Jan 14, 2024

KALAU NAK LONTONG YG SEDAP DAN KENA IKUT TEKAK SENDIRI

Lontong Masai, Zarahman @2024

 

Ahad, 14 Januari 2024.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Tujuan mahu makan lontong Masai itu.

Tengahari pula berlarian ke pasaraya besar Lotus's.

Petang jam 4.30 pula isteri wak sudah hantar ke terminal bas.
Boleh pula jem teruk gara2 ada acara tarian naga di tokong. 

Jan 13, 2024

KEDAI REPAIR LAPTOP KERANA BATERI KEMBUNG BERDEKATAN KIPMART MASAI

 

Honda Wave Dash 110 @2024
Taman Rinting Masai

Sabtu, 13 Januari 2024.

Semalam kan sudah pulang dari KL dengan anak wedok naik bas.

Pagi2 tadi bersama2 anak wedok.
Mahu baiki laptop yg rosak papan kekunci (keyboard).
Dan bateri laptop yg sudah kembung (bloated, swelling, bulging).

Jan 12, 2024

LESSON LEARNED FROM PREVIOUS BUS TRAVEL TRIP

KLCC this morning @2024


Jumaat, 12 Januari 2024.

Ini blog Antara Doha dan Jakarta. 

Sudah bertahun2 wak naik bas City Express.
Antara KL dan Masai.
Jadi hari ini wak cuba pesan tiket bas dari syarikat SC Southern pula.

Sebenarnya wak perasan juga.
Ada 3 syarikat bas dalam perjalanan KL - Masai.
City Express, SC Southern dan LA Holiday.

Jan 11, 2024

TERINGIN MAHU MAKAN UBI REBUS TAPI TIDAK KENA WAKTU YG SESUAI

 

KLCC this evening @2024

Khamis malam Jumaat, 11 Januari 2024.

Petang tadi teringin mahu makan ubi rebus di Seksyen 4. Tepian Bangi
Tapi bila sampai, abam pelayan berkata.

"Ubi rebus pagi je wak,"
Yo wes lah.

Jadi wak pesan nasi goreng kampung dengan telur dadar.
Air suam.

Jan 10, 2024

PENGALAMAN BELI HELMET BARU YG MURAH DI JALAN SENTUL KUALA LUMPUR 2024

KLCC View this morning @2024

 

Rabu, 10 Januari 2024.

Tengahari sudah berlarian ke Jalan Sentul.
Tujuan untuk membeli helmet motorsikal yg murah.
Mula2 tengok helmet jenis GIVI yg cun dan jelitterr (RM200).

Jan 9, 2024

WHY IT IS A GOOD IDEA TO HAVE DATE STAMPS ON BLOG POSTS

KLCC View from Kampong Bharu @2024

 

Selasa, 9 Januari 2024.

Pagi tadi sudah berlarian ke warung Mak Leha Kampong Bharu lagi.

Tengahari juga sudah berlarian ke Ampang Campuran.
Dan kemudian berlarian ke Galaxy Ampang Mall.

Agak kelam kabut juga satu hari ini.
Satu persatu kunci hilang.
Mula2 tiba di lif kantor wak tidak temu gate pass untuk lif dan kantor.
Rupanya ada terselit dalam beg silang.
Kemudian tidak dapat kesan dimana kunci rumah.
Rupanya ada terselit juga dalam beg silang yg sama.
Disebelah petang pula kelam kelibut mencari kunci motorsikal.
Sebenarnya tercicir di pantri.

Gara2 faktor usia.

Jan 8, 2024

HE LIKES HIS NEW XIAOMI SMARTPHONE VERY MUCH AND I AM STILL STUCK WITH MY OLD HUAWEI

Makcik Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee @2024


Isnin, 8 Januari 2023.

Pagi2 wak sudah menunggang motorsikal ke kantor potong rumput.
Sebelum parkir wak singgah di warung nasi lemak makcik depan kubur P. Ramlee itu.
Wak pesan mihun goreng lauk sardin dan telur goreng.
Minggu lepas makcik tidak kelihatan meniaga pula.

Petang tadi wak saja tanya bro ZAI.
Dia duduk disebelah wak.
Wak tanya dia pakai henfon jenama apa.
Dia beritahu, "Xiaomi 13 Pro, wak"
"Baru je beberapa hari pakai nih"

Jan 7, 2024

LAMAN SENDAYAN 2024 DIMANA POKOK DURIAN BAHARU DITANAM DAN MENGHIRUP CENDOL BMI SEJAK 1985


Durian Blackthorn RM20 @2024


Ahad, 7 Januari 2024.

Pagi sudah berlarian ke Laman Sendayan. 
Jarak 68km yg tidak sampai 2 marhalah untuk solat jamak qasar.

Tengahari singgah di pekan Nilai.
Pekena cendol jagung dan mee rojak.
Warung Cendol BMI Sejak 1985.

Jan 6, 2024

I RODE A YAMAHA 135LC TODAY UNDER THE LIGHT RAINS

Yamaha 135LC @2024


Sabtu, 6 Januari 2023.

Tengahari sudah ke Bandar Baru Ampang.
Pinjam motor Yamaha 135LC.
Motor tiada klac.

Jan 5, 2024

BAIKI PUSARA P. RAMLEE RM25, 000 ADALAH HARAM DAN KOS BINAAN PINTASAN SALOMA PULA SEBANYAK RM3.1 JUTA

Perkuburan Islam Jalan Ampang @2024


Jumaat, 5 Januari 2023.

Kali terakhir wak tiba di perkuburan ini pada tahun 2012.

Tengahari ziarah kubur P. Ramlee di Jalan Ampang.
Bersebelahan parkir sepoh hinggit per entri. 

Petang pula berlarian ke Unisel Batang Berjuntai.
Jarak 68km yg tidak sampai 2 marhalah untuk solat jamak qasar.

Malam wak sudah singgah di lot kedai Ampang Jaya.
Tujuan mahu beli burger mamat yg viral itu.
Memang sudah ramai orang berkerumun di gerai burger mamat viral.
Bila wak tanya dan mahu pesan burger ayam special.

Jan 4, 2024

SHE WENT TO SHIT AND THE HOGS ATE HER

Petronas Twin Towers view from BSN HQ @2024


Khamis malam Jumaat, 4 Januari 2023.

Makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee tidak kelihatan lagi pagi ini.
Jadi wak singgah di gerai ahkak sendu di hentian bas sahaja.
Wak pesan mihun lauk kerang dan telur goreng.
Rm7. 50 agak mahal berbanding harga makcik itu.
Karipap ahkak ini pun mahal 60sen berbanding makcik cuma 50sen.
Mungkin ahkak ini masih muda. Ehh?

Gambar lama gerai ahkak sendu - Nov 2023.

Ooh. 
Dailog peribahasa dalam filem Alice Doesn't Live Here Anymore (1974) diatas.
She went to shit and the hogs ate her.
Maksudnya, keadaan suasana dari buruk menjadi lebih buruk.


Movie lalat.
Alice Doesn't Live Here Anymore 1974.
Anatomy of Fall 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...