Mar 1, 2015

LUKA SIKIT JE BAH



MINGGU lepas masa solat zohor, tiba-tiba anak lanang (baca: my boy) menelefon saya kata terjatuh motor ketika menumpang rakannya balik dari sekolah. Saya tanya, 'teruk ke?' Dia kata, 'sikit je bah, darah je banyak'. Saya sudah memberitahu ibunya supaya menghantarnya ke klinik manalah tahu kalau ada pendarahan dalaman atau patah tulang.

Dipendekkan cerita semalam saya sudah melihat sendiri luka tersebut. Memang agak teruk juga. 'Sibbaik ko*nek tak patah' tiba-tiba ibu anak lanang itu berseloroh. Saya tersenyum saja.

Cerita lain lalat. Saya tidak sedar hari ini sudah bulan Mac 2015. Saya baru perasan bila hendak membeli tiket bas ekspres apabila diberitahu bahawa 29 februari tiada dalam kalendar. Kahh.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

NEPHELIUM LAPPACEUM - BUAH RAMBUTAN

  Selasa, 2 Disember 2025. Part II. Sebenarnya wak sudah lama mengidam buah rambutan. Sebab kelmarin kami ada singgah di rumah bro Naz di Kg...