Dec 8, 2022

PELANGI PETANG

Pelangi Petang @2022

 Khamis, 8 Disember 2022.

Layan lagu Sudirman - Pelangi Petang

♪♫♬ Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
♪♫♬
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti
Pergi jua ♪♫♬

SURAH PERJANJIAN NABI SULAIMAN & JIN
Tadi ada seseorang memberikan ayat perjanjian Nabi Sulaiman dan jin.
"Dah 3 minggu tidak kedengaran bunyi2 pelik dari rumah atas,"
"Tiada lagi sereten kerusi, budak2 berlarian, bunyi guli jatuh"

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 7, 2022

LEMPENG KELAPA DI LADANG NANAS

 

Saudagar Nenas @2022 Sungai Merab Bangi
Rabu, 7 Disember 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke ladang nanas.
Sarapan nasi lemak dan lempeng kelapa.

Kemudian wak hantar cikputih untuk diservis.
Kesejukan A/C cikputih masih bermasalah.
Kadang sejuk (kalau sedang berlarian).
Kadang2 tak sejuk pula.
Nanti2lah periksa A/C itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 6, 2022

DARI JAKARTA KE SEPANG

Somewhere above Sumatra island going north @2022

 Selasa, 6 Disember 2022.

Pesawat dijadualkan berangkat jam 5.00 sore.
Ini semua pengajaran.

Semalam sudah janji dengan mgr EIN.
Wak setuju pesan Grabcar jam 1.30pm dari kost BR (wak) ke kost the APB (mgr EIN).
Kemudian dari kost the APB, wak akan pesan Grabcar XL (saiz besar) untuk ke bandara.

CONSPIRACY WITH THE GRAB DRIVER

THEN SUDDENLY I LEFT MY LOCAL MONEY

NO, WE DON'T ACCEPT CASH

BRING A KREPEK BOX LIKE A LOCAL

YOUR SMARTNESS IS NOT GOING TO WORK THIS TIME

NOT GOING TO MISS THE FLIGHT

FOR SURE SUNSET WILL BE ON THE LEFT SIDE

WE DONT RECEIVE OUR ORDERED MEAL 

Ingatkan didalam pesawat dapat makanan yg syarikat tempah.
Cuma kami semua dapat sekotak yg ada kek muffin yg sedap (sebab lapar).
Dan air putih.

Sampai ke KLIA langsung tiada makanan nasi ayam itu.

Sempat jugalah wak guna tandas sekali walau dalam keadaan cuaca buruk.
Dan sempat jugalah wak jawab survey discreen.
Terlupa pula mahu letak komen tiada makanan yg ditempah disitu.
Demm.

GRAB GOT ITS NEW RECOND MINISTER

Keluar dari arrival hall. Wak tempah Grabcar. Dalam apps disuruh ya ke lantai 1 pintu 4. Boleh tersalah lif menghadap ke tren KLIA ekspres ke KL Sentral pula. Kena masuk lif semula ke lantai 2 dan tukar lif yg menghadap jalan diluar.

Boleh pula mamat Grab tadi mesej suruh wak cancel sebab dia nak balik KLCC dan area Ampang. Wak benganglah sebab dengan keletihan dan jet lag lah sangat. Wak biarkan sahaja. Wak guna henfon satu lagi dan pesan Grabcar yg lain.

Ahmoi ehh ahkak Grab lady driver pula call wak. Dipekik2 dalam henfon dan disuruh wak ambil foto dimana wak berada. Huhu. 8 minit to cum. Wak layan sahaja. Ahkak Lippo (bukan nama sebenar) tiba dan wak yg angkat sendiri bagasi wak ke dalam bonet kereta Honda City nya. Ahkak Lippo yg banyak songeh dan membebel sahaja. Dia kata dia mahu pulang ke PJ tapi Grab sudah kasih dia trip wak pula. Wak layan sahaja bebelan dia. Tapi bila wak tanya pasal personal, ie pasal anak2 dan umur ahkak Lippo ini dia tak balas pula. Ya, setengah orang tidak suka bercerita pasal hal2 peribadi. Dia kata dia sudah tunggu sejam di Landside. Dia tak tahu kah dulu driver2 Grab & Uber tunggu sampai 13 jam di Landside dan Charterfields Downtown!

Movie lalat.
Godzilla vs Kong 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

About 5 minutes before descending to Sepang airport @2022

Dec 5, 2022

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Icecream Pudding & Crab soup for me @2022

 Senin, 5 Disember 2022.

Tengahari wak berjalan kaki ke Blok M Plaza.
Ada temujanji dengan ejen jual pelaburan saham melalui emas.
Wak dengar sahaja.

Petang, berjalan kaki juga pulang ke kost.
Singgah lagi di Blok M Plaza.
Melayan rakan2 makan nasgor di restoran dim sum itu.
Wak pesan aiskrim puding dan sup kepiting sahaja.

Hari ini harijadi wak ke ehem ehem.
Terimakasih kepada semua yg mendoakan wak ini.
Aminn ya robbal alamein.

Esok wak sudah terbang ke tanahari.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 4, 2022

I JUTA UNTUK SEKALI MAIN DI ALUN-ALUN BOGOR

Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022

 Ahad, 4 Disember 2022.

Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran.
Dan ini entri tertunggak.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kota Bogor.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke kota Bogor. Link
Dari kost 5.19am, wak pesan Grabbike ke stasiun Cawang - 27,5rb.

Minggu lepas wak sudah berlarian ke kota Rangkasbitung. Link.
Naik KAI (kereta api Indonesia).
Harga tiket pun murah sahaja.
Jadi hari ini wak guna rangkaian keretapi KAI juga untuk ke Bogor.
Mula2 wak cadang mahu naik bis nomor 1 dari Blok M ke halte Tosari.
Selepas itu naik bis lain ke halte Manggarai.
Tapi bila wak tengok dan periksa dalam Google maps.
Baik wak langsung terus sahaja ke stasiun Cawang.

5.30am tiba di stasiun Cawang.
Tambah nilai kartu KAI (Kereta Api Indonesia) - 50rb.

Perjalanan dari Cawang ke Bogor selama sejam.
6.38am tiba di stasiun Bogor.
Istirehat di alun-alun (taman) Kota Bogor.

9.55am mencari Maybank.
Maybank di depan alun-alun itu sudah ditutup.

9.59am naik angkotan ke Surya Kencana.
10.17am tiba di Maybank Surya Kencana.
Keluarkan uang Indonesia.
Nota lalat. 3juta rupiah = rm897.
Yakni, 1juta rupiah = rm299, bermaksud duit ringgit naik sikit seciput nilainya. Tapi takde maknanye kalo masih ketinggalan jauh dengan duit Singapore Dollar. Huhu.
Perbandingan, kali terakhir wak keluarkan uang pd 14/11/22 yg bernilai 1juta rupiah = rm311. Link.

10.28am pesan Grabcar ke Devoyage - 37rb.
Pak supir bawa jalan tikus.
Melalui perkampungan dan pemandangan Gunung Salak dari kejauhan.

Nota lalat. Gunung Salak berusia relatif tua sehingga memiliki beberapa puncak. Geoposisi puncak tertinggi gunung ini ialah 6°43' LS dan 106°44' BT dan dinamakan Puncak Salak I dengan ketinggian puncak 2.211 m dari permukaan laut (dpl.).

10.58am masuk ke taman tema Devoyage - 40rb.
Kawasan tema permainan yg kecil sahaja.

11.22am naik angkotan ke stasiun Bogor - dipatok 30rb.
11.45am tiba di KFC depan stasiun Bogor.
Cuba mencari tempat makan - nasi ayam penyet ke apa tapi tidak ketemu.

Makan di dalam restoran KFC sahaja.

12.39pm sudah masuk kedalam terminal stasiun Bogor.
Ketika itu ada dua keretapi mahu berangkat ke Manggarai (nama stasiun keretapi di Jakarta).
Satpam disitu suruh naik keretapi yg mahu berangkat segera tapi penuh.

Wak keluar gerabak dan masuk gerabak yg lambat sikit bertolak.
Yg penting dapat tempat duduk.
Sejam berdiri itu amat memenatkan ya.
Wak tahulah sebab itulah yg wak alami pagi tadi. Huhu.
Dan harap2 tiada lah nenek tua yg mengendong bayi nanti di depan wak duduk. 

1.48pm tiba di stasiun Manggarai.
Terpaksa tukar platform untuk naik keretapi ke Tanah Abang.

2.15pm keretapi tiba dan naik.
2.32pm tiba di stasiun Tanah Abang.
Solat dan guna toilet disitu.

Tiba distasiun Tanah Abang agak mengelirukan.
Walaupun wak pernah guna terminal sebelum ini.
Terpaksa berjalan kaki diluar bersama mobil dan kendaraan lain yg macet.
Padahal ada tempat jalan kaki berbumbung yg disediakan.
Untuk ke halte bis Tanah Abang 2.

2.42pm sudah naik bis nomor 1N Transjakarta ke Blok M.

Nota gempabumi.
Semalam sore ada diberitakan gempabumi melanda Garut (Jawa Barat) berskala 6.4 richter. Tapi wak tak terasa sebab semalam masa itu (4.49pm) wak berjalan ke Bundaran HI naik bis.

Malam pula wak terasa lapar. Berjalan kaki sahaja ke Blok M Square. Mencari gerai nasi goreng telur dadar. Sama seperti semalam, wak dapt nasi goreng kicap pula. Tiba2 ada mamat hensem ini duduk depan wak. Makanan yg dia pesan nampak seperti hidangan nasi ayam penyet. Wak beranikan tanya nama nasi dengan ayam goreng itu. Rupanya pecel ayam. Biasanya pecel lele (ikan keli kann). Mungkin lain kali wak akan pesan yg sama juga. Nak pesan nasi paprik tak pernah nampak pun disini. 😅 😅 

Masa mahu keluar makan ke Blok M Square tadi. Wak terdengar suara penceramah dari corong speaker berdekatan. Tidak sangka pula dari lantai 7 Blok M Square itu. Lepas makan tadi, wak terus naik ke lantai 7 untuk solat Isyak berjemaah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From Jakarta to Bogor by train @2023


Patung Dirgantara (Pancoran) @2022
On the way to Bogor from Cawang Jakarta @2022
Stasiun Bogor @2022
Gunung Salak, Bogor @2022
Taman Devoyage Bogor @2022
Taman Devoyage Bogor @2022
Taman Devoyage Bogor @2022
She's looking at me at KFC Kota Bogor @2022
Alun-alun Kota Bogor @2022
Stasiun Tanah Abang @2022
Masjid Nurul Iman Blok M Square (Lantai 7) @2022

Dec 3, 2022

SEMPOL AYAM DAN CILOR

 Sabtu, 3 Disember 2022.

Satu hari dari pagi hingga ke sore.
Wak memerap didalam kamar kost sahaja.
Cuma pagi tadi pesan nasi lemak 25 guna Grabfood.

Sore jam 5pm sudah berlarian ke Blok M Square.
Untuk menaiki bis nomor 1 ke Bundaran HI.

Dan ada satu cewek bertanya arah ke busway.
Cewek mahu pulang ke Sijagung (salah dengar ke apa).
Tapi kemudian cewek naik platform satu lagi.

Tiba di pelantar halte Bundaran HI yg baharu dibuka.
Ramailah orangramai disitu.
Kena beratur dahuluan disebabkan had orang yg ditetapkan diatas pelantar.
Anak2 muda berinstigram.

Ada pasangan bule (matsalleh) yg mengambil gambar itu.
Dan pakguard yg cuba menghalau mereka kerana cukup had masa.
Tapi meksalleh itu berdegil.

"We've the permit to stay and take photos here."
"But you need to leave!"
"No, we've permit to stay as long as we want - one hour or more, not 5 minutes!"
'Yo wes angel, angel!"

Wak keluar dari halte dan masuk mall Plaza Indonesia.
Mencari musholla di lantai 3.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 2, 2022

NASI BAWAL PENYET

On my way home to the hostel @2022

 Jumaat, 2 Disember 2022.

Tengahari usai solat jumat berjemaah di masjid RSPP.
Dan lepas tidur seketika di lantai 1.
Wak langsung terus ke kedai makan nasi ayam penyet.
Kelmarin wak nampak bro NAZiri pesan nasi bawal penyet.
Nampak macam sedap dan menyelerakan.
Hari ini wak pun mahu mencubanya juga.

Tapi wak musykil juga.
Sebab ikan bawalnya ada banyak duri2 halus.

Nota bola lalat.
South Korea (2) vs Portugal (1).
Kalahkan Ronaldo dkk, Korea Selatan Temani Portugal Lolos ke Babak 16 Besar Piala Dunia Qatar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...