SAYA bukanlah fotografer bertauliah yang dijemput ke dewan istana untuk majlis kemahkotaan sultan, jadi menembak dari jarak jauh diatas jejambat Sungai Chat saja pun sudah memadai.
HARI ini Isnin (23 Mac 2015) adalah hari kemahkotaan Sultan Johor dan cuti umum untuk seluruh negeri dibawah jajahannya. Saya pun sedang bercuti juga. Semalam sore sempat lagi berpeleseran jalan-jalan di pantai lido melihat persiapan untuk perarakan esok. Khemah-khemah dan jamban bergerak ditepi longkang pun sudah didirikan.