Dec 29, 2016

ALL THE WEEKEND HUSBANDS OUTING

Selera Seafood Senibong (SSS), Permas, Johor Bahru.

Assalamualaikum kengkawan penulis semua-semua lah.

Semalam, syarikat memberitahu kontrak "memotong rumput" penulis ditempat yang baharu ini akan disambung tiga purnama lagi. Alhamdulillah, bercukur sahaja kan.

Malam tadi, bos telah bermurah hati membelanja penulis dan rakan rakan setugas yang lain ke tempat makan makanan laut Senibong Seafood yang popular itu. Penulis layan sahaja. Tujuan utama bermakan malam ini hanyalah untuk meraikan pekerja baharu dan menyatakan terimakasih kepada pekerja lama yang bakal meninggalkan jabatan untuk "memotong rumput" dipadang yang lebih menghijau. Kata orang kampung penulis, "looking for greener pastures."

Menu biasa: siakap goreng biasa, udang masak butter, ketam sambal telor bawah, sotong goreng tepong, lala, kupang sambal, sup sayur. Air limau ais dan sirap bandung.
Menu luarbiasa: teh tarik potong kaki.

Cerita nan lepas: 6 CORNER SENIBONG (21/8/15).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Diambil dengan aiPhone cap aiYam



Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Diambil dengan aiPhone cap aiYam

Nota lalat: Aiyah! Penulis sekarang ini sedang kalut dan sibuk dengan pelbagai urusan dalam negeri. Gambar2 seafood akan menyusul tidak lama lagi. Sila datang lagi kesini kesini ya.



























No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...