May 24, 2015
THE UPSIDE DOWN HOUSE
KELMARIN sempat lagi penulis berlarian ke negeri bersejarah tanpa sultan itu. Mula-mula penulis pergi melawat dan mengambil gambiran dalam rumah terbalik. Tidak seperti di Sabah bah, disini kita boleh mengambil gambiran dalam rumah. Dan lagi menyenangkan apabila ramai pembantu yang boleh sentiasa bekerjasama untuk mengambil gambiran kita. Mereka juga dilatih cara cara mengambil gambiran posing yang baik.
Harga tiket adalah lima belas hinggit seorang untuk rakyat biasa.
Updated. 9 September 2015. Penulis baru tahu juga rumah terbalik pertama di Negeri Sembilan sudah dibuka baru-baru ini. Pengunjung dibenarkan mengambil gambar juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Gambiran dibawah menunjukkan sebelum dan selepas dipusingkan gambiran ini. Sila goyang2kan inul tetikus anda untuk melihat perbezaannya. Selamat mencuba dan beramal.
May 23, 2015
MIRACLE UNDER THE KL TOWER
MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Menara KL (baca: KL Tower) untuk merakam cahaya warna warni dari menara itu. Selepas maghrib, penulis terus merempit dan menyusuri lebuhraya Akleh dan nampak cahaya warna warni sedang bermain, yang ketika itu pukul 8 malam. Bila tiba di pintu masuk menara, jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam dan cahaya lampu putih saja kelihatan. Penulis telah menunggu juga kalau kalau cahaya warna warni akan dimainkan pada bila bila masa, tetapi sungguhlah penulis merasa hampa seperti buah cempedak tak jadi nangka. Kerana penulis telah tercanguk sehingga jam 9 malam namun masih tiada bayang bayang yang cahaya putih akan bertukar menjadi warna warni. Tetapi bila penulis hendak mula merempit balik, tiba tiba cahaya warna warni pun bermula. Jadi penulis turun kembali dari motorsikal dan merakamkan permainan cahaya warna warni selama 5 minit saja. Harap maafkan penulis, kerana ada sedikit gegaran pada gambar diatas yang boleh menyebabkan pembaca blog ini merasa kesan pening pening lalat (baca: vertigo).
Selepas itu penulis tidaklah menunggu lama seperti sebelumnya kerana penulis menyangka cahaya warna warni tidak akan dimainkan lagi atau mungkin dimainkan setiap awal jam. Penulis pun terus kembali menaiki motorsikal dan merempit ke Dataran Merdeka pula. Ada persiapan untuk pesta Hari Unesco Malaysia 2015 disitu. Di Dataran Merdeka juga penulis ternampaklah menara KL tadi memainkan cahaya warna warninya berulang-ulang kali. Sungguhlah mirikel.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 22, 2015
SALAM MALAM JUMAAT
Sunset view from Bukit Belacan, yesterday evening. |
Sembang petang Khamis malam Jumaat keliwon.
Kisah lalat 1.
Kelmarin selepas penulis mengeluarkan duit
Kisah lalat 2.
Selang beberapa hari, penulis sekali lagi mengeluarkan duit
Yok kawan-kawan, mamam pisang lemak manis (pisang 40 hari, mempunyai rasanya tersendiri tanpa proses hybrid) dan nenas dalam tin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 21, 2015
OLE OLE KOREA
PETANG kelmarin penulis sudah menerima satu sampul surat berisi hadiah cenderahati dari blogger popular yang manis dan jelita itu. Siapalah tidak kenal JM ya. Hadiah
Wak!
Tahniah kerana menjadi
salah sorang Top Komentar
blog JM. Ini bukan Iphone6
tapi ikhlas dari JM.
- JM 2015
Link dari blog JM - Korang mesti baca entry nih.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 20, 2015
TAKSUB
TAKSUB dalam bahasa Arabnya dieja taasub. Maknanya mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1561 bermaksud keyakinan yang keterlaluan kepada sesuatu atau seseorang, juga membawa maksud fanatik.
Taksub mampu membuatkan kita menjadi sangat bodoh (walau kita pandai) dan mampu membawa kita kemana saja arah yang diarahkan oleh mereka yang kita taksub itu, sebabnya akal dan fikiran kita sudah dipandu arahkan.
Cerita pasal patung mainan untuk wayang The Avengers yang terbaru juga ada panggung wayang yang menawarkan koleksi empat patung hero. Cuma satu patung hero 'Thor' sahaja yang penulis belum dapat sebab sudah tertinggal tarikh promosinya. Ya, kata orang, kalau tidak ada seposen tidak akan cukup sejuta hinggit. Begitulah juga dengan patung hero ini, kerana ketiadaan satu lagi patung hero itu tidak melengkapkan koleksi siri patung-patung The Avengers ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 19, 2015
WEEKLY PHOTO CHALLENGE: ENVELOPED
Masjid al-ehsan Bandar Kiara, Puchong. Taken on 26 April 2015. |
SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Enveloped' atau Diliputi. Contoh ayat seperti 'Suasana didalam mesjid diliputi senyap sunyi seketika sebelum ustaz itu memulakan kuliahnya. '.
Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 8: Enveloped
Weekly Photo Challenge 7: Forces of Nature
Weekly Photo Challenge 6: Intricate
Weekly Photo Challenge 5: Motion
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 18, 2015
HATIKU KAU GURIS LUKA
KADANG-kadang kita kena hormat prinsip orang lain, supaya orang lain akan hormat kita.
Nota lalat. Lagu 'Hatiku Kau Guris Luka' nyanyian Sweet September telah dipopularkan pada tahun 1982. Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent, 57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada tahun 2011 dipercayai akibat sakit jantung.
* Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala
Ulang *
Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 17, 2015
TEACHER'S DAY, LOST CHILD
Kelmarin, 16 Mei adalah hari guru sedunia. Dan harijadi anak lanang penulis. Sudah suku abad usianya dan tahun depan nak kahwin katanya. Ayahnda doakan semoga anakanda sentiasa diberkati usiamu, dirahmati Allah swt dan cemerlang dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Jadilah contoh kekanda yang baik kepada adinda-adindamu semua. Amin ya robbal alamin.
Ayahnda belanja mamam sushi Permas Jaya saja sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 16, 2015
TYRES REPLACEMENT
SUDAH berminggu-minggu isteri penulis (yang itu) membebel tentang tayar cikBibah Pepel yang selalu penyet. Anak lanang penulis pun sudah selalu mengisi angin di stesen minyak depan rumah, tapi isteri penulis (yang itu) masih tidak berpuas hati. Tiba-tiba penulis hendak tulis tajuk entri seperti 'ramai wanita tidak puas' supaya lebih banyak trafik. Kehh.
Jadi kelmarin, penulis sudah membawa cikBibah Pepel itu pergi ke kedai tayar depan rumah juga. Bila diperiksa, dua daripada tayarnya sudah kembong dan akan meletop pada bila-bila masa. Dan tayar satu lagi pun sudah kehausan bunganya. Jadi, dipendekkan cerita, penulis telah menggantikan keempat-empat tayar cikBibah Pepel dengan jenama Falcon saja. Bukan setakat itu, pelurusan (baca: balancing & alignment) dan keempat-empat injap tayar juga sudah diganti baru. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada mak kan, kanns ;p
Dan terlanjur di kedai tayar itu, mata penulis tertancap pada kereta myvi baru berwarna kuning yang menggunakan nombor pendaftaran AAP 4 - 'apa apa pun boleh', pernah taukeh kedai tayar itu menawarkannya kepada penulis. Penulis kata padanya, 'apa apa pun mati'. Selepas kereta Wira, taukeh sudah menukarkan kepada motorsikal, dan sekarang kereta myvi pula. Tiba-tiba teringat kereta proton satria neo Sultan yang menggunakan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan 'WWW 1' yang berharga setengah juta hinggit.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 15, 2015
OLE OLE BANDUNG WAK MANA
May 14, 2015
FROM A TO G
SUDAH bertahun-tahun piano ini berada didalam rumah hinggap penulis. Guru pengajar piano pun setiap minggu akan datang kerumah mengajar piano. Setiap tahun penulis akan menghantar 2 orang anak-anak penulis mengambil peperiksaan piano di bandar. Dan anak lanang penulis yang akan mengambil SPM pula baru berhenti belajar piano. Dan sekarang anak lanang bocah cilik penulis pun baru belajar piano dari guru tersebut dirumah. Penulis perhatikan juga sebelum ini, anak lanang bocah cilik ini sudah tahu membaca nota-nota muzik dari buku dan bermain lagu-lagu asas piano yang beliau belajar sendiri dari youtube.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...