Showing posts with label KAWAN-KAWAN. Show all posts
Showing posts with label KAWAN-KAWAN. Show all posts

May 29, 2017

SALAM PERANTAUAN

#sukesukiraya #jgnkecam #kebosananmenciptakelainan

Salam dari perantauan ya makcik pakcik datuk datin puan tuan saudara saudari ustaz ustazah kak long abang long mak ucu mak ngah semua-semua lah. Penulis dan rakan-rakan penulis yang jauh dimata ini mengucapkan salam ramadhan dan aidilfitri kepada pembaca-pembaca blog penulis yang biasa-biasa ini.

Biar iman sekental DODOL, jangan senipis REMPENYEK. Biar jiwa selembut BAULU, asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA. Senyumlah semanis WAJIK agar Hari Raya disambut lebih bermakna. SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 27, 2017

ATAS KAPAL ADA HELIDECK



Semalam penulis dan rakan-rakan sekerja sudah memanjat kapal. Sebab hari ini sudah bermula bulan puasa dan mungkin aktiviti memanjat kapal akan dikurangkan dalam bulan yang mulia ini. Kalau panjat kapal nanti pun mana boleh bawa air dalam botol kan?

Nota kamus lalat. Penulis tidak berjumpa perkataan "helideck" didalam kamus popular seperti Kamus Dewan, kamus Cambridge Dictionary atau kamus Oxford Dictionary. Perkataan yang hampir adalah "helipad". Ini perkataan penulis jumpa dalam kamus atas talian:

helideck (ˈhɛlɪˌdɛk) n (Aeronautics) a landing deck for helicopters on ships, oil platforms, etc

helipad noun [ C ] /ˈhel.i.pæd/ us ​ /ˈhel.ə.pæd/ a place where a single helicopter can take off and land
Dalam wikipedia, helideck merujuk kepada helipad juga.

Nota done done 1 ramadhan lalat. Done terawih. Done sahur. Done Done. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









May 25, 2017

KAMBING TAK MANDI PUN HARGA MAHAL

Gearbox soup so delicious making you forget about your cholesterol level. OTL

Semalam ada jamuan makan-makan di padang tempat penulis memotong rumput ini. Tetapi penulis tidak dapat sertai sebab kena pulang tengahari ke rumah atas arahan isteri penulis (yang itu) untuk melihat anak lanang bocah cilik balik dari sekolah cina. Budak sudah berumur 10 tahun pun masih kena pantau. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada makcik kan. Kannns?

Pulang semula ke pejabat ada lebihan makanan sup kambing yang sedap itu. Nyot nyot.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 10, 2017

BARBECUE AT D'AMBIENCE PERMAS

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

Hari ini hari Wesak. Ada syarikat yang tidak mengambil cuti umum ini.

Malam tadi, kawan-kawan sekerja penulis yang tinggal di kondo D'Ambience Permas Jaya mengadakan majlis memanggang BBQ kambing dan ayam dan sosej atas bara api dan arang.

Terimakasih semua kawan-kawan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru





D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

Thanks to Zaim from whatsapp group | D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

May 7, 2017

LAMB CHOP BY CHEF NIZAM



Sabtu, 6 Mei 2017.
Hari bertugas separuh hari. Timekaseh bro Nizam rajin masakkan kambing bakar.



Blog bukanlah hakmilik kekal.





Apr 11, 2017

GAMBAR KLASIK UNTUK MASA DEPAN

"Jodoh, mali mali ..."

Luka lama berdarah kembali,
luka yang baharu nak letak kat mana uooolss ...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Framed old photo of Julie's wedding, circa 2011.


"Doa pendekat jodoh"


Apr 5, 2017

CADBURY YANG HALAL & LANGIT YANG TINGGI



Pagi tadi dapat cokelat Cadbury (dll) dari rakan sekerja penulis yang baru pulang bercuti jalan-jalan ke Langkawi.

Hari ini pun panas hingga ke petang. ;)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 17, 2017

BIHUN SOTO VS CHICKEN BURGER

Restoran Hj Abu Soto Power.

Tengahari, penulis bersama AZZ and AZH (bukan nama sebenar) makan tengahari di Kampung Pasir Putih. Hajat penulis untuk makan siakap goreng di restoran Rahmat yang fofuler itu masih tidak kesampaian. Tapi melayan bihun soto juga tidak kurang hebatnya.

Malam pula, penulis telah membawa sebahagian kaum kerabat ke restoran Burger King berdekatan kerana ada keratan baucer dengan potongan harga yang menarik.

Cerita lalat lain. Tengahari kelmarin jam 12.09pm, penulis telah memanggil Puan Siti yang Lawa (bukan nama sebenar) di Pejabat Tanah Galian itu. Rakan sekerja lelaki menjawab, puan Siti tiada di meja beliau. "Dia pegi jamban la Wak," jawab lelaki itu lagi. Penulis beritahu akan telefon semula. Pagi semalam jam 9.32am, penulis telefon lagi. Puan Siti yang Lawa itu menjawab. Penulis nyatakan hajat penulis untuk mengetahui status permohonan pindahmilik rumah murah yang telah dihantar beberapa pekan yang lalu. "Aiseh Wak," balas Puan Siti yang Lawa, "sekarang takleh check komputer, line down!" Kannina, getus hati penulis. Penulis beritahu akan telefon sebelah petangnya. "Wak, sila telefon semula sebelum 3.30 ye," Puan Siti berkata dengan tegas dan lantang. Ada keraguan disitu, kenapa tidak sebelum jam 4.04 petang, sebelum pejabat ditutup? "Mukin malam ini malam jumaat agaknya, semua kaum ibu harus pulang dengan segera!" getus hati penulis dengan nada geram.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Burger King Seri Alam.

Feb 8, 2017

NASI AYAM PENYET TOP TEN DAN AIR SUAM PASIR GUDANG

Does eating rice everyday make me fat?

Makan tengahari di tempat yang biasa. Warung Top Ten Taman Pasir Emas, Jalan Pengkalan 5, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Banyak sangat pasir kan? Jangan tabur pasir ke dalam periuk nasi penulis sudahlah ya.

Seperti biasa, penulis memesan nasi ayam penyet dan air suam sahaja. Dibawah atap zink yang panass atas dan bawah. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 29, 2016

ALL THE WEEKEND HUSBANDS OUTING

Selera Seafood Senibong (SSS), Permas, Johor Bahru.

Assalamualaikum kengkawan penulis semua-semua lah.

Semalam, syarikat memberitahu kontrak "memotong rumput" penulis ditempat yang baharu ini akan disambung tiga purnama lagi. Alhamdulillah, bercukur sahaja kan.

Malam tadi, bos telah bermurah hati membelanja penulis dan rakan rakan setugas yang lain ke tempat makan makanan laut Senibong Seafood yang popular itu. Penulis layan sahaja. Tujuan utama bermakan malam ini hanyalah untuk meraikan pekerja baharu dan menyatakan terimakasih kepada pekerja lama yang bakal meninggalkan jabatan untuk "memotong rumput" dipadang yang lebih menghijau. Kata orang kampung penulis, "looking for greener pastures."

Menu biasa: siakap goreng biasa, udang masak butter, ketam sambal telor bawah, sotong goreng tepong, lala, kupang sambal, sup sayur. Air limau ais dan sirap bandung.
Menu luarbiasa: teh tarik potong kaki.

Cerita nan lepas: 6 CORNER SENIBONG (21/8/15).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Diambil dengan aiPhone cap aiYam



Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Nota lalat: Aiyah! Penulis sekarang ini sedang kalut dan sibuk dengan pelbagai urusan dalam negeri. Gambar2 seafood akan menyusul tidak lama lagi. Sila datang lagi kesini kesini ya.



























WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...