Apr 1, 2015
TOP COMMENTATOR GIVEAWAY WINNER
HARI INI 1hb April dan GST sudah bermula. Nasib baik juga minyak ron95 tak naik harga. Dan hari ini juga saya rasa teruja untuk membuat entri tentang pemenang Top Commentator dalam blog saya yang merapu entah apa apa yang biasa biasa saja ini. Dan seperti yang diketahui bahawa pengomen tegar untuk 3 bulan lepas adalah tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM Jari Manis yang manis jeliter yang suka travel jalan jalan korea itu. Walaupun beliau bukan hari hari meninggalkan komen di blog saya ini, tetapi apabila beliau berkomen akan pulun mengomen kesemua entri-entri saya sebelum ini. Kiranya cik JM gila kuasalah di blog saya yang ini juga. Oleh itu untuk hari ini sahaja saya akan memberi hadiah kepada beliau cik JM yang jeliter itu sekeping gambar iphone 6 yang cantik seperti diatas. Tahniah untuk cik JM sekali lagi. Dan hadiah akan dikirimkan kepada beliau hari ini juga. Cik JM, sila hubungi saya untuk menuntut hadiah tersebut.
Nota tambahan lalat. Entri respon dari cik Jari Manis.
Last but not least, (ammvoiii), saya juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pengomen pengomen blog saya yang lain. Tanpa kawan kawan yang best best itu, siapalah saya yang ini kan. Kannns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 31, 2015
WEEKLY PHOTO CHALLENGE: EPHEMERAL
A storm is coming, a view from my office window. Taken on 31 Dec 2014. |
MULAI minggu ini, setiap hari Selasa saya akan meletakkan satu entri berkenaan 'Weekly Photo Challenge'. Minggu ini cabaran foto ialah bertajuk 'Ephemeral' dan saya meletakkan gambar mendung gelap menandakan hujan lebat akan turun. "Eni angkat kain hujan jemuran dah turun" ;D
Nota tambahan lalat. Semalam saya menonton wayang 'Before Midnight' ada menyebut tentang kehidupan ini hanyalah 'ephemeral - we are just passing through'. Juga, dalam wikipedia pasal wayang 'Cinderella 2015' ada komen tentang rekaan gubahan pakaian baju pengantin Cinderella yang cantik itu 'to be ephemeral and fine' kata pereka fesyen.
ephemeral
ɪˈfɛm(ə)r(ə)l,-ˈfiːm-/
adjective
- 1.lasting for a very short time."fashions are ephemeral: new ones regularly drive out the old"
synonyms: transitory, transient, fleeting, passing, short-lived, momentary, brief,short, cursory, temporary, impermanent, short-term; More
noun
- 1.an ephemeral plant."ephemerals avoid the periods of drought as seeds"
Mar 30, 2015
RAJA LELONG
Mar 29, 2015
PENGALAMAN MEMBELI LESUNG BATU DI LAZADA
MINGGU LEPAS saya sudah membuat pembelian pertama di Lazada. Mula-mulanya saya tidak percaya sangat, banyak kisah membeli barangan atas talian dapat mendapat lesung batu pula. Tetapi isteri intan payung (yang itu) sudah berguling-guling menyuruh saya membelinya diatas talian dengan kos ditanggungnya. Wehh, siapalah tak sayang bini, tapi ada mak kann, kannns ;D Dan pada hari Selasa saya sudah memesan mesin jahit jenama Singer. Segala urusan berjalan lancar pada hari tersebut dan Lazada pun sudah menyatakan bahawa mesin jahit akan dihantar diantara 1hb hingga 6hb minggu hadapan.
Tetapi sungguh saya tidak menyangka juga, buah cempedak sudah jadi nangka. Pada pagi Jumaat Lazada memberitahu bahawa mesin jahit sudah dalam perjalanan ke rumah saya. Saya jangkakan paling cepat pun mungkin keesokan harinya atau hari Isnin. Tetapi tengahari Jumaat (semalam) pada hari yang sama mesin jahit sudah pun tiba dengan selamat. Tahniah untuk Lazada kerana perkhidmatan yang cemerlang.
Nota lalat. Link - beli handphone Galaxy dapat lesung batu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 28, 2015
NO MORE PUDURAYA
SEJAK adanya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), masih ada setengah penumpang ingin turun ke Puduraya. Ada pemandu yang menawarkan penghantaran ke sana dari TBS dengan bayaran tambahan. Tapi sekarang ada juga pemandu yang tidak mahu ke Puduraya atas pelbagai alasan. Dan ramai juga pelancong dari luar negara yang lebih mengenali Puduraya berbanding TBS. Masa-elahnya ialah problem apabila penjual tiket kaunter di Stesen Bas Koboi Larkin itu (yang masih dipenuhi ulat-ulatan) masih lagi menawarkan penumpang ke Puduraya, padahal tidak semua pemandu bas ekspres sudi ke sana.
Nota lalat. Untuk ke Puduraya dari TBS sebenarnya ada beberapa cara menggunakan pengangkutan awam yang mudah. Satu, naik teksi di tingkat bawah. Dua, naik lrt turun di Plaza Rakyat. Tiga, naik bas Rapid KL. Pilihan ditangan anda.
Nota lalat lagi. Gambar diatas ialah pemandangan luarbiasa di hentian bas Seri Puteri Jalan Skudai. Selalunya hentian ini dipenuhi orang ramai dan ulat-ulat
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 26, 2015
CORONATION DAY
Mar 25, 2015
RESIGN
Mar 24, 2015
WHY WE STILL NEED NEWSPAPERS
Mar 23, 2015
HARI KEMAHKOTAAN
HARI ini Isnin (23 Mac 2015) adalah hari kemahkotaan Sultan Johor dan cuti umum untuk seluruh negeri dibawah jajahannya. Saya pun sedang bercuti juga. Semalam sore sempat lagi berpeleseran jalan-jalan di pantai lido melihat persiapan untuk perarakan esok. Khemah-khemah dan jamban bergerak ditepi longkang pun sudah didirikan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 22, 2015
DURIAN PAHANG
Mar 21, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: WOODLANDS
KELMARIN saya sempat lagi berjalan-jalan ke seberang tambak. Sebenarnya saya menaiki bas dari Larkin sehingga ke Woodlands sahaja. Tiada yang menarik untuk saya ceritakan disini, hanya gambiran sahaja yang dapat saya paparkan. Dan saya telah mencapai hajat tujuan saya ke pulau temasek ini, iaitu:
1. Membeli suratkhabar The Straits Times & Berita Harian - done
2. Ehem, ehem (ikut gaya Ibrahim Pendek) - done
3. Mengambil gambar tambak johor dari flat HDB - done
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUMAH BARU BERBALOI DI TAPAH PERAK 2025
RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, TAPAH Full Loan RM180K REBATE RM45K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI TAPAH, PERAK. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Keluasan...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...