil telefon. "Kanda, sila bayarkan bil webe nih untuk tiga orang," kata beliau. Pakai duit dalam akaun maybank2u dia lah tapi. ;p

Rujukan maksud labu dalam Kamus Dewan.

Labu, 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat), Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun, pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~ merah = ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita moschata; ~ besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita maxima; ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo; 2. = labu-labu a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 3. Id sj botol yg besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya); ~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak dara lagi); melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2. menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. = memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis, memperolok-olokkan, memperdayakan. Pantun:

Labu putik di Tanjung Jati,
Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
Belum puas ditinggal pulang.

Terjemahan. Like rats repair pumpkin. 弄巧反拙 Interpretation: Wanted to play smart, the results do stupid things. With "self-defeating."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 6, 2017

ENGKAU JANGAN SAMAKAN AKU DENGAN SI JAAFAR DENGAN SI HASHIM DENGAN SI SALLEH TU PAH

"When going green is not enough. 11.06am, Woodlands old town."

Ahad pagi yang biasa.

Selepas menghantar isteri penulis (yang itu) main mahjong mengurut kaki di Giant, penulis pun berlarian dan berenang-renang ke seberang tambak. Alone matcham biasa. Hari Ahad yang tenang kerana tiada kesesakan lalulintas di kedua-dua pusat pemeriksaan CIQ.

Tepat sejam, selepas membeli suratkhabar dan sebongkah berlian, penulis pun kembali ke tanahair dengan selamat. Dan sempat lagi tiba di Giant sebelum isteri penulis selesai main mahjong urut kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 5, 2017

SUAMIKU BEKAS PEMANDU UBER



Tajuk bukanlah TELENOVELA.

Semalam tengahari, dari tempat memotong rumput, penulis terus berlarian ke pusat servis Perodua Taman Cendana. Ini adalah servis pertama kereta baharu cikMaiBee. Meter pun hampir capai 2000 km. Sebenarnya penulis masih fobia untuk menghantar kereta servis disini kerana kejadian yang berlaku pada cikBibah pepel beberapa tahun yang lepas. Tapi pusat servis ini adalah satu-satunya yang dibuka pada hujung minggu.

Olehkerana pembelian cikMaiBee tiada promosi servis, siang-siang lagi apek pomen tu sudah beritahu bahawa kos penyelenggaraan adalah RM188. Aiyah. Ingatkan ada servis percuma tiga kali.

Sementara tunggu cikMaiBee diservis selama sejam, penulis pun memanggil kereta Uber untuk ke pekan koboi Masai. Bila dapat, Uber apps memberitahu pemandu akan tiba 15 minit lagi kerana pemandu terdekat sedang berada di Tanjung Puteri. Penulis tak kisah. Tapi bila pemandu itu, bro Malim (bukan nama sebenar), telefon penulis memberitahu akan tunggu di stesen Petron diseberang jalan saja untuk mengguna mesin ATM. Tetapi setelah beberapa lama menunggu berbaris di mesin ATM dibelakang 5 orang, penulis terpaksa batalkan kerana lambat. Bila keluar saja dari kedai Petron, pemandu Uber barulah tiba dengan kereta Persona. Didalam kereta, bro Malim agak peramah orangnya dan kami berbual-bual sehingga ke destinasi di depan pejabat pos Masai. "Sekarang saya keje di Johor Port lah wak, ni keje part time saja," katanya. "Uber lebih baik berbanding Grab walaupun tambang Grab lebih mahal. Penumpang Uber tak putus2 ya wak, tapi kalau dapat penumpang Grab memey lebih lumayan dan hebat," bro Malim beriya2 bercerita.

Usai membeli barang2 di kedai Sukan dan kotak catur untuk anak lanang penulis, penulis memanggil kereta Uber sekali lagi untuk pulang ke bengkel Perodua tadi. Pada mulanya penulis lihat dalam apps, pemandu akan tiba dalam masa 5 minit. Bila pemandu telefon, penulis cadangkan supaya menunggu di pejabat pos Masai ditepi jalan besar, tetapi JASMEN (bukan nama sebenar) beritahu akan ikut gps. Lantaklah kau minah. Tetapi beberapa minit kemudian penulis lihat ketibaan pemandu menjadi 9 minit. Mungkin pemandu tersesat jalan agaknya. Penulis tak kisah dan tunggu sahaja. Bila hampir tiba, Jasme telefon, "saya kat depan pejabat pos nih, wak dimana?" Aiyah, bukankah tadi penulis sudah menawarkan diri untuk tunggu didepan pejabat pos itu? Didalam kereta, kami tidak berbual pada mulanya. Selepas 6 minit, penulis cuba memecah ais dan Jasmen membalas berbual dengan ramah juga. Olehkerana kereta Proton Saga FLX plat KL yang diguna, Jasmen memandu di JB kerana beliau kerja di Singapura. "Sekarang saya drive part time lah Wak," katanya. Penulis saja bernada pelik dan sinis kerana kerja di Singapura mestilah pendapatan yang agak lumayan. "Sekarang semua mahu dibayarlah wak, hutang piutang saya," keluhnya lagi.

Kedua-dua pemandu Uber telah penulis berikan 5 bintang. Semoga mereka terus maju jaya memandu dan hati-hati dijalanraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Feb 4, 2017

ADAT TURUN KE BENDANG



Penulis ingatkan panas terik hingga ke petang. Rupanya hujan turun dengan lebatnya selepas waktu asar tadi sehingga waktu hendak pulang pun masih belum mahu berhenti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 3, 2017

BUKAN SALAH ABAM POSMEN LETAK SURAT DAN POSKAD DI CELAH PAGAR



Petang tadi, bila tiba penulis di rumah kelihatan sekelompok surat2 dan poskad2 penulis yang diikat dengan gelang getah telah diletak di celah pintu pagar. Nasib baik jugalah hujan gerimis, bukan hujan banjir yang baru turun. Sebenarnya bukan salah abam posmen tidak meletakkan surat di dalam peti surat di tembok rumah penulis yang ini, tetapi kerana kereta cikBibah pepel penulis masih parkir sejak semalam menghalang diluar pagar.

Pautan lalat tentang poskad untuk hari ini, sila bergolek2 ke SINI.

#abamposmenxsalah

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Mouse hover technique.

Feb 2, 2017

SIKIT SIKIT LAMA LAMA HABIS



Dua minggu lepas penulis pernah beli rempeyek wak tunot yang dahsyat itu ke pejabat tempat penulis memotong rumput ini. Rempeyek telah penulis beli di Mydin Taman Rinting. 3 balang sahaja, satu balang penulis tinggalkan di rumah, satu balang penulis bawa ke dalam kabin dipejabat, dan satu balang lagi penulis tinggalkan di pantri pejabat utama. Belum sampai petang, kedua-dua balang pun sudah tinggal habuk. Alhamdulillah.

Semalam pun penulis beli lagi 3 balang rempeyek yang sama.

Cerita lain lalat. Malam tadi sempat lagi penulis berlarian dengan anak lanang bocah cilik dan kakaknya bermain bowling di kompleks pusat bandar. Main dua pusingan sahaja pun penulis sudah sakit pinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Dan satu bonus klip video.



Feb 1, 2017

PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE 1.5 BAHARU, PART TRAVEL

"Ahmoi pun tada cuti raya maa?" Ahmoi is fixing by gluing the fell off plat number. The damage is RM3. 
Hari ini, 1 Febuari 2017, hari Wilayah dan harga minyak petrol naik 20 sen. Biarkan. Biarkan.

Untuk baca entri sebelum ini tentang pengalaman membeli kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu, sila ketik di SINI. Dan cerita nak beli kereta pun perlukan surat masuk Islam, sila terajang di SANA.

Untuk baca pengembaraan cikMaibee Dimana Mencari Poskad di Alor Setar, sila golek di SINI. Dan entri Corcodyliphobia, sila gigit di SANA.

Pengalaman penulis yang ringkas ketika memandu kereta cikMaiBee baharu dibeli beberapa hari yang lepas. Pemanduan sejauh 800km lebih, pergi dan balik.

1. Tangki minyak petrol yang kecil, isi ron95 sebanyak rm50 pun sudah penuh dan dapat berlarian sejauh rm400.
2. Steering yang ringan, tapi bukan power steering. "Power pakai elektrik, takde minyak steering lagi wak," kata jurujual di Perodua Plentong tempohari.
3. Tidak kedap udara, bunyi yang bising. Tidak dengar percakapan orang yang duduk dibelakang.
4. Kamera undur belakang yang ohsem siap dengan penanda hijau kuning dan merah ketika memarkir kereta.
5. Tempat letak cawan air yang banyak, dipintu kiri pemandu, dipintu kiri penumpang, ditengah-tengah depan dan belakang.

6. Panduan GPS Perodua yang tidak berapa dahsyat. Tetapi ada amaran kalau melebihi halaju. Boleh digunakan untuk mencari arah destinasi walaupun kereta sedang bergerak laju.
7. Ada pemain DVD yang hampeh. Hanya boleh bermain DVD ketika kereta berhenti dan ditarik brek tangan. Lebih baik tiada.
8. Nombor plat pendaftaran kereta dihadapan tertanggal satu digit, entah jatuh dimana. Dijamin tidak kena saman ekor.
9. Penyaman udara yang tidak berapa nak sejuk di tengahari yang panas terik.
10. Ketika GPS digunakan, tidak ada penanda waktu di skrin utama atau di dashboard pemandu. Terpaksa tekan butang rumah atau radio untuk lihat jam pukul berapa.

11. Ada penunjuk baki jarak untuk mengisi minyak. Tetapi kadang-kadang penulis tidak perasan dan pernah terpaksa keluar dari lebuhraya berdekatan persimpangan Labu mencari stesen minyak Petronas.
12. Sarung kulit leather steering juga tidak selesa tangan penulis memegangnya. Mungkin sebab masih baharu. Gatal-gatal telapak tangan penulis kalau mendapat durian runtuh tidak mengapa juga.
13. Brek cikMaiBee yang tidak berapa dahsyat. Bile tekan pedal brek, cengkaman brek seperti tidak berapa mencengkam.

Malam tadi, penulis sudah singgah di kedai alat-alat tambahan untuk menambah angka "1" yang tertanggal di plat cikMaiBee itu. (Gambar atas.)

Hujung minggu ini pula akan menghantar ciMaiBee untuk diservis bodinya, luar dan dalaman. Odometer pun sudah mencecah 2000 km.

Secara keseluruhan, penulis amatlah berpuas hati dengan mutu keunggulan kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu ini. Walaupun kecil, tapi comel, dan stabil dijalanraya. Yang penting, kereta Myvi baharu ini tiada masalah teknikal ketika penulis melenjan dengan memandunya jauh ke utara naa. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jan 31, 2017

CROCODYLIPHOBIA

Ayuni Hotel on top of PappaRich, Bandar Baru Bangi.

Dari Alor Setar, tiba di Bandar Baru Bangi pukul 1.33pagi. Tidur di hotel Ayuni yang bajet sudah.

Usai bersarapan di Old Town White Coffee, penulis terus berlarian ke Taman Buaya Ayer Keroh. Pengunjung tidaklah ramai seperti di Zoo Melaka.

Oops hampir terlupa. Penulis sempat lagi keluar dari lebuhraya PLUS di Labu untuk mengisi petrol yang agak jauh ke pendalaman. Tidak mengapa, asalkan tidak terkandas dilebuhraya. Kemudian masuk semula ke lebuhraya dan keluar menjenguk kedai cenderamata di Muzium Negeri Seremban. Tetapi seperti yang penulis jangka, buah cempedak memang dah jadi nangka, kedai belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.33 pagi. Untunglah.

Nota lalat. Crocodyliphobia adalah takut pada buaya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Breakfast at Old Town White Coffee, Bandar Baru Bangi.



Muzium Negeri, Seremban.

Open Tapi Tak Bukak. Galleria which I used to buy Negeri Sembilan postcards, Muzium Negeri Seremban.

Crocodile show, Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka.

Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka.

Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka.

Mini structures, Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka.

On the green screen. Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka.

Somewhere near Kulai.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.