Mar 29, 2015

PENGALAMAN MEMBELI LESUNG BATU DI LAZADA



MINGGU LEPAS saya sudah membuat pembelian pertama di Lazada. Mula-mulanya saya tidak percaya sangat, banyak kisah membeli barangan atas talian dapat mendapat lesung batu pula. Tetapi isteri intan payung (yang itu) sudah berguling-guling menyuruh saya membelinya diatas talian dengan kos ditanggungnya. Wehh, siapalah tak sayang bini, tapi ada mak kann, kannns ;D Dan pada hari Selasa saya sudah memesan mesin jahit jenama Singer. Segala urusan berjalan lancar pada hari tersebut dan Lazada pun sudah menyatakan bahawa mesin jahit akan dihantar diantara 1hb hingga 6hb minggu hadapan.

Tetapi sungguh saya tidak menyangka juga, buah cempedak sudah jadi nangka. Pada pagi Jumaat Lazada memberitahu bahawa mesin jahit sudah dalam perjalanan ke rumah saya. Saya jangkakan paling cepat pun mungkin keesokan harinya atau hari Isnin. Tetapi tengahari Jumaat (semalam) pada hari yang sama mesin jahit sudah pun tiba dengan selamat. Tahniah untuk Lazada kerana perkhidmatan yang cemerlang.

Nota lalat. Link - beli handphone Galaxy dapat lesung batu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....